LAMAN PADI DAN KAMPUNG PISANG LOKASI MENARIK MAHA 2018


Seperti yang kita sedia maklum, pada masa ini telah berlangsung Ekspo Dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism) MAHA 2018 yang bertempat di di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) .Ia nya telah berlansung bermula 22 November hingga 2 Disember 2018

LAMAN PADI DAN KAMPUNG PISANG LOKASI MENARIK MAHA 2018
LAMAN PADI DAN KAMPUNG PISANG LOKASI MENARIK MAHA 2018


Ekspo selama 11 hari ini masih mengekalkan tema seperti tahun sebelumya iaitu  'Makanan Kita, Masa Depan Kita'.




Jika sebelum ini cik iena pernah menulis mengenai pengalaman cik iena di MAHA 2016 di hari kedua terakhir Ekspo tersebut yang mana ianya mencatatkan   3.7 Juta Pengunjung dengan Mencapai Jualan Dan Perjanjian Jualan Melebihi RM380 juta. Tahun ini MAHA 2018 mensasarkan sebanyak 3.8 Juta pengunjung.





Untuk pengetahuan semua  MAHA ini diadakan setiap 2 tahun sekali. Tahun ini merupakan tahun ke dua Cik iena berkunjung ke MAHA. Berbeza dengan tahun sebelumnya, tahun ini Cik iena cuma menfokuskan kepada Kluster Agro Pelancongan MADA yang menyediakan pelbagai tarikan aktiviti seperti "Health & Beauty", "Hobby & Recreation", "Lepak Santai", "Agro Art & DIY" dan "Agro Cult.

Almaklumlah dalam masa satu hari memang sukar untuk mengunjungi kesemua tempat di MAHA tambahan lagi Cik iena mengalami masalah kekangan masa kerana sibuk bekerja . Baiklah jom cik iena ceritakan serba sedikit pengalaman Cik iena di MAHA 2018 .



Antara Kluster Agro Pelancongan MADA yang cik iena kunjungi adalah


  1. Kampung Pulau Pisang
  2. Laman Padi Maha 2018
  3. Agro Trade - Booth-Booth Usahawan Mada 

Setibanya di MAHA 2018, terlebih dahulu Cik iena mengunjungi  Agro Perlancongan MAHA 2018  iaitu Kampung Pulau Pisang.


Agro Perlancongan MAHA 2018 - Kampung Pulau Pisang


Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Kampung Pulau Pisang MAHA 2018



Di MAHA 2018 anda berpeluang merasai pengalaman Agro Perlancongan terbaik di Kampung Pulau Pisang yang diadakan di DEWAN A. Untuk pengetahuan Kampung Pulau Pisang di MAHA 2018  di inspirasikan dari Homestay Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kampung Pulau Pisang  Pekan Tunjang, Jitra , Kedah.




Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Kampung Pulau Pisang MAHA 2018


Istimewa buat warga kota,  anda boleh mengambil peluang ini untuk merasa sendiri pengalaman di Kampung Pisang ini untuk rasai suasana perkampungan utara Malaysia yang indah dan mendamaikan.




Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Kampung Pulau Pisang MAHA 2018


Cik iena sendiri berpeluang merasai pengalaman yang cukup menarik ini. Terasa seperti di sebuah perkampungan yang mana terdapat sawah padi ,binatang ternakan  , warong-warong makanan serta rumah kayu tersergam indah dan terdapat juga produk health and beauty dan aktiviti-aktiviti menarik yang lain.

Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Kampung Pulau Pisang MAHA 2018


Antara yang menarik di Kampung Pulau Pisang adalah

  1. Wakaf Mahsuri
  2. Gelanggang Pantai Merdeka
  3. Warong Ulu Sedaka
  4. Charuk Pelanduk
  5. Pelantang Gunung Keriang



Wakaf Mahsuri  (Health And Beauty)


Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018



Di wakaf mahsuri anda boleh alami kelembutan urutan wajah dan bahu sebagai terapi minda di sudut ruangan Wakaf Mahsuri. Di sini juga anda boleh dapatkan khazanah alam yang merungkai keistimewaan kecantikan daripada beras, madu, herba dan Jewel Of Borneo.

Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018


Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018

 

Gelanggang Pantai Merdeka (Hobby And Recreation)

Gelanggang Pantai Merdeka Kampung Pisang  MAHA 2018
Gelanggang Pantai Merdeka Kampung Pisang  MAHA 2018


Terokai dan imbau permainan zaman silam seperti congkak, dam aji gergasi dan getah atas para  di Gelanggang Pantai Merdeka serta rasai keseronokan bersama haiwan peliharaan di Farm in The City.


Gelanggang Pantai Merdeka Kampung Pisang  MAHA 2018
Gelanggang Pantai Merdeka Kampung Pisang  MAHA 2018



Warong Ulu Sedaka (Lepak Santai)


Di Warung Ulu Sedaka anda boleh nikmati  menu tradisi yang lazat. Anda boleh makan hidangan yang lazat sambil  menikmati suasana kampung yang cukup indah disini . Ntara menu yang di hidangkan adalah menu masakan utara seperti  ubi kayu rebus,peknga, pulut pekasam dan nira nipah.

Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018

Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018

Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018

Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018



Charuk Pelanduk (Agro Art And DIY)


Apa yang menarik lagi disini adalah anda boleh berkongsi keriangan bersama keluarga dengan menyertai aktiviti DO IT YOUR SELF yang disediakan. Disini anda berpeluang menyaksikan demonstrasi penghasilan kertas daripada serat nenas dan jerami padi yang dihasilkan oleh usahawan di Agro Art & DIY. Dan banyak lagi demonstrasi lain untuk anda lihat. Segmen mewarna seramik dan batik pastinya mengujakan. Melalui aktiviti ini, para pengunjung berpeluang mencuba sendiri cara pembuatan kraftangan

Charuk Pelanduk Kampung Pisang  MAHA 2018
Charuk Pelanduk Kampung Pisang  MAHA 2018



Pelantang Gunung Keriang (Agro Culture)



Disini anda boleh menghayati seni persembahan tradisional warisan asli kebudayaan masyarakat Malaysia. Antara persembahan yang boleh disaksikan adalah gendang silat, persembahan kebudayaan orang asli,  zapin, persembahan tradisional suku kaum sarawak, persembahan kumpulan muzik tradisional, persembahan band Bamboo Art Sound dan persembahan tarian kebudayaan ASWARA.

Pelantang Gunung Keriang Kampung Pisang  MAHA 2018
Pelantang Gunung Keriang Kampung Pisang  MAHA 2018

Pelantang Gunung Keriang Kampung Pisang  MAHA 2018
Pelantang Gunung Keriang Kampung Pisang  MAHA 2018





Setelah selesai menikmati keindahan dan kepelbagaian aktiviti di Kampung Pisang , seterusnya Cik iena mengunjungi Laman Padi Maha 2018.


Laman Padi Maha 2018


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018





Mengunjungi Sawah padi yang terbentang menghijau, patung orang-orang yang ‘menakutkan’  merupakan pengalaman yang sangat sukar Cik iena lupakan. Cik iena sememangnya sangat menyukai Sawah walaupun tidak pernah ke Sawah Pengalaman ini membuatkan ianya melengkapi keinginan Cik iena untuk ke Sawah.




Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018



Laman Padi Maha 2018
PAdi yang menghijau di Laman Padi Maha 2018



Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018


Melihat sawah yang menghijau sememangnya menenangkan jiwa dan mendamaikan jiwa. Bukan sawah yang menghijau juga daopat kita lihat. Terdapat juga sawah yang telah di bajak serta ianya juga diceriakan dengan aktiviti-aktiviti sukar di sawah seperti sukan bola sepak bendang.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018


Terdapat juga sebuah muzium yang lengkap menceritakan pelbagai keunikan mengenai industri beras negara yang mana ianya sememangnya menjadi tarikan pengunjung ke Laman Padi ini. Disini anda boleh pelajari bagaimana beras di proses. Teknik-teknik serta peralatan yang digunakan dan hasil-hasil yang diperolehi.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018


Terdapat juga demostrasi penghasilan beras dan juga  pameran mengenai jenis-jenis beras dan anda juga boleh merasai beras  dipamerkan . Tidak lupa juga bubur lambuk percuma yang disediakan setiap hari . Setiap hari mereka akan menggunakan beras yang berbeza untuk menghasilkan bubur lambuk. Cik iena sendiri telah rasa keenakan bubur lambuk yang mereka masak tersebut.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018




Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Selain daripada itu terdapat juga demostrasi masakan  seperti Demostrasi Membuat Laksam dan nasi Tumpang, Demostrasi masakan berasaskan beras Faiza, Demonstrasi Lemang Perak beserta Rendang Bota dan banyak lagi.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018






Disni juga terdapat bilik pameran untuk Simulasi Drone di Laman Padi . Cik iena berpeluang melihat sendiri penguunaan Drone dalam penanaman padi. Dron digunakan untuk meracun serangga di sawah . Kerja ini lebih mudah dan senang jika dibandingkan dengan tenaga manusia untuk menyembur racun. Penggunaan Drone ini sememangnya sangat membantu dalm industri ini.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018






Antara aktiviti yang sukar Cik iena lupakan di Laman Padi adalah Cik iena berpeluang menaiki Kerbau. Susah nak Cerita . Lihat gambar di bawah . ini merupakan aktiviti yang sangat Cik iena suka. Teruja sangat dapat rasa pengalaman ni :)


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018



Di Laman Padi Cik iena juga berpeluang mempelajari dan membuat salah satu daripada proses pembuatan bedak sejuk. Ia merupakan pengalaman yang sukar di dapati. Bedak sejuk juga sekarang kurang mendapat perhatian. Dengan adanya pameran seperti ini diharap sedikit sebanyak dapat memperkenalkan dan mengekalkan pengeluaran Bedak Sejuk Di Malaysia diamana suatu ketika dulu ianya merupakan salah satu produk penjagaan kecantikan wajah kaun wanita.






Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018



 
 Selepas mengunjungi Laman Padi MAHA 2018, cik iena ke Agro Trade untuk melihat usahawan-usahawan kita menjual produk keluaran lereka terutama usahawan-usahawan di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA.







Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA


Berikut merupakan Booth-booth usahawan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA yang Cik iena kunjungi..


Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA


Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA


Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA



TOBIAR GOLD BES MANGGA




TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018

TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018

TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018

TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018

TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018

TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018





Kadar Parking MAHA 2018


Untuk pengetahuan semua kadar parking yang dikenakan adalah RM5 untuk sekali masuk. Anda perlu menggunakan kad touch and go untuk pembayaran parking.  Tidak kira anda parking dekat atau jauh anda tetap perlu membayar RM5 ketika anda keluar daripada MAHA 2018.

Dinasihatkan untuk datang seawal yang mungkin . Anda perlu tiba seawal jam 9 pagi disana bagi mengelakkan kesesakan ketika memasuki MAEPS Serdang.




LAMAN PADI DAN KAMPUNG PISANG LOKASI MENARIK MAHA 2018


Mengenai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA


MADA atau Lembaga Kemajuan Pertanian Muda telah ditubuhkan pada 30 Jun 1970 di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pehak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Ianya kemudian telah ditukarkan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972.

Tugas-Tugas MADA


Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Muda. Selain itu MADA juga berfungsi untuk Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

Matlamat MADA


MADA juga telah menetapkan 2 matlamat utama iaitu memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan Negara.

Fungsi-Fungsi MADA

 Bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya, MADA telah menetapkan fungsi-fungsi utama yang harus dilaksanakan dengan efisien dan efektif iaitu:

  1.  Menyediakan perkhidmatan pertanian dan infrastuktur pengairan bagi memenuhi keperluan beras Negara.
  2.   Menguruskan sumber air secara cekap dan berkesan.
  3.  Meningkatkan pendapatan peladang melalui aktiviti bukan padi.
  4.  Memajukan industri asas tani dan mewujudkan usahawan yang bertaraf komersil.
  5.  Membentuk dan membangunkan institusi peladang.
  6.  Mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat peladang.

Website MADA : http://www.mada.gov.my


Selaras dengan matlamat dan tugas serta fungi MADA. MADA bersama agensi lain telah menyertai MAHA bagi mengetengahkan dan memajukan lagi Industri Pertanian Malaysia . Maka dengan itu marilah kita bersama-sama menyokong dengan mengunjungi Kluster Agro Pelancongan MADA di MAHA 2018 pada tahun ini.




LAMAN PADI DAN KAMPUNG PISANG LOKASI MENARIK MAHA 2018



Bersama-sama kita menyumbang kepada industri Pertanian Malaysia dan meningkatkan taraf hidup usahawan pertanian Malaysia dengan membantu mereka membeli produk-produk keluaran mereka di MAHA dan juga di pasaran luar.


JOM KUNJUNGI MAHA 2018.





1 comments:

  1. akak bertugas di hall A ..dkt sgt je tu..kalo tk ,leh mng adiah singgah booth bernas..bubur lambuk kt lamanpadi tu dr bernas..byk juga iena round

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve