Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Tuesday, May 16, 2017

Sate Tuna di 11 Cawangan Satay Station

Sate adalah menu khas Nusantara yang  berbeza-beza cara pembentangan dan rampahnya disetiap daerah. Namun secara umum, sate adalah makanan yang diperbuat daripada daging yang dibakar, dengan menggunakan rempah dan sos yang diperbuat daripada pelbagai jenis rempah. Sebelum ianya  dibakar diatas arang, daging sate diperap terlebih dahulu di dalam bumbuh rempah supaya rasa rempahnya melekat di dalam setiap hirisan daging.

Sate Tuna – Produk Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia

Bercerita mengenai Sate anda pastinya telah mencuba pelbagai jenis sate di pasaran. Kebiasaannya sate yang kita pernah makan adalah sate ayam, sate ikan, sate daging dan sate arnab.Disini Cik iena ingin mencadangkan kepada anda tentang Sate Tuna terbaru yang mana ianya boleh di dapati di Satay Station. Selain dari keunikan menu yang menarik ini, menu sate terbaru ini juga dikatakan boleh memberikan pulangan besar melebihi RM5,000 sebulan kepada usahawan sate tempatan.

Sate Tuna – Produk Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia

Sate Tuna – Produk Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia

Menu sate tuna ini sememangnya unik dan sangat berbeza dengan sate-sate yang lain yang pernah kita makan. “Sate Tuna ini dihasilkan seratus peratus (100%) daripada ikan Tuna Sirip Kuning (Yellowfin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3. Kandungan vitamin yang tinggi (42%) serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan. Berasaskan nutrien dan khasiat  isi ikan tuna ini, sate tuna merupakan satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat.

SATE TUNA BERI PULANGAN LUMAYAN KEPADA USAHAWAN SATE TEMPATAN

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,

"sate tuna merupakan produk inovasi baharu Jabatan Perikanan Malaysia yang diperkenalkan semasa MAHA 2016 yang lalu, merupakan satu produk galakan promosi hasilan tuna, bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang di Negara ini. "

di sekitar Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront
di sekitar Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront

Produk baru ini juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran berkaitan tuna ujarnya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront baru-baru ini.

Semasa pelancaran sate tuna ini juga , Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjelaskan bahawa pihaknya akan terus giat melahirkan usahawan Francais Sate Tuna untuk meluaskan lagi promosi dan pasaran sate tuna di seluruh Negara.

Ini merupakan satu langkah ke hadapan bagi menampung keperluan permintaan pada masa akan datang bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang maju.

Sate Tuna Boleh didapati di 11 Cawangan Satay Station

Menurut  Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek lagi,

"Sebagai permulaan untuk mempelbagaikan varieti sate yang sedia ada di pasaran di samping memberi kelainan dari segi rasa, nutrisi dan pilihan kepada pengguna, syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dan cawangan yang terbaru adalah di KLIA2. Pembukaan cawangan baru di KLIA2 ini diyakini mampu memperkenal sate tuna ini bukan sahaja kepada warga tempatan, tetapi juga pelancong asing di mana KLIA2 merupakan salah satu pintu masuk utama ke dalam negara."
Sate Tuna Boleh didapati di 11 Cawangan Satay Station
Sate Tuna Boleh didapati di 11 Cawangan Satay Station

Kerjasama dengan Satay Station adalah satu langkah strategik antara kedua-dua pihak kerana rantai kerjasama ini adalah saling melengkapi dan saling menguntungkan kedua-dua pihak, jelas beliau lagi.

Peluang Memulakan Perniagaan Sate Tuna

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi  memulakan perniagaan Sate Tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN kepada para usahawan yang berminat dengan perniagaan ini.

Sate Tuna Boleh didapati di 11 Cawangan Satay Station

Sementara itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menjangkakan dengan penggunan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan serta promosi berterusan, permintaan ke atas produk baru sate tuna ini boleh mencecah sehingga 50 ribu cucuk sebulan di seluruh Malaysia dan dapat memberikan pulangan keuntungan kepada pengusaha/individu melebihi RM5,000 sebulan.

Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront

di sekitar Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront
di sekitar Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront

di sekitar Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront
di sekitar Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront

di sekitar Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront
di sekitar Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront

Untuk Sebarang Pertanyaan , Sila Hubungi

Jabatan Perikanan Malaysia (Unit Komunikasi Korporat)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

No. Tel : 03 – 8870 4234
No. Faks : 03 – 8881 0343

iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com

1 comment:

Facebook Comment