Grab The Promo

BIANCO MIMOSA TAMPIL BERANI DENGAN KOLEKSI NEO GLADIATOR DI MALAYSIA FASHION WEEK 2016


Pada awal November yang lepas Bianco Mimosa, jenama pakaian yang tidak asing lagi di kalangan penggemar fashion telah memperagakan Koleksi Neo Gladiator sewaktu  Malaysia Fashion Week 2016 .


KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA


Sedikit info mengenai Bianco Mimosa, ia ditubuhkan pada 26 April 2013 dengan visi untuk menjadi salah sebuah butik fesyen paling berprestij tanah air. Nama Bianco Mimosa diambil daripada bahasa Itali yang menyaksikan Bianco membawa maksud putih (Houses Couture Atelier) manakala Mimosa pula adalah nama saintifik bagi tumbuhan semalu.

Bianco Mimosa merupakan butik fesyen yang menyediakan koleksi `ready to wear', Bianco Mimosa turut mengambil inspirasi daripada pereka fesyen dari luar negara dan fabrik yang digunakan juga didatangkan khas daripada pelbagai lokasi di luar negara termasuk dari Itali, Perancis, United Kingdom (UK), Turki, Afrika Selatan, India, Vietnam dan pelbagai lagi.

TAMPIL BERANI DENGAN KOLEKSI NEO GLADIATOR DI MALAYSIA FASHION WEEK 2016

Sewaktu Malaysia Fashion Week 2016 yang lepas Bianco Mimosa Mengekalkan keunikan sambil mengukuhkan lagi penjenamaannya sebagai sebuah hub fesyen couture yang mempunyai kelas tersendiri dengan menampilkan  10 lagi koleksi busana terbarunya iaitu Koleksi Neo Gladiator .


10  koleksi busana terbaru iaitu Koleksi Neo Gladiator


Bianco Mimosa mencetuskan konsep dan tema gah bak berada di zaman kemegahan bumi Rome ratusan tahun dahulu,  Neo Gladiator diangkat sebagai tema yang mewarnai koleksi daripada Bianco Mimosa pada kali ini yang menyaksikan penampilan yang berbeza buat setiap satu daripada koleksinya.

Menurut pereka fesyen yang juga pengasas kepada Butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha
"koleksi Neo Gladiator di ilhamkan demi memberi suntikan nuansa gaya pemakaian atau fesyen di era berkenaan yang dianggap unik dan mempunyai ciri elegan dan kelas yang sukar ditafsirkan.

Pengasas Butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha
Pengasas Butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha

 

Ia tidak cuma mengenai kemegahan perjuangan bak seorang pahlawan, tetapi di zaman itu juga mempunyai elemen fesyen yang menarik dan saya sangat suka dengan tema ini yang mana bagi saya, ia penuh dengan gambaran bak berada di Rome di zaman itu.

“Saya juga gemar untuk gambarkan penggayaan busana ala Gladiator di zaman itu yang menyaksikan bagaimana kaum wanitanya mempunyai citarasa yang elegan dalam busana mereka, terutama penggayaan bak seorang puteri raja.

Pengasas Butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha
Pengasas Butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha


“Cuma, bagi membezakan dan menyesuaikan dengan peredaran zaman, saya tampilkan inovasi fesyen dalam tema itu di dalam setiap rekaan koleksi ini menggunapakai kreativiti dan keunikan sentuhan Bianco Mimosa itu sendiri,”


Koleksi ini merangkumi gaun pendek, gaun panjang, jumpsuit, t-shirt, jaket dan busana lain,  10 koleksi terbaru Neo Gladiator ini boleh didapati dalam sentuhan formal  ala New Rendition.


 
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA



KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA


Untuk koleksi kali ini juga, seperti mana lazimnya jenama Bianco Mimosa yang gemar menggunakan fabrik yang dimport dari luar negara, Neo Gladiator juga dihasilkan dalam kemasan fabrik dari luar terutamanya dari Eropah.

Meskipun ianya di import, namun teknik rekaan dan buatannya di inspirasi dan direka sendiri oleh Dato Ida dengan kebanyakan fabriknya adalah daripada jenis sutera yang mana istimewanya, helaian fabrik yang dihasilkan adalah daripada Cocoon (kepompong) ulat sutera yang terbaik dan terpilih.


KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA


KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA

Sebagaimana fabrik, perincian yang menjadi bayangan memukau pada setiap koleksi ini juga adalah direka khas oleh Dato Ida yang banyak menggunakan batuan Swarovski dan juga manik terpilih hasil buatan tangan.

Dari segi teknik penghasilan pula, terdapat teknik tenunan, sulam tangan termasuk tenunan halus diterapkan dengan setiap prosesnya dihasilkan lapisan demi lapisan bagi memberikan hasil yang terbaik pada fabrik yang diketengahkan untuk koleksi kali ini.

KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA


KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi terbaru atau koleksi terdahulu dari Bianco Mimosa anda boleh membeli secara online di laman web  Bianco Mimosa atau di Zalora



KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi Neo Gladiator dari Bianco Mimosa, anda boleh layari
 Telefon : +603-61450029 / +6012-7555407









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve