Affiliate vs Dropship


Affiliate bermaksud perkenalkan pelanggan untuk dapatkan produk/servis dari pihak tertentu dengan komisen/keuntungan yang dah ditetapkan. Manakala Dropship bermaksud menjadi wakil jual produk/servis untuk dapatkan keuntungan yang ditetapkan oleh diri sendiri.


Affiliate vs Dropship

Antara buat bisnes secara affiliate dan dropship, mana satu lebih menguntungkan?


Disini cik iena mengambil Contoh Lazada Affiliate kerana cik iena sendiri merupakan salah seorang dari Lazada Affiliate. Seperti yang anda nampak iklan-iklan di blog cik iena kebanyakan nya adalah dari Lazada Affiliate.



LAZADA AFFILIATE VS DROPSHIP


Affiliate Dropship
Definisi Anda perlu gunakan link khas untuk 'hantar' orang  ke website sebuah syarikat. Jika dia sekadar lihat sahaja memang ianya tidak akan menjana income buat anda tetapi jika  dia membeli dan menjadi customer barulah anda mendapat komisen daripada transaksi pembelian tersebut.

Anda lebih kepada memperkenalkan sahaja dengan harapan orang yang Anda  'hantar' melalui link affiliate korang jadi customer pihak yang tertentu.
Tak seperti affiliate marketing, anda perlu buat web/blog sebelum menjual sesuatu  produk/servis dari pihak tertentu. Anda akan menjadi wakil syarikat atau pihak tertentu untuk memperkenalkan dan menjual produk/servis tu seolah-olah anda yang punya.
Kelebihan Anda tidak perlu risau proses pembayaran dan penghantaran. Tak perlu risau mengenai  customer service kerana pihak yang menjual yang bertanggungjawab sepenuhnya.

Anda cuma perlu Perkenalkan customer untuk mereka dan terima komisen bagi setiap jualan.

Keuntungan bagi sesuatu produk telah di tetapkan.

Jika anda berjaya menjual barangan yang bernilai ribuan ringgit, anda akan mendapat lebih banyak komisyen.

Lebih besar jumlah jualan anda lebih tinggi nilai keuntungan.

Terdapat pelbagai jenis barangan/perkhidmatan yang boleh anda jual.

Terdapat sistem yang mana anda boleh memantau trafik pengguna klik pada pautan/link yang anda kongsi atau promote.

Terdapat pelbagai jenis penghantaran dan pembayaran yang boleh di pilih sendiri oleh pelanggan

Jika affiliate marketing, komisennya sudah ditetapkan awal-awal oleh company.

Keuntungan hasil dropship pulak berdasarkan apa yang anda tetapkan.

Contohnya harga tudung dari syarikat A RM49 termasuk penghantaran, Anda meletakkan harga jualan sebanyak RM69 di blog mahupun laman sosial anda.

Jika and mahu untung lebih , anda letakkan harga yang tinggi. Jika anda inginkan jualan yang laris letak harga yang rendah.

Selain daripada itu anda juga boleh buat kelainan  contohnya letak harga RM75 dan dapat  free gift atau dapat diskaun kalau beli lagi banyak.


Andaikata customer puas hati dengan produk atau servis dropship anda, berkemungkinan besar dia akan jadi repeat customer anda.

Dalam bisnes dropship, anda tidak perlu affiliate link tapi web/blog atau laman sosial anda  sendiri untuk menjadi rujukan customer berulang.

Jika customer itu ingin  mengajak kenalan mereka membeli produk/servis yang sama, merka akan rujuk web/blog/laman sosial anda juga.

Inilah kelebihan dropship berbanding affiliate.

Dari segi bayaran pula biasanya on the spot. Terima bayaran dari customer dulu kemudian baru purchase dari company dropship anda. Dari segi penghantaran pun dibuat sepenuhnya oleh company dropship. Senang kan?
Kelemahan Lepas dapat jual, korang terus dapat duit on the spot? Mana-mana syarikat yang buat affiliate dengan korang biasanya ada tempoh tertentu sebelum bagi komisen. Mungkin setiap bulan atau dah capai target RM100 dan seumpamanya.

Kalau customer yang sama nak beli lagi sekali atau nak memperkenalkan produk/servis yang dia pernah beli melalui link affiliate korang, berkemungkinan BESAR dia takkan cari link affiliate korang lagi. Terpaksalah korang cari lagi customer baru sebab susah dapatkan repeat customer kalau guna affiliate link.


Contoh display link affiliate ashadee


Contoh display link affiliate lazada

Sesetengah orang pulak sebelum klik link tertentu dia akan rollover dulu link tu nak tengok ada tak display affiliate link. Kalau ada, berkemungkinan dorang takkan klik sebab terasa macam diambil kesempatan plak suruh beli produk/servis tertentu. Silap-silap pembaca tu taip je perkataan lazada atau ashadee dekat google untuk tengok produk/servis tu secara direct.
Masalah Penghantaran

Timbul masalah bila customer sendiri minta CoD (Cash on Delivery). Sebagai agen dropship, biasanya barangan yang hendak dijual tiadadalam simpanan anda jadi mustahil anda boleh membuat perkhidmatan CoD.

Masalah ini timbul andaikata anda dan serious customer tinggal berdekatan dalam satu daerah.

Contohnya agen dropship dengan customer sama-sama orang JB sedangkan produk dari KL. Customer pula nak CoD sebab lagi senang katanya. Hah macam mana?

Masalah Kualiti

Tidak dapat menjawab berkenaan produk tertentu kerana diri sendiri tidak pernah guna. Agen dropship sendiri pun tidak tahu sejauh mana keberkesanan produk yang hendak dijual.

Jika boleh nak pinjam sekejap produk tertentu dari company dropship tapi masalahnya jauh. Bayangkan agen dropship di Kedah tapi produk di Selangor kan susah tu.

Takkan masa mula-mula  anda nak buat bisnes anda terpaksa beli semua jenis produk dari company dropship untuk test kualiti produk satu demi satu. Anda bukannya pekerja bahagian Quality Control mereka.

Takkan anda nak minta company dropship hantar produk tu kat tempat anda terlebih dulu untuk anda sendiri check sebelum anda sendiri hantar kepada customer? jika  customer tinggal berdekatan dengan rumah anda ianya mudah akan tetapi jika jauh ??

Masalah Penipuan

"Lepas bayar nanti confirm ke barang tu sampai?"

"Mana tahu lepas bayar barang tak sampai sebab saya pernah terkena."

"Macam mana saya nak tahu ini bukan scam?"

"Bayar separuh dulu boleh?"

Disebabkan segelintir peniaga online yang buat masalah habis peniaga online yang jujur lagi amanah tercalar sekali. Bukan senang nak dapatkan kepercayaan customer yang pernah ditipu.

Masalah Perkhidmatan Pelanggan

Andaikata pihak dropship anda bermasalah, anda pun turut ikut bermasalah. Barang lambat sampai, tiada tracking number untuk follow up, barang dihantar tidak mengikut permintaan pelanggan dan lebih teruk kalau company dropship lepas tangan je.

Anda  sendiri terpaksa jadi customer service percuma untuk syarikat dropship . jadi memang anda yang dipersalahkan  dahulu jika timbul masalah pada produk/servis.


 Nampak tak perbezaan antara keduanya . Kenapa cik iena kongsi dengan anda sebab cik iena rasa anda juga perlu tau jika ada cara lain untuk menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal dan tanpa risiko yang tinggi.

Kenapa Lazada Affiliate ?

Sebenarnya banyak affiliate lain tapi ini diantara yang sangat cik iena percayai kerana telah banyak transaksi dari lazada affiliate dan ianya nampak lebih berkembang pendapatannya berbanding Affiliate lain. Ada antaranya yang senyap sepi terus dan web not found . 

Jadi amatlah penting untuk kita memilih affiliate yang sesuai supaya kita juga tidak tertipu.
Baru baru ini cik iena telah memenangi dua contest dari lazada affiliate .

Ini juga adalah kebaikan untuk lazada affiliate kerana. Lazada akan mengadakan pertandingan buat sesiapa yang menyertai lazada affiliate berdasarkan terma dan syarat yang telah di tetapkan. Alhamdulillah cik iena telah memenangi Voucher RM100 (walaupun sikit bagi anda tapi bernilai bagi cik iena) dan sebuah smartphone ZTE Blade V7 Lite

Affiliate vs Dropship

Affiliate vs Dropship


Siapa yang boleh menyertai Lazada Affiliate?


Jika sebelum ini hanya blogger atau anda yang mempunyai website yang boleh membuat lazada affiliate ini. Sekarang anda juga boleh menjana pendapatan seperti kami di laman sosial anda seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya .

Anda cuma perlu kongsi link produk yang anda rasa rakan di dalam friend list anda ada kebarangkalian untuk beli. Sebagai contoh jika anda sudah berkahwin dan mempunyai ramai friend list yang sudah berkahwin . Anda boleh kongsikan mengenai barangan anak-anak mahupun barangan dapur serta perabot mahupun barangan perhiasan rumah.

Sekiranya anda seorang blogger potensi anda untuk menjana pendapatan lebih tinggi jika anda rajin membuat review sesuatu produk dan anda masukkan sekali pautan/link affiliate anda. Ini adalah salah satu cara yang cik iena buat sehingga boleh menjana pendapatan dengan Lazada Affiliate.
 

Okay kepada yang berminat. Anda boleh email cik iena atau anda boleh tinggalkan email anda di ruangan komen dan cik iena akan sampaikan niat anda untuk menyertai program affiliate ini kepada pihak yang berkenaan. Anda tidak perlu risau kerana ianya bukan MLM. Cik iena tak dapat upah macam MLM pun. Cik iena cuma nak kongsi dengan anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan lain seperti mana yang cik iena dapat ..


Ada diantara rakan yang meminta cik iena mengajar lazada affiliate. Maaf buat masa ni cik iena sangat sibuk. Insya Allah jika ada masa terluang cik iena akan ajar :)


     
 



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




3 comments:

  1. nak try..hihi...ni email saya..nurulbaidurah055@gmail.com

    ReplyDelete
  2. email utk sy jugak yer..sweetrindiani81@yahoo.com...tq

    ReplyDelete
  3. Saya pun nak juga.. blh tak.. azlan.makemoney@gmail.com

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog