Grab The Promo

IRDKL Mall Pusat Hiburan Keluarga dan Pawagam Pertama di Shah Alam


Masa bersama keluarga seharusnya dimanfaatkan dengan aktiviti  menarik yang dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama keluarga. Dalam zaman serba canggih dan moden ini salah satu aktiviti yang dapat menambat hati anak-anak muda adalah dengan membawa mereka ke taman tema atau pusat hiburan keluarga yang terdapat permainan game dan pelbagai permainan teknologi terkini selaras dengan peredaran zaman.


SIMULATOR IRDKL MALL SHAH ALAM
jom race :)

IRDKL Mall Pusat Hiburan Keluarga dan Pawagam  Pertama di Shah Alam


IRDKL Mall merupakan antara pusat hiburan keluarga yang menarik untuk anda kunjungi bersama keluarga khususnya. Ia merupakan sebuah Mall yang menghimpunkan pelbagai jenis Hiburan keluarga dan juga pawagam .
Di bangunkan khusus buat anda yang ingin berkumpul bergembira bersama keluarga  di dalam satu  bumbung.Tidak terhad juga kepada keluarga , ianyanya juga boleh di kunjungi bersama sahabat-sahabat untuk meluangkan masa bersama bergembira di bawah satu bumbung tanpa perlu ke lokasi lain.

Selain pusat hiburan seperti karaoke, Children arcade, virtual arcade, digital dart, dan british pool , terdapat juga servis lain seperti food court dan juga Dewan / TSR Hall untuk di sewa .

Cik iena sendiri berkesempatan melihat dewan yang serba lengkap dan cukup indah serta luas.  Selain itu cik iena juga telah mencuba beberapa permainan game di IRDKL Mall  dan cik eina juga sempat berkaraoke serta menonton wayang bersama rakan . Kesemua aktiviti ini cik iena lakukan hanya dalam satu banggunan.

Menarik bukan? Cik iena akan kongsikan pengalaman semasa di IRDKL Mall tetapi sebelum itu mesti anda ingin tau apa itu IRDKL Mall dan mengapakah kebanyakan tempat di dalam mall tersebut di namakan TSR? Haa sebenarnya cik iena yang tertanya-tanya . Alang-alang cik iena kongsikan info yang cik iena google bersama rakan pembaca :)


IRDKL Mall Milik IRDK Land Sdn Bhd


Terletak di antara Persiaran Selangor dan Jalan Padang Jawa . Ianya dibina bagi menyediakan hiburan keluarga sihat. Pusat hiburan keluarga ini dimiliki sepenuhnya oleh syarikat hartanah  IRDK Land Sdn Bhd di bawah kepimpinan IRDK Land Group of Companies.

IRDK Mall menyediakan pawagam pertama di Shah Alam. Pusat Hiburan keluarga ini juga di lengkapi dengan kemudahan medan selera untuk pengunjung . Apa yang membezakan Mall ini dan Mall lain adalah di sini hanya menawarkan perkhidmatan Hiburan sahaja . Tidak terdapat tempat membeli-belah untuk anda . Jadi anda dapat meluangkan masa secukupnya bersama keluarga dengan menemani mereka bermain permainan kegemaran mereka.


MAKSUD TSR


Sepanjang cik iena berada di IRDK Mall apa yang cik iena perasaan kebanyakan tempat di dalam Mall ini di beri nama TSR . Cik iena sendiri tertanya-tanya kenapa. Akhirnya cik iena jumpa juga jawapannya.

TSR merupakan nama Pemilik dan Pengarah Urusan Kumpulan IRDK Land iaitu Tan Sri M. P Ramasamy

Tan
Sri
Ramasamy


Perkhidmatan WIFI Percuma


Untuk pengetahuan semua IRDKL Mall menawarkan perkhidmatan WIFI percuma buat semua pengunjung mereka . Cik iena sendiri menggunakan WIFI IRDKL Mall semasa berada di IRDKL  Mall . Kelajuan WIFI boleh tahan laju semasa cik iena tiba di sana lebih kurang jam 3 petang .  Kadar kelajuan WIfi menjadi berkurangan setelah penunjung mulai membanjiri IRDK Mall lewat petang :)

Komen cik iena ianya bagus berbanding Mall lain jarang menawarkan WIFI percuma buat pengunjung. Dapat juga jimat penggunaan Data cik iena (^_~)

Semasa kunjungan cik iena tiada password dikenakan untuk mengakses Wifi IRDKL Mall Shah Alam .




IRDKL Mall Pusat Hiburan Keluarga dan Pawagam  Pertama di Shah Alam
Pelbagai Hiburan keluarga yang terdapat di IRDKL Mall Shah Alam


Kanak-kanak sememangnya memerlukan permainan yang menghiburkan. Tanpa permainan yang menceriakan mereka, mereka akan mudah menjadi bosan.Di IRDKL Mall tidak ada kekurangan aktiviti untuk kanak-kanak kerana disini terdapat pelbagai jenis permainan buat kanak-kanak seperti  permainan arked, dan Mario Land ,permainan perlumbaan, menembak bola keranjang, menari dan menumbuk kuasa.

Berikut cik iena kongsikan tempat-tempat yang sempat cik iena singgah semasa berada di IRDKL Mall Shah Alam baru-baru ini.




CHILDREN ARCADE – (DIGITAL FUNTIME)


IRDKL menawarkan salah satu daripada 10D Arcade Virtual Reality yang paling maju (di Level 10) yang mana ianya dijamin dapat  membuat remaja dan orang dewasa muda kembali lagi. Bagi anak-anak kecil juga, terdapat Pusat Kanak-kanak eksklusif di Aras 13.


DIGITAL FUNTIME IRDKL MALL SHAH ALAM
DIGITAL FUNTIME IRDKL MALL SHAH ALAM



DIGITAL FUNTIME IRDKL MALL SHAH ALAM
DIGITAL FUNTIME IRDKL MALL SHAH ALAM

DIGITAL FUNTIME IRDKL MALL SHAH ALAM
GAMBAR RAKAN PEJABAT CIK IENA  DI DIGITAL FUNTIME IRDKL MALL SHAH ALAM

DIGITAL FUNTIME IRDKL MALL SHAH ALAM
GAMBAR RAKAN BLOGGER DI DIGITAL FUNTIME IRDKL MALL SHAH ALAM

DIGITAL FUNTIME IRDKL MALL SHAH ALAM
CIK IENA BERSAMA RAKAN PEJABAT DI DIGITAL FUNTIME IRDKL MALL SHAH ALAM

Purata Harga untuk setiap game adalah RM 3 per game

SIMULATOR



SIMULATOR IRDKL MALL SHAH ALAM


Simulator Kereta lumba ini juga sangat menarik bagi cik iena kerana kita dapat rasakan sendiri pergerakan kereta tersebut semasa perlumbaan . Pendek kata semasa kita main permainan ini kereta akan bergerak mengikut arah yang dipandu. Sekiranya berlaku kemalangan. Kita akan rasa gegarannya.


SIMULATOR IRDKL MALL SHAH ALAM
Muka cuak belum apa2 lagi kene sakat dengan atok kat belakang tu haha

Harga bagi simulator ini adalah RM10 per game


Video Simulator








DIGITAL DARTS – TARGET (THE SHARP REFLEX)




DIGITAL DARTS
DIGITAL DARTS
Penggemar permainan Dart  atau permainan anak panah juga boleh mencuba permainan ini disini. Terdapat 7 Dart Digital yang terdapat di level 10 dan 13 di IRDKL Mall. Mesin Dart Digital membolehkan kita bermain dalam persekitaran yang selamat & mesra dimana Tiada penggunaan  logam di penghujung dart.

VIRTUAL ARCADE




VIRTUAL ARCADE IRDKL MALL SHAH ALAM
Agaknye apa yang momi nampak tu haha

Antara Virtual Arcade yang ada di IRDKL Mall . Terdapatbanyak lagi. Maaf cik iena terlupa ambil gambar  :)


9D VIRTUAL EXCITEMENT / REALITI MAYA 9D



9D VIRTUAL EXCITEMENT / REALITI MAYA 9D
9D VIRTUAL EXCITEMENT / REALITI MAYA 9D

Realiti Maya 9D antara permainan yang menarik perhatian cik iena .Ianya dapat membuatkan anda merasai pengalaman seperti anda berada di dalam video pilihan anda. Perjalanan permainan VD 9R VR menjadikan pengalaman permainan berjalan lebih jauh dengan tarikan interaktifnya. Dunia yang tidak berkesudahan.

9D VIRTUAL EXCITEMENT / REALITI MAYA 9D
Raut wajah sebelum main 9D Virtual Excitiment . Tergelak sebab plan nak kenekan member naik Roller Coster. Akhirnya cik iena yang terkena


9D VIRTUAL EXCITEMENT / REALITI MAYA 9D
Terdapat banyak video untuk pilihan
Untuk permainan ini harga dalam anggaran RM13 untuk 2 video.

VIDEO CIK IENA BERMAIN 9D VIRTUAL EXCITEMENT









TIDAK MENGGUNAKAN TOKEN


Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimanakan cara pembayaran permainan game disini. Mungkin ada yang menyangka ianya menggunakan sistem token seperti puat hiburan lain. 



IRDKL Mall Pusat Hiburan Keluarga dan Pawagam  Pertama di Shah AlamIRDKL Mall Pusat Hiburan Keluarga dan Pawagam  Pertama di Shah Alam
kad yang digunakan untuk permainin di IRDKL MALL


Di sini anda cuma perlukan Kad Digital Funtime untuk bermain permainan disini. Anda cuma perlu membeli kad ini dengan harga RM4 dan kemudian tambah nilai mengikut jumlah yang anda inginkan. Dianggarkan harga game disini RM 3 untuk setiap game. namun terdapat beberapa game yang mempunyar harga yang berbeza.


KARAOKE KELUARGA – MELODY (TOTAL SOUL RELAXATION)




KARAOKE KELUARGA – MELODY



Karaoke, bercakap mengenai karaoke pasti ramai gemar berkaraoke termasuk cik iena. Tapi suara cik iena tidak la sedap. Segan kalau orang luar dengar. Kalau pergi karaoke perlu cari yang bilik kebal supaya orang sebelah tak dengar  (^_~)


KARAOKE KELUARGA – MELODY


Menariknya karaoke di IRDKL Mall ni anda semua tidak dapat mendengar suara bilik sebelah berkaraoke seperti kebanyakan pusat karaoke yang ada.

Sejujurnya semasa berjalan menuju ke tandas atau ke bilik karaoke cik iena, cik iena tidak dengar bunyi bilik lain berkaraoke. Jadi tak perlu risau atau rasa malu kalau-kalau bilik sebelah atau pengunjung yang lalu dengar suara sumbang cik iena ni:)


KARAOKE KELUARGA – MELODY


Dari segi sound system memang bagus cuma untuk pemilihan lagu agak sukar untuk cik iena pilih. Mungkin kerana ini merupakan pertama kali cik iena di sini. Setiap sistem pusat karaoke pastinya berbeza . Difahamkan banyak lagu baru disini cuma cik iena gagal mencari dan faktor kesuntukan masa jadi layan kan saja lagu yang terpantas di jumpai .



TSR Cinemax IRDKL Mall




TSR Cinemax IRDKL Mall
TSR Cinemax IRDKL Mall

TSR Cinemax IRDKL Mall  mengukir nama dalam sejarah kerana ia merupakan pawagam pertama  di Malaysia yang dibuka di wilayah Shah Alam dan ia juga  mempunyai semua sistem bunyi & skrin terbaik di dunia dalam satu multiplex tunggal.


TSR Cinemax IRDKL Mall
TSR Cinemax IRDKL Mall


Ia menyediakan kerusi kabin yang paling mewah dan selesa di skrin pawagam Diraja (royale) . Ia juga menawarkan kerusi kabin kembar di skrin utama Pawagam dan Skrin Cinema.

TSR Cinemax dilengkapi dengan Projektor 4K dengan bahagian atas garisan Harkness dengan keadaan teknologi audio seni Dolby Atmos, Auromax, DTSX & Klipsch sistem bunyi dengan sistem sub-woofer yang dimuatkan untuk memberi pengguna pengalaman bunyi kelas dunia dan menikmati momen-momen yang tidak dapat dilupakan dengan TSR sepanjang masa.







TSR Cinemax IRDKL Mall
TSR Cinemax IRDKL Mall


Apa yang cik iena perasan lagi menariknya cinemax disini ianya menjual makanan berat berbeza dengan cinema lain di Malaysia


TSR Cinemax IRDKL Mall
TSR Cinemax IRDKL Mall

TSR Cinemax IRDKL Mall
TSR Cinemax IRDKL Mall


Selain daripada itu yang menarik perhatian cik iena juga adalah ianya menggunakan sistem scanner semasa anda ingin memasuki pawagam . Tak perlu lagi koyak-koyak tiket . Walaubagaimanapun sistem ini masih baru di Malaysia. jadi perlu pengawasan pekerja di sni. Semasa cik iena berada disini memang ada pekerja yang membantu pengunjung untuk scan tiket.

Jadi lepas ni dah tau tak perlu bantuan pekerja di sini :)


TSR Cinemax IRDKL Mall
scan tiket sebelum masuk ke Screening Hall

TSR Cinemax IRDKL Mall
TSR Cinemax IRDKL Mall

Di TSR Cinemax IRDKL Mall tidak perlu risau jika dapat tempat dibawah dan perlu menonton dalam keadaan mendongak . Ya tidak perlu risau. Walaupun seat anda di bawah anda tetap dapat menonton dengan leher yang selesa. tidak terlalu mendongak di kebanyakan pawagam lain. Maaf cik iena tak sempat ambil gambar kedudukan Screen.

Untuk pembelian tiket secara online sila layari http://www.tsrcinemax.asia/









 TSR Conference Hall 


Conference Hall ini dari sudut pandangan cik iena ianya sememangnya Hall Mewah yang dilengkapi pelbagai kemudahan . Dekorasi dewan juga sangat cantik dihiasi Lampu unik yang sentiasa bertukar warna .

TSR Conference Hall di IRDKL Mall Shah Alam
TSR Conference Hall di IRDKL Mall Shah Alam

TSR Conference Hall di IRDKL Mall Shah Alam
TSR Conference Hall di IRDKL Mall Shah Alam

TSR Conference Hall di IRDKL Mall Shah Alam
TSR Conference Hall di IRDKL Mall Shah Alam

TSR Conference Hall di IRDKL Mall Shah Alam
TSR Conference Hall di IRDKL Mall Shah Alam

TSR Conference Hall di IRDKL Mall Shah Alam


Video TSR Conference Hall di IRDKL Mall Shah Alam 



BALLROOM LED COVE LIGHT






Difahamkan Kos sewaan untuk dewan tersebut adalah RM 25,000 . Untuk melihat lebih lanjut mengenai TSR Conference Hall ini boleh lawati laman twitter https://twitter.com/tsrconference atau website http://tsrconferencehall.com/





ini view sebelum cik iena memasuki IRDKL Mall




Waktu Operasi IRDKL Mall  Shah Alam


Isnin Hingga Ahad
10 Am Sehingga 12 Tengah Malam


Alamat  IRDKL Mall  Shah Alam

No.1, Jalan Serai Wangi M 16/M,
Alam Avenue 2, Seksyen 16,
40000 Shah Alam,
Selangor Malaysia.


Untuk Maklumat Lanjut Layari :

Website : http://www.irdklmall.com
Twitter : https://twitter.com/irdklmall
Tel: (+603) 5522 2229
Email : enquiry@irdklmall.com





8 comments:

  1. wahh menariknya mall ni. Paling best ada VR tu.

    ReplyDelete
  2. wow..bestnya.ni kalau bawak amsyar datang sini mesti excited sakan ni..

    ReplyDelete
  3. yg tu dah semestinya ..mesti dia nak main kereta (^_~)

    ReplyDelete
  4. seronokknyaaaa kek ienaa. paling best tgk vdeo 9d tuh. mcm real jekkk hehehe
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  5. Tempat game tu, bawa yazid kompremmmm dia suka gila tu. Hahahaha bestnyaa lahai

    ReplyDelete
  6. bestnyaaaaaaa.... nak gak main game dekat sini... tp nk ajak sapa ek?

    ReplyDelete
  7. Harga tiket mengikut kelas lain2 kn..brpe ehh

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve