Lovina Clinic - klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah

Dewasa kini, terdapat banyak Klinik-klinik Estetik tumbuh bagai cendawan namun bukan semuanya mematuhi syariah dan kebanyakan klinik Estetik ini dipelopori oleh kaum bukan Islam. Disini Cik iena ingin kongsikan kepada anda semua mengenai Klinik Estetik yang patuh Syariah iaitu Lovina Clinic.



Lovina Clinic - klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah

Untuk pengetahuan Lovina Clinic juga bukan sekadar Klinik Estetik malahan mereka juga menawarkan perkhidmatan perubatan am di bawah satu bumbung. Berikut Cik iena ceritakan serba sedikit mengenai Klinik ini.


Lovina Clinic - klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah
Lovina Clinic - klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah

Konsep klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah julung kali dipelopori  Lovina Clinic


Cetusan idea gabungan mantap klinik perubatan am dan rawatan kulit muka di Lovina Clinic memberi nafas segar dalam industri perubatan dan semestinya menarik perhatian ramai pengikut
arus semasa dalam aspek penjagaan kesihatan dan kecantikan.


Lovina Clinic - klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah
Lovina Clinic - klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah

Klinik ini bertapak di Wangsa Melawati,ia merupakan sebuah klinik hibrid milik Syarikat HND Wellness Sdn Bhd. Lovina Clinic ini juga memberikan khidmat kelas pertama terhadap penjagaan
kesihatan rutin, rawatan pelbagai masalah penyakit, teknologi terkini dalam perubatan kulit wajah dan perkhidmatan rundingan perubatan.


Mejar (B) Dr. Hamidah Mohd Salleh, selaku Pengarah HND Wellness Sdn Bhd,  berkata Lovina Clinic merupakan klinik patuh syariah pertama seumpamanya di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perubatan am dan rawatan kulit muka di bawah satu bumbung.

Lovina Clinic - klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah
Dari kiri, Cik iena, Dr. Hamidah, Dr.Nur Hidayah, Dilla dan Hizami


“Latar belakang sebagai doktor tentera membina personaliti saya yang berjiwa patriot dan sukakan cabaran bukan sahaja sebagai doktor tetapi juga pegawai tentera. Sebagai wanita pula, saya menitikberatkan kesihatan kulit dan sering mengunjungi pusat kecantikan, tetapi rawatan kulit muka
berasaskan klinikal sukar didapati. Rawatan sedia ada pula mahal dan rata- ratanya dipelopori golongan bukan Islam. Berkat sokongan suami, Lovina Clinic dibuka setelah saya melanjutkan pengajian dalam rawatan kulit muka klinikal” ujar beliau.


“Masyarakat masih kurang kefahaman terhadap perubatan rawatan kulit muka kerana sering dikatakan tidak patuh syariah dan kononnya menyerupai pembedahan plastik yang memudaratkan. Bidang ini mempunyai pasaran yang besar khususnya pelanggan wanita Muslimah berkarier yang meminati rawatan kecantikan berasaskan klinikal dan mesra pengguna muslim,” katanya yang juga merupakan pengamal perubatan bertauliah dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.



Lovina Clinic - klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah

 
Beliau juga berkata, matlamat Lovina Clinic adalah menjadi pusat sehenti perkhidmatan perubatan yang mengamalkan penjagaan kesihatan dan kecantikan yang menyeluruh serta dilengkapi peralatan moden. Selain daripada perubatan am dan rawatan kulit wajah, Lovina Clinic juga turut menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak serta program pengurusan berat badan dengan pakej dan harga yang amat berpatutan.



 

Sepetang Bersama Lovina Clinic Dan Blogger



Semasa sesi bersama Blogger dan Lovina Clinic ini juga Cik iena dan Dilla berpeluang untuk Cek gula dalam  darah dan juga tekanan darah tinggi manakala Hizami berpeluang untuk scan buah pinggang dan juga hati.

Lovina Clinic - klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah





Bagi Cik iena cek gula dalam darah dan tekanan darah tu biasa. Sama seperti klinik lain cuma disini Doktornya sangat peramah dan gemar bercerita. Bagi yang ada rasa gementar tu mungkin boleh hilang rasa gementar bila Doktor berborak dengan kita.

Untuk scan buah pinggang dan hati, ini merupakan pengalaman pertama Cik iena lihat depan mata. Cik iena lihat ya bukan pengalaman atas diri Cik iena. Untuk sesi ni Hizami yang buat Scan buah pinggang dan hati. Yelah kalau nak cuba dekat perempuan nanti malu lah terselak-selak bajunya kan.


Lovina Clinic - klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah


Cik iena ada kongsikan sedikit video semasa Hizami sedang di scan oleh Doktor dalam video di bawah. Cik iena juga ada selitkan sedikit perkongsian dari  Dr. Hamidah dan Dr.Nur Hidayah .








Lovina Clinic - klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah


Untuk Maklumat Lanjut

Instagram : https://www.instagram.com/lovinaclinic/
Facebook : https://web.facebook.com/lovinaclinic/
Website :  https://lovinaclinic.com/
Whatsapp : 601156739627

Alamat : No. 6, Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur



0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve