Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi

Umum mengetahui bahawa industri seni negara mengalami masalah yang agak teruk berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Kebanyakan artis yang hanya mempunyai satu pendapatan mata pencarian terjejas teruk lagi-lagi artis lama.

Dalam membantu industri seni tanah air, Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Tourism Productivity Nexus (TPN) mengambil inisiatif untuk menyediakan platform dan bantuan agar pengiat Industri  ini dapat survive semasa Covid 19.

Malaysia Virtual Experience (MyVXp) with Fredo


Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi


Istimewa buat peminat Flybaits, Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits pada  31 Mei 2020 jam 11 Pagi secara online . Untuk pengetahuan, ini merupakan projek perintis dalam menukar produk luar talian ke pengalaman maya dalam talian yang dibawa oleh TPN kepada anda dengan kerjasama MPC.

Dengan penggunaan teknologi, TPN dan MPC telah berusaha untuk memaksimumkan teknologi dan digitalisasi bagi mempertahankan industri ini, Diharap ianya dapat mebantu meningkatkan produktiviti dalam industri ini. Pengalaman maya adalah tawaran alternatif sejak perintah kawalan pergerakan.

MyVXp adalah tempat untuk penemuan semula produk pelancongan, market segmentation, dan strategi pemasaran, yang sesuai dengan situasi saat ini.

Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits, Private Session Online Experience 31 Mei 2020 11pagi



Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi

Peluang keemasan untuk anda melalui pengalaman yang unik bersama dengan Fredo , penyanyi popular dengan lagu lagu cinta 80an . Disamping Fredo menyanyi bersama anda , beliau juga akan menceritakan pengalaman beliau dan berkongsi pendapat mengenai destinasi pelancongan tempatan .. Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama Fredo di musim Hari Raya ini.

Pengalaman Online ini sangat unik dan personal. Setelah pembayaran tiket disahkan, anda akan menerima email di mana terdapat private link dan cara cara anda boleh mengambil bahagian . Untuk setiap sesi hanya terhad kepada 50 tempahan sahaja. Sekiranya anda terlepas untuk tarikh 31 Mei 2020, anda perlu tunggu sesi seterusnya yang akan di maklumkan.

Anda boleh membuat tempahan di https://travelbuddy.onpay.my/order/form/16


Pengalaman Private Session Online Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits


Ini merupakan pertama kali Cik iena menyertai Private Session online. Sejujurnya agak kekok tapi kemudian rasa seronok. Kepada yang dah biasa online meeting mungkin dah biasa. Macam Cik iena memang work from home tapi takde online meeting lagi . Biasanya project manager akan call, email atau whatsapp untuk berbincang. MEreka yang akan berbincang dengan client.Cik iena hanya mendapat arahan untuk buat apa je. Cik iena kan programmer je so takde deal dengan client.



Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi

So ini merupakan pengalaman pertama cik iena meeting dalam online lah. Boleh dikatakan macam konsep meeting juga lah. Nanti bila anda dah masuk link yang diberi dekat dashboard , anda perlu mute kan mic supaya suara anda dan yang lain-lain tak dengar dan supaya anda dapat dengar dengan jelas asrtis membuat persembaha.


Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi

Akan ada masa-masa yang mana artis akan suruh anda penonton untuk on mic untuk berinteraksi, Artis akan menceritakan pengalaman mereka dan juga berkongsi pendapat mengenai destinasi pelancongan tempatan. Artis akan bertanya pendengar juga. akan ada sesi interaksi bersama penonton dimana masa ini anda perlu membuka microphone.

Kalau anda tengok konsert ,anda tak dapat pun nak berinteraksi sangat dengan artis kan. Berbeza kali ini. Anda boleh berinteraksi dengan artis. Cuma jangan serentak 50 orang semua on mic. Tak dapat dengar suara siapa nanti. Siapa yang nak berinteraksi boleh dengar arahan, mungkin artis akan bertanya siapa nak bercakap angkat tangan dan artis akan sebut nama anda, kemudian anda on mic.


Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi

Disini anda juga boleh screenshot gambar anda bersama semua penonton atau bersama artis. Maaf Cik iena cuma sempat screenshoot gambar active camera sahaja. Selain itu terdapat juga ruangan chat untuk anda chat sekiranya anda anda pertanyaan .


Semasa sesi ini host juga kongsikan lirik, jadi dapatlah kami nyanyi bersama-sama. Ada yang menyalakan lampu handphone dan melambai-lambaikan handphone. Tak terlepas juga Cik iena menyalakan lampu handphone cuma tak boleh nak screenshot lah masa tu.

Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi



Menarik juga lah pengalaman cik iena untuk Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits ni Yang Cik iena sertai ni cuma untuk percubaan pihak media rasakan sendiri pengalaman unik ni. Bagi Cik iena ianya sangat menarik dan dapat membantu artis di Malaysia untuk survive semasa Perintah kawalan pergerakan ni.

Macam kita ada yang boleh work from home tapi mereka tak boleh. Pada artis muda mungkin mereka boleh hasilkan video-video youtube dan jana pendapatan. Untuk artis veteren mungkin agak sukar mereka mengejar teknologi .Mugkin mereka tidak tau menjana pendapatan dengan menggunakan youtube.

Jadi disinilah pihak  MPC dan TPN ingin membantu artis-artis dengan menyediakan platform ini untuk mereka berinteraksi dengan peminat dan dalam masa yang sama untuk membantu mereka menjana pendapatan.

Kepada anda diluarsana khususnya buat peminat Flybaits. Jom support program mereka dengan membuat tempahan di https://travelbuddy.onpay.my/order/form/16 atau boleh whatsapp 017 555 7718          








13 comments:

  1. Wah . Bagus jugak platform begini .sedikit sebanyak boleh berinteraksi walaupun hanya di laman sosial media

    ReplyDelete
  2. bagusnya ada inisiatif untuk bantu muzik tanahair kita. Tak pernah dengar lagu flybaits kecuali Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta

    ReplyDelete
  3. peminat fredo flybaits pasti tk lepaskan peluang ni utk sama2 menyanyi & bersketsa secara online nanti

    ReplyDelete
  4. Jarang-jarang ada show macam ni. Bagus juga perkongsian ni. Zaman Fana ni tak kenal sangat Fredo, kalau mak kenal lah kot :P

    ReplyDelete
  5. Oh this is so cool. Tapi saya x kenal Fredo nie siapa. Eheheheheheh........ thank you for sharing dear.

    ReplyDelete
  6. lama tak dengar lagu2 flybaits. seronok la dapat private session. pengalaman baru buat ina

    ReplyDelete
  7. Wah glamor Iena... berapa bayaran untuk masuk chatting online tu?

    ReplyDelete
  8. Siapa fredo flybaits? Artis zaman 90-an ke? LH selalu juga layan artis -artis tahun 80-90an dulu

    ReplyDelete
  9. Wowww dapat private session pulak tu... Pengalaman paling bermakna yang tak smua orang dapat tau...

    ReplyDelete
  10. Bagus juga buat macam ni kan sekurang kurangnya boleh bantu artis artis veteran yang pendapatan terjejas jana income di musim Covid-19 ni

    ReplyDelete
  11. menarik. ramai artis yang terjejas masa pkp ni. satu usaha yang bagus. btw selamat hari raya.

    ReplyDelete
  12. Usaha yang sangat bagus. Di samping berhibur dan mengenali public figure dengan lebih dekat, dapat juga kita merasakan pendekatan baru dalam berinteraksi kan... Semoga usaha untuk membantu golongan yang terjejas sepanjang pandemik ini berlaku dapat sama-sama kita sokong dengan meringankan sedikit beban mereka melalui pelbagai platform yang dijalankan...

    ReplyDelete
  13. Oh alaaa terlepas le plakkk...baru bukak baca ni haaa...ada tak ulangan rekod dia ek...nak gak tengokk...

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve