Grab The Promo
Grab The Promo

MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015



MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015
 
November ini merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh semua pencinta seni jalanan, karyawan, artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) 2015 yang julung kali diadakan di Lanai, Pusat Pelancongan
Malaysia (MaTiC). Festival Seni Jalanan atau dikenali sebagai ‘Street Arts Festival’ bukanlah
suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain juga telah lama mengadakan program
seperti ini dan ternyata dilihat sebagai salah satu usaha baik dalam memperkasakan industri
pelancongan dan kebudayaan negara.

Festival yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 November 2015 bertujuan untuk
mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia khususnya masyarakat
bandar atau urban yang merupakan salah satu trend hidup terkini. Ini kerana ianya mampu
menjadi satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis dan karyawan serta
memberi ruang agar mereka dapat mempertontonkan hasil karya mereka kepada orang ramai.
Selain itu, festival seperti ini juga dapat membina dan membuka peluang perniagaan kepada
usahawan termasuk artis tempatan dalam industri kreatif dan makanan.

MSAF telah dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir
seperti konsert, kartun dan komik termasuk kemunculan karektor kartun terkenal BoboiBoy dan
Megamind; Persembahan serta Pertandingan Buskers dan Band Indie; Mural dan Graffiti;
Barber dan Clothing ; Perhimpunan ‘Bikers’; Pertandingan Bola Sepak Jalanan (Street Soccer)
dan Trak Makanan (Food Truck). Barisan artis terkenal tanah air akan memeriahkan lagi
kehangatan festival ini ialah Akim & Majistret, Bunkface, Lan Typrewriter, S.O.G, Ana Rafali,
Shiha, Ainan Tasneem dan Sakura Band. MSAF juga turut membawa pameran khas iaitu
Pameran ‘Flash Hollywood and Football’ di Mini Auditorium dan Galeri MaTiC mulai 6 hingga 8
November 2015.

Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan MaTiC
sebagai salah satu ikon Pelancongan Kuala Lumpur dan pusat sehenti informasi pelancongan.
Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan memukau perhatian
anda! Jom sama-sama kita meriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November 2015 ini!







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve