Grab The Promo

Beli dan dapat pulangan dari getex.my


Dalam membuat perbelanjaan harian kita seharusnya bijak untuk mendapatkan peluang-peluang yang memberi kebaikan buat kita sebagai contoh portal yang menawarkan pulangan balik bagi pembelian yang telah kita lakukan seperti Getex.my


Beli dan dapat pulangan dari getex.my

Dewasa kini ramai di kalangan rakyat Malaysia membuat pembelian secara online termasuklah pembelian barangan elektrik, barangan peribadi mahupun barangan basah juga turut di beli secara online sekarang.

Tidak kurang juga cik iena. Cik iena lebih gemar membeli secara online disebabkan faktor kekangan masa. Kekangan masa membuatkan cik iena tidak sempat untuk membeli belah di kedai mahupun Mall. Cik iena banyak membeli secara online tambahan ianya sangat mudah dan tidak memerlukan tenaga untuk kita berjalan dan berjalan untuk memilih barang.  Ditambah lagi dengan keadaan trafik yang sesak untuk ke kedai mahupun mall.

Apa itu Getex?


Getex merupakan portal online yang menawarkan pulangan balik dalam bentuk wang ringgit hasil daripada pembelian anda di mana-mana online shop terpilih . Terdapat pelbagai online shop yang menyertai program ini bersama getex. Diantaranya adalah Lazada, Zalora,Groupon, Agoda, airasiago,ensogo dan banyak lagi.

Pasti anda sudah biasa mendengar kesemua online shop tersebut. Kepada anda yang gemar online shopping. Getex adalah platform yang bagus untuk anda mendapatkan kembali hasil belian anda. Bukanlah bermakna anda mendapat kembali 100% hasil duit yang anda telah guna tetapi anda boleh mendapat pulangan sehingga 12% daripada hasil belian anda.

Selain dari mendapat pulangan sehingga 12%, terdapat juga kupon-kupon voucher code yang di tawarkan oleh getex . Anda boleh menikmati harga diskaun daripada kupon tersebut dan juga menikmati pulangan balik mengikut peratusan yang telah ditetapkan bagi setiap online shop terpilih.
 


Cara Pembelian Melaui Getex.my


Cara Pembelian Melaui Getex.my
Cara Pembelian Melaui Getex.my

LANGKAH 1 : Pastikan anda telah mendaftar di http://www.getex.my/ dan login ke akaun getex anda. Pilih online shopping Portal kegemaran anda. Kali ni cik iena nak beli dari Zalora. Jadi cik iena klik Ikon Shop Now pada Zalora.


LANGKAH 2 : Anda akan di bawa ke page getex zalora dimana terdapat pelbagai promosi ditawarkan. Anda boleh scroll down untuk lihat kupon-kupon yang ada. Cik iena untuk memilih terus ke Zalora page Jadi cik iena terus klik Ikon Shop Now pada Zalora.


LANGKAH 3 : Setelah klik Zalora, kini anda perlu tunggu sehingga getex memaparkan zalora page dimana proses ini akan membawa id anda untuk pulangan balik hasil belian anda di Zalora nanti.


LANGKAH 4 : Setelah getex membawa anda kepada page zalora atau mana-mana online shoping portal yang anda pilih. Anda perlu membuat pembelian pada window yang sama. Bagi memastikan id anda di kenalpasti oleh getex. Pastikan anda klik kesemua menu di dalam windows yang sama.


LANGKAH 5 : Cik iena memilih promosi Emel Flat RM150 jadi cik iena klik pada promosi tersebut dan klik pada windows yang sama. Bukan buka new windows atau new tab :)


LANGKAH 6 : Kemudian pilih item yang ingin anda beli. Pastikan dalam windows yang sama ok :)


LANGKAH 7 : Pilih size atau apa apa kriteria yang di perlukan dan kemudian klik ADD TO BAG


LANGKAH 8 : Setelah itu anda boleh sambung shopping tapi perlu pada windows yang sama. Cik iena pilih untuk Checkout, jadi cik iena klik Menu My BAg pada bahagian atas sebelah kanan dan kemudian cik iena klik checout now.


LANGKAH 9 : Kemudian anda perlu log masuk ke akaun anda samada melalui email atau facebook. Kebiasaannya cik iena login menggunakan facebook :)


LANGKAH 10 : Setelah pastikan butiran barangan yang anda ingin beli betul. Sila klik ORDER NOW


LANGKAH 11 : Buat pembayaran seperti biasa. Sama seperti online shopping yang lain


LANGKAH 12 : Sila catit nombor order anda, dimana ianya akan di gunakan di laman Getex untuk memastikan pembelian anda tersebut bagi membuat penebusan pemulangan balik untuk hasil pembelian anda.


LANGKAH 13 : Masukkan order number beserta details yang di perlukan. Borang ini akan keluar sejurus selepas LAngkah yang kedua. Sila jangan tutup windows tersebut sehingga anda selesai membeli dan isi maklumat pembelian tersebut :)


LANGKAH 14 : Selesai shopping dan isi maklumat yang di perlukan yeayy.. Anda perlu tunggu keesokan hari untuk maklumat shopping anda di rekodkan di dalam laman getex anda :)


Untuk melihat akaun getex anda 


http://www.getex.my/



www.getex.my : Klik menu MY GETEX ,
kemudian pilih MY ACCOUNT


Beli dan dapat pulangan dari getex.my




Beli dan dapat pulangan dari getex.my


PENERANGAN ACCOUNT OVERVIEW :

  • Total Cashback Earn adalah Jumlah yang anda boleh keluarkan
  • Cashback Available adalah jumlah yang anda boleh keluarkan
  • Cashback Pending adalah transaksi shopping anda yang masih di dalam proses pengesahan. Kebiasaannya ia memakan masa 30-45 hari untuk bertukar status kepada Available
  • Cashback Paid adalah jumlah cashback yang pernah kita tebus. Cik iena nak tunggu 100 baru redeem :)
  • Tiada syarat minimum pengeluaran yang di kenakan (^_~)




Ops kalau tengok account overview pembelian cik iena hari ini masih belum di rekod sebab cik iena update blog ni sejurus selepas membuat pembelian. Insya Allah esok akan di rekodkan. Rekod yang ada daripada pembelian sebelumnya :)


Menarik kan . Selain daripada shopping kita juga dapat pulangan balik dari hasil belian kita :)
Jadi kepada anda yang suka membeli secara online tu jangan lupa daftar di getex dan buat pembelian melalui getex.



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve