Grab The Promo

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show di TV3


Lazada sebagai platform eCommerce yang di kenali di Malaysia telah meluaskan sayapnya lagi dengan mengadakan sebuah program realiti yang mengetengahkan tentang fesyen dan kecantikan. Seperti anda sedia maklum fesyen bergerak seiring dengan teknologi jadi pasti anda menginginkan dan ternanti-nanti fesyen terkini yang bakal anda ikuti.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show di TV3
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show di TV3


Okay jom cik iena ceritakan serba sedikit mengenai rancangan realiti ini yang di panggil LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show


Lazada Malaysia telah melancarkan LazAdaStyle Fashion Reality TV Show yang Pertama untuk Fashionistas Tempatan dan Pereka Fesyen. Rancangan Realiti ini disiarkan di TV3 pada setiap hari Ahad jam 3 petang dengan menampilkan Selebriti Tempatan Termasuk Rizman Rozaini, Wirda Adnan, Nana Mahazan dan banyak lagi.

Lazada yang mana merupakan Platform eCommerce terkemuka di Malaysia telah melancarkan LazAdaStyle Fashion Reality TV show yang pertama di negara ini khas untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 1
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 1


Dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima, LazAdaStyle akan diacarakan oleh seorang  pelakon Malaysia iaitu Nana Mahazan . Rancangan ini bertujuan untuk meletakkan Lazada sebagai destinasi membeli-belah rakyat Malaysia bagi produk fesyen dan kecantikan.

Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata,

"Kami sedang memulakan perjalanan yang menarik untuk memperdalam rayuan kami kepada pengguna yang berpusatkan fesyen. LazAdaStyle fashion reality TV show ini merupakan cara kami untuk terus melibatkan mereka dalam cara yang lebih menarik dan relevan selain menyediakan pengguna dengan pelbagai jenis barangan. Fesyen dan kecantikan adalah tumpuan utama kami untuk Hari Raya tahun ini kerana fashion merupakan salah satu elemen penting untuk keluarga Melayu semasa masa perayaan ini. "

Rancangan ini terdiri dari empat episod, LazAdaStyle menggabungkan lapan pereka tempatan yang berminat untuk mempamerkan pakaian terbaik mereka dalam program ini beserta bahan atau material yang mengikut tema yang diberikan pada setiap minggu.



LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 1
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 1





Reka bentuk mereka dinilai oleh personaliti terkenal dalam industri fesyen termasuk Rizman Rozaini dan Wirda Adnan manakala para peserta akan diawasi oleh usahawan fesyen popular seperti Min Luna, Syed Faizal dan Bustaman Mokhtar sepanjang pertandingan berlansung.

Para penonton juga boleh menantikan para tetamu selebriti seperti Elfira Loy, Siti Sarah Raisuddin, Sherry Alhadad, Yasmin Hani, Sha'rin Razali dan pereka kegemaran mereka kerana para peserta secara berperingkat akan disingkirkan sehingga pemenang dipilih pada akhir rancangan realiti .
Pemenang LazAdaStyle akan memenangi wang tunai dan hadiah yang menakjubkan sehingga RM100,000.00.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 1
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 1


Jadi kepada anda diluar sana, jangan lupa ikuti episod LazAdaStyle setiap hari Ahad pada jam 3:00 petang di TV3 bermula 6 hin gga 27 Mei.Menerusi rancangan ini anda akan dapat saksikan Lazada Malaysia memberi tawaran Hari Raya dan promosi khas di lazada.com.my.

Lapan peserta telah disenarai pendek melalui uji bakat tertutup selepas pertandingan yang dianjurkan oleh Lazada Malaysia di Instagram yang menerima lebih daripada 300 penyertaan di seluruh negara.
Anda juga boleh terus membeli setiap barangan penampilan kegemaran anda dari rancangan TV di aplikasi Lazada [Klik Disini]



LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 1
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 1


 LAZada Style Destinasi Fashion Anda


Kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang untuk saksikan sendiri rancangan ini, anda juga boleh memuatturun LazadaApp supaya mudah untuk anda membuat pembelian sekiranya anda tertarik dengan fesyen yang di gayakan oleh peserta .

Untuk pengetahuan lagi kesemua alatan atau bahan atau material yang di gunakan dalam rancangan realiti ini adalah barangan yang terdapat di Lazada. Jadi sekiranya anda berkenan anda boleh membeli secara online di Lazada.


LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 2



“Shake shake” Contest


Semasa rancangan LazAdaStyle Fashion Reality TV Show di tayangkan pada hari Ahad jam 3 petang jangan lupa siap sedia dengan talifon anda yang telah memuatturun LazadaApp dan sertai contest “Shake shake” yang dianjurkan untuk memenangi Voucher dari pihak Lazada.


Untuk membuat pembelian barangan atau material dalam rancangan inianda boleh membelinya di website Lazadastyle iaitu [Klik Disini] .


Sekiranya anda merupakan Seller dan anda berminat untuk di paparkan dalam  LazadaStyle, sila daftar sebagai  seller di Lazada.com.my . Kepada anda yang merupakan pelanggan Lazada yang membuat pembelian di Lazada anda jugaboleh kongsikan gambar OOTD dengan menggunakan harshtag #mylazadastyle dan anda berpeluang untuk  featured dalam LazadaStyle.


LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 2
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 2

Saksikan Episod ke 3 LazAdaStyle Fashion Reality TV Show di TV3


Ahad ini 20 Mei 2018 merupakan minggu ketiga rancangan realiti ini bersiaran dimana pada setiap minggu cabaran yang di berikan adalah berbeza. Pada minggu ini iaitu minggu ketiga cabaran atau tema yang dikenakan adalah
Bold & Curvy Collection (Plus Size)
Agak menarik tema yang di berikan. Kebiasaannya fesyen lebih diutaakan kepada golongan yang berbadan kecil . Jadi dengan tema ini sememangnya akan menguji peserta untuk memberikan fesyen yang terbaik bagi golongan plus size yang mana sedikit sebanyak ianya dapat memberikan inspirasi buat anda yang berbadan besar untuk berfesyen.

Video Teaser Episod 3



Manakala pada minggu hadapan merupakan minggu terakhir iaitu minggu penentu pemenang rancangan realiti ini  dimana ianya akan membawa tema Raya Couple Collection.

Untuk anda yang terlepas Episod pertama dan kedua, sila tonton video yang cik iena lampurkan di bawah.

 LazAdaStyle Fashion Reality TV Show  Episod 1



 LazAdaStyle Fashion Reality TV Show  Episod 2




Jumlah keseluruhan peserta adalah 8 orang . Sehingga minggu ke dua, 2 orang telah tersingkir . Jangan lupa saksikan Episod seterusnya untuk melihat siapakah yang bakal tersingkir dan bakal maju untuk meneruskan perjuangan dan memenangi hadiah bernilai RM100,000.00.

Peserta  LazAdaStyle Fashion Reality TV Show
Peserta  LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

Jumlah peserta : 8 orang


i.      Episode 1: 2 teams, 2 eliminated from losing team
ii.      Episode 2: 2 eliminated, 2 eliminated from losing team
iii.      Episode 3: 1 eliminated out of remaining 4 contestants. Contestants to push their own style in this episode!
iv.      Episode 4: 3 finalists



Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan realiti ini sila Follow laman instagram mereka iaitu  https://www.instagram.com/lazadafashion_my/


Untuk  melihat  dan membeli penampilan minggu sebelumnya sila layari:

 [Klik Disini]






0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve