Grab The Promo

Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty

Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Tidak kiralah samada kecantikan dalaman atau luaran serta kecantikan wajah dan tubuh badan. Bagi Wanita yang belum mendirikian rumah tangga khususnya bentuk badan amat di titik beratkan.

Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty
Suasana Amante Wellness Beauty yang cantik dan tenang lagi ekslusif


Untuk mendapatkan bentuk badan yang di idamkan, pelbagai cara dilakukan termasuklah senaman, berdiet, dan juga pengambilan ubat untuk menurunkan berat badan mahupun makanan sampingan atau supplement bagi mengenyangkan serta membekalkan tenaga untuk tujuan mengawal kenaikan berat badan.

Selain daripada cara diatas terdapat cara lain lagi bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik iaitu dengan Rawatan Pembentukan Perut atau Peha.



Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty
Amante Wellness Beauty



Beberapa minggu yang lepas cik iena telah menjalani rawatan Rawatan Pembentukan Perut atau Peha  di Amante Wellness Beauty cawangan USJ Taipan. Ini merupakan pengalaman pertama cik iena menjalani rawatan ini.. Pada awalnya cik iena rasa segan kerana prosuder rawatan ini adalah anda di kehendaki untuk menanggalkan pakaian anda.


Hai korang, tadi iena baru je buat Body Shaper Treatment dekat @amantewellnessbeauty USJ Taipan.. Cantik betul tempat ni, hilang stress..tenang je rasa.. Thanks kak emelda sb buang lelemak bahagia iena haha..Best gile satu badan kene berus buang lemak.. Iena rasa mcm berus kain pulak..sental sental.. Haha ada la alat khas yang di gunakan nanti iena cari apa nama alat tu tp mmg best..amek gambar peha kanan yg dah massage dgn kiri yg blm massage..mmg berbeza..selim peha iena tau..lepas tu bukan slim je..putih habak hang..putih glowing.. Iena rasa treatment ni sgt sesuai utk wanita yg nk jaga badan n yang nak kawen tu..yg cik abg da kawen tu belanja la wife buat treatment ni..mmg bertambah cun body puan isteri nty ❤❤❤ . . Untuk maklumat lanjut layari www.amante.my atau nak booking blh call.. . Amante @ USJ Taipan 03-5879 9954 Amante @ Aman Suria 03-7803 4664 Amante @ Mont Kiara 03 - 6203 0221 Amante @ Puchong 03 - 8062 2652 Amante @ Kepong 03 - 6259 0884 Amante @ Bangsar 03 - 2287 9089 Amante @ Jaya One 03 - 7492 0476 #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #socialMediaInfluencer #instagood #photooftheday #fashion #amantespa #amantewellnessbeauty #bodyshaper #bodyshapertreatment #buanglemak
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on




Bagi cik iena yang masih bujang tentunya agak kekok, namun kerana juru kecantikan yang peramah dari Amante spa meyakinkan cik iena, hilang sedikit rasa gementar dan malu.

Berikut Cik iena kongsikan pengalaman cik iena semasa sesi rawatan ini. Sebelum itu cik iena terangkan serba sedikit mengenai Rawatan  ini.

Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty
Amante Wellness Beauty

Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment | Rawatan Pembentukan Perut atau Paha


Rawatan Pembentukan Perut atau Paha Amante adalah rawatan eksklusif yang disesuaikan untuk
kontur atau membentuk badan menggunakan sikat berus getah khas (unique firm rubber nubs brush). Seluruh tubuh badan anda akan disikat menggunakan berus khas dan minyak khas .


Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty
Amante Wellness Beauty


Rawatan ini sememangnya mampu membuang membuang selulit dan juga ianya mampu mencerahkan tona warna badan dengan memecahkan kantung-kantung simpanan lemak dengan menggunakan unique firm rubber nubs brush , kulit anda dirangsang dengan mengaktifkan semula sel badan.

Aktiviti ini menyebabkan pengaliran cecair berlebihan dan dapat memerangkap toksin dalam badan.
Untuk mendapatkan hasil rawatan yang lebih baik, serum 24 jam pekat digunakan bersama
dengan menggunakan alat Far Infrared.


Amante Wellness Beauty cawangan USJ Taipan


Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty
Amante Wellness Beauty


Merupakan cawangan terbaru Amante Wellness Beauty . Ianya terletak berhampiran Macdonald serta berdekatan Watsons dan terletak diatas Guardian USJ Taipan. Keadaan susun atur SPA yang sangat cantik dan menenangkan serta eksklusif pasti membuat sesiapa yang mengunjunginya berasa teruja.

Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty
Amante Wellness Beauty


Pengalaman melakukan Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment


Pengalaman cik iena di urut menggunakan alat ini adalah cik iena merasakan seolah olah seperti kulit cik iena di berus menggunakan berus kain.

Walaupun ada kala nya terasa sakit namun ini adalah prosuder rawatan tersebut. Sekiranya berasa sakit, anda boleh memberitahu juruterapi kecantikan untuk mengurangkan tekanan semasa mengurut menggunakan alat khas tersebut.

Sebelum memulakan rawatan , cik iena di kehendaki membuka pakaian dan hanya menggunakan seluar dalam pakai buang yang di berikan sahaja. Bermakna tiada seutas benang melainkan seluar dalam pakai buang tersebut.



Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty
Tuala dan seluar dalam pakai buang yang disediakan



Untuk melancarkan lagi urutan serta mempercepatkan proses pembakaran lemak dan membentukkan tubuh, sejenis minyak khas digunakan dimana ianya berfungsi untuk menyingkirkan lemak .

Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty
Ruangan rawatan di Amante Wellness Beauty yang sangat selesa

Semasa menjalani sesi urutan ini, pada bahagian kaki , Ketara perbezaan bahagian kaki yang telah di urut dan belum di urut.

Kaki yang telah di urut menjadi lebih kecil dari yang asal dan lebih putih serta berseri. Maaf gambar hanya untuk simpanan cik iena. Anda sendiri harus cuba dan rasakan perbezaannya.Jangan lupa ambil gambar sebelum dan selepas bagi melihat keberkesanannya pada tubuh badan anda.


Urutan ini juga mampu membentuk tubuh badan kita seperti menaikkan pinggul, mengecilkan peha ,lengan serta perut.

Terdapat teknik-teknik urutan khas bagi setiap bahagian tubuh untuk mendapatkan kesan yang di inginkan namun untuk mendapatkan hasil yang di inginkan anda seharusnya menahan sakit ketika di urut menggunakan alat khas tersebut.

Selepas selesai rawatan cik iena dapat merasakan perbezaan betis serta peha yang lebih kecil dari sebelumnya serta perut yang tight.



 Juruterapi Kecantikan Yang Peramah Dan Cekap



 Di Amante Wellness Beauty , juruterapi kecantikan mereka sangat cekap dan profesional serta sangat peramah membuat cik iena tidak berasa segan dan sangat selesa dengan rawatan tersebut. Pelbagai tips dan info di berikan semasa sesi rawatan.


Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty
Juruterapi kecantikan yang membuat rawatan untuk cik iena

Jadi kalau anda ke Amante Wellness Beauty USJ Taipan jangan lupa cari Kak Emelda tau . Cik iena sangat suka servis dari kak Emelda. Memang terbaik dan sangat memuaskan.


Kebaikan Amante’s Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment


- Detoksifikasi kulit
- Membantu mengurangkan berat badan dan juga memberi kesan langsing
- Mengurangkan Selulit dan Air yang berlebihan
- Memulihkan dan membaiki keadaan kulit
- Memberi kesan tona kulit yang lebih baik dan menambah keserian kulit
- Meningkatkan kelancaran perjalanan darah di dalam badan
- Meningkatkan kadar metabolik pada kulit

Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty
Amante Wellness Beauty

Jadi kepada anda di luar sana khususnya yang bakal bwrkahwin, rawatan ini sesuai untuk anda.Tidak lupa juga bagi wanita yang telah mendirikan rumah tangga ianya juga sangat sesuai untuk anda bagi menambat hati sang suami :)

Kepada yang berminat untuk mendapatkan rawatan ini, anda boleh dapatkan rawatan di Amante Spa . Selain daripada Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment  terdapat beberapa lagi rawatan seperti yang tertera di dalam poster di bawah.


Senarai Rawatan di Amante Wellness Beauty



Senarai Rawatan di Amante Wellness Beauty
sila klik pada gambar untuk melihat Senarai Rawatan di Amante Wellness Beauty

Untuk Maklumat Lanjut mengenai Amante Wellness Beauty :

Alamat : USJ Taipan Outlet
1st Floor, No.14, Jalan USJ 10/1,
47620 UEP Subang Jaya, Selangor.
(Atas Guardian)
Contact number : 03-5879 9954 / 012 678 3722
Operation hours : (Selasa – Ahad) 10am – 8pm Cuti Hari Isnin


Website : https://www.amante.my/
Facebook : Amante Wellness Beauty
Instagram : @amantewellnessbeauty 


 

Cawangan-Cawangan Amante Wellness Beauty



Bangsar @ Telawi

28A-1, 1st Flr, Jalan Telawi,
Bangsar, Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 2287 9089
11.00am - 09.00pm

Kepong @ Metro Perdana

61A, Jln Metro Perdana Barat 2,
Taman Usahawan, Kepong Utara,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 6259 0884
10.00am - 08.00pm

Mont Kiara @ Solaris

1st and 2nd floor
No.17-1, Jalan Solaris 4,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 – 6203 0221
11.00am - 09.00pm

PJ @ Aman Suria

No. C-G-5, Jalan PJU 1/45,
Aman Suria, 47100
Petaling Jaya,
Selangor.
Tel : 03 - 7803 4664
11.00am - 09.00pm


PJ @ Jaya One

Lot 007 & 009,Level P1
The School @ Jaya One,
72A, Jalan Universiti, 46200
Petaling Jaya,Selangor.
Tel No: 03 - 7492 0476 / 012 – 678 3722
11.00am - 09.00pm

Puchong @ Bandar Puteri

1st Flr, No 22-1,
Jalan Puteri 1/2.
Tel No: 03 – 8062 2652
11.00am - 09.00pm




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve