Rupanya best juga tengok drama sambil baring dan pandang siling. Cik iena cuba LUMOS FLOAT EVO Smart Projector dalam bilik tidur dan ruang tamu. Bila lampu dipadamkan, pancaran besar pada dinding buat Cik iena rasa macam ada mini pawagam dekat rumah. Bila nak tengok sambil baring, Cik iena pusingkan projektor ke siling. Dua cara tengok, ikut mana yang Cik iena rasa selesa malam tu.
![]() |
Pancaran Jelas bila lampu dipadamkan
Di ruang tamu pula, Cik Iena guna dinding yang lebih luas untuk movie night. Ini setup yang Cik Iena paling suka bila nak tengok ramai-ramai. Boleh duduk santai atas sofa sambil semua orang menghadap satu paparan besar. Bila lampu dipadamkan, ruang tamu yang biasa tu pun terasa lain. Babak dengan pemandangan luas memang seronok dilayan bila gambar memenuhi lebih banyak ruang di depan mata.
![]() |
| Tonton di Dinding ruang tamu. Bila lampu dipadamkan, pancaran pada dinding jadi lebih jelas |
Jika anda tertanya-tanya sebesar mana paparannya,untuk info LUMOS FLOAT EVO boleh mencecah pancaran sehingga 200 inci secara pepenjuru, bergantung pada jarak projektor dan ruang yang ada. Jadi anda boleh sesuaikan saiznya dengan tempat menonton. Dalam bilik, guna ruang dinding yang ada. Di ruang tamu, manfaatkan dinding yang lebih luas jika anda ingin rasa lebih dekat dengan suasana pawagam.
Untuk kualiti gambar, LUMOS FLOAT EVO memaparkan resolusi natif Full HD 1080p dan menyokong kandungan 4K, dengan kecerahan 4,500 lumen. Dalam penggunaan Cik Iena sendiri, suasana gelap memang paling Sesuai. Apabila cahaya sekeliling berkurang, warna pada pancaran lebih menyerlah dan mata pun lebih fokus pada cerita.
Jika anda sedang cari projektor untuk layan drama sebelum tidur dan sesekali buat movie night sekeluarga, inilah sebab Cik Iena rasa LUMOS FLOAT EVO berbaloi dipertimbangkan. Satu projektor boleh bagi dua pengalaman yang Cik Iena memang suka. Santai dalam bilik bila nak tengok sendiri, dan paparan lebih luas di ruang tamu bila semua orang nak tonton bersama.
Pusing 270° untuk tengok di dinding atau siling
Antara benda yang paling Cik iena suka tentang LUMOS FLOAT EVO ialah bila dah selesa baring, Cik iena boleh sambung tengok drama dengan pandang terus ke siling. Projektor ini boleh dipusing sehingga 270° pada tapaknya. Jadi, bila nak beralih daripada dinding ke siling, Cik iena cuma ubah sudut projektor pada tapak yang sama.
Dalam bilik tidur, Cik iena letak projektor di hujung katil dan dongakkan ke arah siling. Bila lampu dipadamkan, seronok juga tengok cerita dengan kepala dah selesa atas bantal. Kalau anda jenis suka sambung satu episod sebelum tidur, ini antara cara paling santai untuk nikmati paparan besar dalam bilik sendiri.
![]() |
| Projector di pancarkan pada Siling bilik tidur. Beginilah Cik iena sambung tengok drama sambil baring. |
Di ruang tamu pun Cik iena cuba cara yang sama. Bila nak tengok ramai-ramai, Cik iena halakan pancaran ke dinding. Bila nak berehat sambil baring, Cik iena pusingkan projektor ke atas. Suasana terus terasa berbeza bila lampu dipadamkan dan cerita memenuhi pandangan di siling.
![]() |
| Projector di pancarkan pada Siling ruang tamu. Bila nak menonton sambil baring di ruang tamu, Cik iena halakan pancaran ke siling dan pandang terus ke atas. |
Auto Focus dan Auto Keystone Correction
Di sinilah Auto Keystone Correction membantu. Bila projektor memancar dari sudut tepi dan bentuk gambar nampak serong, fungsi ini melaraskan bentuk pancaran secara automatik supaya kelihatan segi empat. Cik iena cuma halakan projektor ke bahagian dinding atau siling yang Cik iena nak. Auto Focus pula melaraskan fokus supaya gambar nampak lebih jelas. Bila nak beralih daripada menonton di dinding kepada menonton di siling, dua fungsi ini memudahkan Cik iena untuk sambung tengok tanpa perlu sibuk melaras bentuk dan fokus gambar secara manual.
Satu lagi yang Cik iena suka ialah cara guna remote. Masa Cik iena cuba, Cik iena boleh halakan remote ke arah paparan untuk pilih menu, macam guna remote TV. Bayangkan anda dah selesa baring dan nak sambung episod seterusnya. Cik iena cuma capai remote, halakan ke arah paparan dan pilih cerita yang nak ditonton.
Bagi Cik iena, gabungan fungsi automatik dan remote yang mudah digunakan ini memang terasa bezanya bila nak guna projektor hari-hari. Kalau anda nak buat movie night di ruang tamu malam ini dan sambung drama di siling bilik esok, senang nak tukar setup ikut tempat anda nak menonton.
Netflix dan YouTube dengan audio terbina dalam
Bila dah selesa baring dan lampu pun dah dipadamkan, Cik iena suka bila boleh terus buka Netflix atau YouTube daripada menu LUMOS FLOAT EVO versi Smart. Sambungkan LUMOS FLOAT EVO ke Wi-Fi, pilih aplikasi dengan remote, dan terus cari cerita yang anda nak tengok. Kalau malam ni rasa nak sambung drama dan esok nak layan vlog di YouTube, semuanya boleh dibuka terus daripada projektor yang sama. Model ini juga dilengkapi sambungan Bluetooth.Cik iena turut mencuba menonton di aplikasi Tonton dan Viu pada LUMOS FLOAT EVO ini, dan kedua-duanya boleh digunakan. Bahagian ini Cik iena suka sebab ada lebih banyak pilihan ikut mood. Jika anda sedang follow drama tempatan di Tonton atau drama Korea di Viu, boleh juga layan di paparan besar. Bila dah seronok tengok cerita di siling bilik, memang mudah nak tekan episod seterusnya.
Untuk bunyi, LUMOS FLOAT EVO ada dua pembesar suara terbina dalam, 5 W setiap satu. Bila Cik iena nak buat movie night yang ringkas dalam bilik, bunyi boleh terus dimainkan daripada projektor tanpa perlu sambungkan speaker tambahan. Bagi Cik iena, di situlah seronoknya guna versi Smart ini. Jika anda ingin tonton satu episod selepas seharian bekerja, cukup buka aplikasi, pilih cerita dan laraskan volume dengan remote. Setup ringkas, tapi masih dapat rasa seronok menonton di paparan besar.
Berbaloi ke LUMOS FLOAT EVO untuk movie night
Untuk cara Cik iena guna, memang berbaloi. Cik iena paling puas hati bila tengok betapa berbezanya suasana bila cerita dipancarkan pada dinding yang luas dan lampu ruang tamu dipadamkan. Kalau nak buat movie night ramai-ramai, Cik iena pilih dinding ruang tamu. Bila dah masuk bilik dan rasa nak sambung satu episod lagi, Cik iena pusing projektor ke siling dan tengok sambil baring. Bahagian itulah yang buat Cik iena rasa projektor ini sesuai dengan rutin di rumah.Jika anda seang pertimbangkan untuk beli, cuba bayangkan di mana anda paling kerap menonton. Kalau anda suka berkumpul dengan keluarga, anda boleh manfaatkan dinding ruang tamu untuk dapatkan paparan yang lebih luas. Kalau anda lebih suka layan drama sebelum tidur, siling bilik pun boleh jadi tempat untuk memancar. Bagi Cik iena, kelebihan yang paling terasa ialah senang nak tukar antara dua cara ini. Auto Keystone Correction dan Auto Focus membantu melaraskan gambar bila sudut berubah, manakala Netflix, YouTube dan speaker terbina dalam memudahkan anda terus mula menonton.
Semasa artikel ini ditulis, LUMOS FLOAT EVO versi Smart berharga RM899 selepas baucar di laman rasmi LUMOS Malaysia. Projektor ini didatangkan dengan waranti tempatan setahun dan didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Gold dan Silver.
Jika anda lebih suka beli melalui Shopee, LUMOS FLOAT EVO juga boleh didapati di kedai LUMOS Projector di Shopee Mall. Anda boleh bandingkan harga akhir di kedua-dua platform selepas baucar sebelum buat pesanan.
Bagi Cik iena, perkara yang buat projektor ini berbaloi ialah senang nak guna untuk dua suasana berbeza. Bila nak movie night sekeluarga, halakan ke dinding ruang tamu. Bila nak sambung drama sambil baring, pusingkan ke siling bilik. Kalau itu cara anda suka menonton di rumah, model ini memang patut anda pertimbangkan.
Anda boleh semak harga dan promosi semasa di laman rasmi LUMOS FLOAT EVO Malaysia di https://www.lumosprojector.my/floatevo























