PAMERKAN GAYA MENAWAN DI HARI RAYA :Jazz & Co melancarkan koleksi raya bersama Dina Nadzir

Apabila fesyen menjadi topik perbincangan, golongan berbadan besar seringkali
dipinggirkan terutama daripada segi pemilihan busana. Namun kehadiran portal atas talian
Jazz & Co mampu menghentikan tanggapan ini dengan pelancaran Koleksi Baju Raya Plus
Size Dina Nadzir baru-baru ini. Hadir dengan penampilan lebih segar, koleksi ini
membuktikan komuniti berbadan besar sama seperti orang lain dan mampu bergaya pada
musim perayaan ini.

PAMERKAN GAYA MENAWAN DI HARI RAYA :Jazz & Co melancarkan koleksi raya bersama Dina Nadzir




Koleksi ini dilancarkan bersama Dina Nadzir, yang juga merupakan duta Jazz & Co yang
baru sahaja dilantik. Dina yang juga naib juara Malaysian Idol musim pertama sebenarnya
sudah menjalinkan kerjasama dengan Jazz & Co bagi mempromosikan nilai positif serta
keyakinan diri sebelum ini. Berikutan kerjasama yang cukup berjaya, Dina sekali lagi
diundang bagi menggayakan koleksi raya pada tahun ini.

PAMERKAN GAYA MENAWAN DI HARI RAYA :Jazz & Co melancarkan koleksi raya bersama Dina Nadzir



"Sebagai duta, saya berpeluang mendekati wanita yang turut berhadapan masalah rendah
diri dan kurang keyakinan diri disebabkan masalah berat badan. Walaupun setiap individu
disaran berusaha untuk kekal sihat, namun keyakinan serta kepercayaan kepada diri adalah
kunci kejayaan paling utama," kata Dina.

Tambah Dina lagi, kebanyakan wanita berbadan besar bimbang ketika mendapatkan
busana kegemaran mereka disebabkan tiada ukuran. Namun menerusi platform seperti Jazz &
Co, semua kebimbangan ini dapat diatasi apabila mereka boleh mendapatkan pakaian
kegemaran pada bila-bila masa.

PAMERKAN GAYA MENAWAN DI HARI RAYA :Jazz & Co melancarkan koleksi raya bersama Dina Nadzir



“Koleksi raya kali ini pastinya akan lebih diingati disebabkan konsepnya yang boleh
digayakan ke pejabat atau beraya di rumah," katanya.

Koleksi baju raya Dina menampilkan motif bergaya corak bunga serta bentuk geometri
bagi memberikan pelbagai pilihan kepada penggemarnya. Ia tampil dengan palet rona gelap
bagi menampakkan imej sofistikated terutamanya bagi wanita moden yang mementingkan
gaya. Warna terang pula membangkitkan gaya segar dan terkini kepada si pemakai. Pastinya
koleksi ini bakal menjadi ikutan pada lebaran kali ini. Selain itu, rekaan serta perincian pada
busana membolehkan ia untuk digayakan bukan sahaja ketika musim perayaan tetapi juga ke
pejabat dan untuk aktiviti kasual.

PAMERKAN GAYA MENAWAN DI HARI RAYA :Jazz & Co melancarkan koleksi raya bersama Dina Nadzir



Menurut Pengarah Jazz & Co Jasdeep Katari, koleksi raya 2019 menampilkan padanan
yang lebih segar serta nampak lebih muda. Aksi gaya bersahaja yang ditonjolkan menjadikan
busana digayakan tampil anggun dan memikat.

"Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Dina untuk kesekian kalinya. Ini
kerana kami sangat memahami keresahan golongan ini apabila tidak berjaya memperoleh
busana disebabkan tiada saiz, potongan yang kurang menarik serta pilihan yang tidak
menggambarkan usia mereka," katanya.

Memahami kehendak pelanggan, Jazz & Co menyediakan rekaan yang lebih mesra serta
membiarkan pembeli meneroka siluet dengan gaya yang cukup berbeza.

Tambah Jasdeep, “Secara langsung atau tidak, diskriminasi terhadap komuniti bertubuh
besar bukanlah perkara yang aneh. Oleh itu, sebagai jenama pakaian yang mewakili komuniti
ini, kami ingin memainkan peranan untuk memperkasakan pengguna kami dan menyuntik
semangat baru bagi mereka semua. Pada akhirnya, ia bukan mengenai saiz yang dipakai,
sebaliknya bagaimana mereka memakainya.”

PAMERKAN GAYA MENAWAN DI HARI RAYA :Jazz & Co melancarkan koleksi raya bersama Dina Nadzir


Selain Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir, Jazz & Co turut menyediakan pakaian
kasual dan ke pejabat pada harga yang sangat berpatutan. Di samping membeli pakaian
berkualiti dengan potongan busana yang cantik, pembeli Jazz & Co boleh membuat pilihan
ukuran saiz mereka sama ada 12 hingga 22 untuk wanita dan L sehingga 5XL untuk lelaki.

Bermula 9 Mei sehingga 30 Jun 2019, pelanggan boleh mendapat potongan harga
sehingga 30 peratus apabila mereka memasukkan kod promo JAZZRAYA2019. Diskaun ini
hanya boleh diperoleh sekali untuk satu akaun pembeli, selagi stok masih ada. Di samping itu,
penghantaran dalam Malaysia adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jazz & Co, sila layari Instagram dan Facebook
@jazzncofashion, atau terokai www.jazznco.com untuk melihat pelbagai saiz koleksi dan
pakaian lain yang menarik




1 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve