Kilafairy tak nak seksi lagi

Benar perkataan seksi itu cukup subjektif. Namun bagi artis dan usahawan terkenal, Kilafairy yang terus ampuh dengan empayar perniagaan makanan tambahan miliknya, KILAFIT juga mempunyai pandangan tersendiri terhadap istilah seksi.



Kilafairy tak nak seksi lagi



Hakikatnya anak kepada artis penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil itu bagaikan tak boleh dipisahkan dengan sisi seksi berkenaan.

Beliau merupakan antara selebriti yang dikatakan mempunyai bentuk badan dan bibir seksi lagi menggiurkan, Kilafairy atau nama sebenar beliau Syakila Nisha Jangir Khan yang juga pernah diberi nama jolokan Angelina Jolie Malaysia suatu ketika dahulu.


Kilafairy tak nak seksi lagi


Namun jika ada yang menyedari atau perasan terutama di laman Instagram miliknya, Kilafairy sebenarnya sudah ‘berubah’. Lebih tepat perkongsian gambarnya juga tidak seperti kebiasaan.


Kilafairy tak seksi lagi dan itu antara komen popular yang mula menerpa di fikiran. Tak kurang juga yang mengandaikan perubahan imej itu disebabkan hatinya yang sedang berbunga mengenali jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman dan kononnya sedang menuju ke fasa perkahwinan.

Kilafairy tak nak seksi lagi
Foto : BH Online




Ditanya akan perkara itu, empunya diri mempunyai penjelasannya.

“Pastinya perubahan itu seiring dengan kematangan diri. Ia seperti isyarat atau panggilan kepada diri sendiri. Dalam hidup ini kita sentiasa berusaha mahu jadi lebih baik dan memperbaiki diri.

“Step by step... insyaAllah. Berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih.

“Saya cuba elak atau tak mahu lagi orang di luar sana nampak diri ini dengan terjemahan seperti ... oh badan dia cantik mahupun seksi!,” ungkap Kilafairy.

Penyanyi lagu Put The Word In ini lebih selesa kini mereka di luar sana melihatnya daripada sudut bakat dimiliki selain usaha untuk terus menjadi usahanita berjaya.



Kilafairy tak nak seksi lagi


“Saya mahu memberi contoh yang baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT. InsyaAllah.

“Saya mahu jadi insan yang lebih baik. Sebenarnya sudah tujuh bulan saya cuba menjaga penampilan dan sebagainya. Lagipun saya bukan makin muda.

“Lebih mengujakan perkara ini tanpa diduga membuka mata sendiri dan pasukan KILAFIT mengenai visi dan misi perniagaan kami,” katanya optimis.

Jelas Kilafairy, perubahan imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan KILAFIT lagi lagi dengan perkembangan agen dan stokis jenama berkenaan yang semakin meningkat.

“Saya bukan saja sayang dan kasihan dengan haiwan. Namun turut bersimpati dengan orang dan persekitaran yang melanda dunia. Termasuk isu umat Islam Uighur di China yang ditindas dan krisis kebakaran hutan di Australia baru baru ini. Serta terbaru isu Coronavirus yang menggemparkan dunia.

“Jadi berbalik kepada situasi sendiri terutama apabila Mama (Rohana Jalil) berdepan kesan sampingan yang teruk daripada produk yang digunakan, saya yakin hal sama juga terjadi kepada orang lain hingga menjadi mangsa.

“Maka sebab itu juga saya bangkit memulakan perniagaan KILAFIT sejak setahun lebih yang lalu kerana mahu berikan solusi penurunan berat badan terbaik tanpa kesan sampingan. Alhamdulillah misi itu berjaya dicapai menerusi testimoni yang menggunakan produk saya secara konsisten. Pelanggan dan pengguna produk saya  boleh turun berat badan dengan selamat secara purata 8 kilogram dan lebih dalam tempoh sebulan ,” katanya.



Kilafairy tak nak seksi lagi

Tambahnya lagi, soal menjaga penampilan, bentuk badan mahupun kecantikan bukan semata mata dilihat daripada luaran.

“Kita menjaga kesihatan atau mahu menurunkan berat badan sekalipun bukan kerana aspek luaran semata mata. Bab dalaman juga harus dititikberatkan. Saya sendiri apabila mendengar banyak cerita di sekeliling terutama mengenai hal sakit tenat dan berita kematian di usia muda atau meninggalkan anak yang masih kecil, hati ini terpalit rasa sedih yang amat.

kILAFIT
Foto : Budiey.com


“Malah menerusi pengamatan dan pembacaan, kes kematian kerana berat badan berlebihan juga antara yang cukup membimbangkan. Tiada jaminan dan kompromi dalam bab ini. Hal sebegini terus menggerakkan saya  dan pasukan kerja menetapkan misi baru KILAFIT untuk membantu orang di luar sana mencegah masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan.

“Hingga menjurus kepada masalah kencing manis, kanser, serangan jantung, tekanan darah tinggi, period tidak teratur selain cabaran masa kehamilan,” katanya.

Bahkan, Kilafairy sendiri takut melihat mereka yang berdepan kesukaran dan kesusahan ketika bergelut dengan masalah kesihatan.

“Kesannya hingga perlu kerap ke hospital atau klinik untuk mendapat rawatan. Bil perubatan sekarang pun melambung tinggi hingga ada yang tak mampu membayarnya.



Kilafairy tak nak seksi lagi


“Berbalik kepada KILAFIT, kami bukan mahu menjual ‘seksi’ atau perlu kurus semata mata, sebaliknya nak bantu mereka di luar sana yang ada masalah kesihatan dan mengharapkan masa depan yang lebih baik. InsyaAllah.

“Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kurus atau seksi itu cukup subjektif dan mungkin dilihat penting untuk meningkatkan keyakinan diri bagi sesetengah daripada kita.

“Namun di KILAFIT tiada gunanya semua itu jika kesihatan dalaman tidak dijaga. Keseimbangan dalaman dan luaran itu paling penting.

“Itulah juga misi dan azam KILAFIT pada tahun ini serta mendatang. Ia juga seiring dengan imej saya kini. Tagline KILAFIT juga menekankan peri penting Versi Terbaikmu.

“Bukan sahaja daripada sudut kesihatan, tapi bantuan khalayak ramai menerusi sudut taraf kehidupan melalui platform usahawan Agen & Stokis KILAFIT ,” katanya.


Untuk maklumat lanjut mengenai Kilafit sila rujuk https://www.instagram.com/kilafit/?hl=en







0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve