Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)

Beriadah bersama keluarga sememangnya aktiviti yang menarik dan aktiviti yang dapat mengeratkan lagi sillaturrahim sesame keluarga. Baru-baru ini Cik iena dan keluarga serta adek beradik mak dan anak cucu mereka beriadah bersama-sama di Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR).

  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)

Tempat ini agak menarik untuk dikunjungi penduduk setempat dan yang berhampiran. Kolam yang agak besar dan luas serta cantik. Terdapat juga gelongsor yang disediakan seperti taman tema air yang lain. Cuma ianya hanya gelongsor biasa .

  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
keluarga bergambar di main entrance  Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)

Namun tetap dapat memberikan keseronokan jika anda menghabiskan masa bersama keluarga di sini. Namun secara peribadi bagi Cik iena kolam ini agak bahaya untuk kanak-kanak kerana airnya agak dalam. Bukan seperti kolam taman air  lain yang kedalaman seperti laut, bermula dari cetek ke yang  lebih dalam.

  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)

Kanak- yang bermandi di kolam utama perlu pengawasan dari orang dewasa. Jangan lupa bawa pelampung untuk anak-anak anda. Walaubagaimanapun terdapat kolam kecil untuk anak-anak kecil anda Cuma jika ramai pengunjung, kolam kanak-kanak akan penuh.

Cik iena cadangkan datang pada sebelah pagi kerana kurang pengunjung pada sebelah pagi. Apa yang Cik iena dapati selepas jam dua petang, pengunjung semakin ramai berbanding sebelah pagi. Kalau datang pagi, tak perlu berebut toilet .

  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)

Semasa Cik iena di sana , agak mendukacitakan terdapat dua gelongsor di kawasan air yang tidak berapa dalam yang sesuai untuk kanank-kanak di tutup. Jadi kanak-kanak terpaksa ke gelongsor lain yang lebih tinggi dan lebih dalam airnya. Agak bahaya jika tiada pengawasan orang dewasa.

Tiada life guard di Bukit Beruntung Golf & Country Resort

Apa yang Cik iena perhatikan life guard tidak kelihatan. Atau mungkin mereka tidak memakai uniform. Jadi sila pastikan anda awasi anak-anak anda. Terutama jika mereka bermandi di kolam utama yang airnya agak dalam untuk kanak-kanak.

Tidak dibenarkan membawa makanan luar

Disini anda tidak dibenarkan untuk membawa makanan luar . Tapi Cik iena bawa je makanan ringan dan apa yang Cik iena perhatikan ramai juga pengunjung lain yang bawa. Pihak resort  tidak cek beg. Maksud di sini pandai-pandai lah sorok. Kalau jelas kelihatan tentu akan di tahan.

  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)

Cik iena cadangkan bawa lah makanan dan sorok. Sebab makanan agak kurang di jual disini. Tak banyak pilihan lagi-lagi untuk anda yang kuat makan seperti Cik iena haha. Tapi jika anda bawa makanan , disarankan agar pandai-pandai bersihkan dan buang ya. Jangan lah buat sepah pula.

Tiada Syarat Pakaian Renang di Bukit Beruntung Golf & Country Resort

Dari segi pakaian , disini tidak seperti kolam renang sesetengah hotel atau resort yang mewajibkan kita memakai pakaian renang. Di sini anda boleh pakai T-Shirt biasa, kain batik pun lepas (mak saya pakai kain batik haha)

  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)

Jadi kebebasan pakaian memang best. Cuma pastikan naik gelongsor jangan sampai pakaian tersangkut ya. Pastikan pakaian anda sesuai jika nak naik gelongsor yang berpusing atau tinggi. Bahaya jika tersangkut.

Kadar Kebersihan kawasan kolam renang

Bagi Cik iena kawasan persekitaran  tidak beberapa bersih tapi ok lah dengan bayarannya. Pihak golf club perlu pertingkatkan lagi kebersihan tempat di sini. Walaubagaimanapun kolam ok sahaja . Semasa kedatangan Cik iena air kolam bersih dan jernih.

Tandas dan tempat persalinan

Agak sedikit kotor bagi Cik iena. Perlu pertingkatkan lagi kebersihan supaya pelanggan berasa selesa dan akan datang lagi untuk mandi manda.

  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
  bilik persalinan . maaf tak ambil yang dalam..tak comel hehe

Tiada pondok istirehat

  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)

Dinasihatkan untuk membawa tikar serta payung kerana disini tiada kawasan pondok rehat. Anda akan duduk bersepah sepah di mana-mana bahagian yang kosong. Family cik iena bawa tikar. Kalau ada meja kerusi untuk lepak pun hanya sikit sahaja. Siapa cepat dia dapat.

  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
Mcm ni la keadaannya, lepak merata. jadi bawa tikar ok

  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
angin agak kuat disini agak bahaya duduk di bawah payung..tiba2 jatuh

Tiada loker

Disini juga tiada loker. Jadi anda perlu menjaga barangan anda sendiri. Pastikan ada ahli keluarga yang menjaga barang ketika semua ahli keluarga lain mandi. Bergilir-gilir jaga. Untuk family kami tiada masalah kerana ada baby kecil. Jadi sentiasa ada orang yang jaga.

Kemudahan lain di Bukit Beruntung Golf & Country Resort

Selain kolam renang terdapat kemudahan lain untuk orang awam seperti CAfe, BAdminton Court dan Bowling Alley. Kemudahan lain untuk ahli pula adalah Tennis court, Gym, Snooker room,  dan Driving range untuk golf la haha.

Baiklah sekian perkongsian Cik iena. Dah lama rasanya tak kongsi cerita dengan keluarga. Asyik kongsi review produk review makan, reiew itu ini je kan haha

Pada yang berminat untuk membawa keluarga ke sini boleh la datang ya. Tapi jangan lah expect kolam renang gah seperti Hotel 5 Bintang. 

Harga Kemasukan Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort

  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
Tiket masuk

 Dewasa RM 16
   Kanak-kanak RM 10
   Waktu Operasi : 9 am Sehingga 6 pm (setiap hari)

Gambar di  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)

  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)

  Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
kaunter membeli tiket masuk   Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)

kawasan parking Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
Kawasan Parking Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)

kawasan parking Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
kawasan parking Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)

Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
Anak buah dan adik bonsu cik iena

Untuk maklumat lanjut rujuk laman web dan sosoal media mereka.

Website : http://www.bbgcr.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/_bbgcr/
facebook : https://web.facebook.com/Bukit-Beruntung-Golf-Country-Resort-355966531171556/?ref=br_rs

Alamat : Bukit Beruntung Golf & Country Resort
Lot 1994 , Bandar Bukit Beruntung ,48009 Rawang , Selangor
03 6028 1888
03 6028 1843

0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve