Grab The Promo

The Untold Beauty of Semporna Island (MyVXP)

Asslammualaikum, hari ini Cik iena ingin berkongsi pengalaman unik Cik iena menerusi Virtual Experience untuk melihat Keindahan Pulau Semporna yang Tidak Terungkap. Sebut sahaja Sabah, pasti ramai yang terbayangkan keindahan pulau-pulau yang terdapat di negara bawah bayu ini. Sabah merupakan destinasi pelancongan yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia mahupun pelancong asing.

The Untold Beauty Of Semporna Island


Terdapat banyak tempat menarik di Semporna yang anda boleh kunjungi. Semporna merupakan sebuah pekan yang terletak di Tawau, Sabah. Dengan kedudukan yang strategik, destinasi ini sering dikunjungi oleh pelancong yang gemarkan aktiviti air.Antara aktiviti menarik di Semporna adalah scuba diving, snorkeling, hiking dan sightseing.

The Untold Beauty of Semporna Island


Dengan menyertai program virtual experience The Untold Beauty of Semporna Island ni sebenarnya bertambah bersemangat Cik iena nak kesana. Memang Semporna Island merupakan salah satu destinasi percutian Cik iena untuk tahun 2021. Tahun 2020 Cik iena telah ke Kota Kinabalu dan Kundasang , Sabah jadi tahun berikutnya Cik iena dan kawan merancang untuk ke Semporna Island.

Cik iena harap tahun 2021 nanti tiada masalah untuk Travel ke Sabah. Jadi dapatlah Cik iena meneruskan rancangan untuk ke Semporna Island.


Apa yang orang tak beritahu tentang maklumat geology Pulau Semporna


Apa yang kita tau mengenai Semporna ni adalah terdapat banyak pulau-pulau yang cantik namun kita tidak mengetahui tentang muka bumi kepulauan semporna ni . Tak banyak travel agent yang bercerita tentang sejarah geologi kepulauan Semporna ni kerana faktor kurang knowledge. Penting untuk kita mengetahui info geology pulau pulau Semporna seperti faktor kritikal kejadian asalnya. Jadi disini  Cik iena kongsikan sedikit maklumat yang cik iena perolehi dari sesi Virtual Experience tersebut.


Fakta Geology Pulau Semporna


Untuk pengetahuan Pulau Semporna merupakan Gunung Berapi Kuno. Ianya telah meletus puluhan juta tahun yang lepas.  Apabila terjadi letusan gunung berapi dasar laut , lava keluar dari dasar laut dan ianya  mengeras apabila terkena air. Proses ini akan  berulang sehinggalah  Lava yang timbul menjadi pulau.

Sebagai contoh Bohey Dulang terjadi dari Gunung berapi Meletus tetapi yang tinggal sekarang  hanya rim sahaja. Kawahnya telah tenggelam. Untuk pengetahuan, pasir pasir putih halus di kepulauan semporna ini terjadi daripada coral timbul dipermukaan dan kemudiaannya mati dan seterusnya ianya berubah menjadi pasir dan batu.


GEOLOGY KEPULAUAN SEMPORNA





Persepsi masyarakat tentang Semporna Island


Dengar sahaja nama Semporna Island perkara pertama yang bemain difikiran iena adalah selamat ke kalau pergi travel ke Semporna ni sebab seperti anda sedia maklum di Semporna pernah terjadi kes Pembunuhan dan Penculikan dan kawasan ini dikatakan kawasan Lanun. Ini lah mindset Cik iena dulu tapi  selepas Cik iena ke Kundasang bersama rakan karib Cik iena melihat keindahan Sabah Cik iena jatuh cinta pada negeri dibawah bayu ni. Secara automatik rasa tu sudah tiada.

Selain dari soal selamat ke tidak tu antara persoalan lain pastinya nak tinggal dimana? makan pula macam mana, halal ke tidak? senang nak dapat ke tidak dan yang penting mahal ke tidak? kalau nak travel ni memang perlu ada budget kan. Jadi amat penting bagi kita untuk merancang perbelanjaan sebab tu perlu tau semua ni.

Sebenarnya anda tidak perlu risau banyak je tempat untuk penginapan dan juga tempat makan di kepulauan semporna ni antara nya adalah Lato Lato Resort. Harganya juga amat berpatutan.

Lato-Lato Resort


Lato-lato resort adalah resort yang terletak di tengah laut. Resort ini memang cantik dan ianya dikelilingi batu karang yang cantik. Sekiranya air surut, anda boleh turun melihat batu-batu karang.
Istimewanya Lato-lato Resort ini lagi adalah  kedudukannya yang strategik dan berhampiran dengan Taman Marin Tun Sakaran.

Lato-Lato Resort
Photo : Laili Basir

Lato-Lato Resort
Photo : Laili Basir

Jika dilihat keadaan disini ianya seperti penginapan 5 Bintang namun harganya jauh lebih murah berbanding penginapan 5 bintang. Untuk sampai ke Lato-lato resort ini anda perlu menaiki bot dari Jeti Semporna. Bagi anda yang dari luar Tawau, anda perlu menaiki Fligh ke Tawau dan kemudiaan ke Jeti Semporna selama lebih kurang satu jam perjalanan sebelum anda menaiki bot untuk ke Lato-lato Resort.

Lato-Lato Resort
Photo : Laili Basir

Pada awal pumbukaan resort ini sekitar tahun 2013 mereka hanya mempunyai 4 bilik sahaja. Kinimereka telah mempunyai 36 bilik. Lokasi mereka yang agak unik semangnya kan menarik perhatian anda ditambah lagi dengan bilik yang cantik. Permandangan dari dalam bilik juga cantik.Nampak air laut yang jernih membiru.



Lato-Lato Resort
Photo : Laili Basir

Permandangan Lato lato resort dari atas memang nampak cantik. Apa yang anda lihat tompokan  bewarna hitam itu adalah coral. Suasana keindahan laut disini pasti akan membuat anda teruja. Anda boleh melakukan aktiviti snorkeling tidak kira waktu siang mahupun malam.


Lato lato resort
Photo : Laili Basir

Lato lato resort
Photo : Laili Basir


Suasana malam disini juga sangat indah dan menyeronokkan . Anda juga boleh terjun ke laut diwaktu malam tapi pastikan anda pandai berenang. Pada waktu malam terdapat aktiviti busking. Anda juga boleh mengambil gambar di waktu malam kerana suasanga yang cantik dengan lampu neon yang indah. Anda juga boleh lakukan Night snorkeling dan melihat penyu.

Lato-Lato Resort
Photo : Laili Basir

Lato-Lato Resort
Photo : Laili Basir

Harga Pakej di Lato Lato Resort

-RM150 seorang untuk 2D1N
-termasuk makan minum sepanjang menginap
-tidak termasuk kos bot, transfer dan tour


Facebook : latolato mun
Phone : +60168234418
Email : latolatoresort@yahoo.com



Menarikkan Lato-lato Resort ni. Pada yang takut nak tinggal diatas air terdapat juga resort lain di atas darat untuk anda tinggal antaranya adalahPom Pom Island 2Win Resort  dan Selakan Dive Lodge, Pulau Selakan


Pom Pom Island 2Win Resort


Pom Pom Island 2Win Resort
Photo : Google


Pom Pom Island 2Win Resort  terletak di timur laut Sabah, serta menawarkan aneka jenis penginapan termasuk khemah dan pantai peribadi. Juga terdapat terdapat pelbagai aktiviti termasuk diving



Selakan Dive Lodge, Pulau Selakan


Selakan Dive Lodge, Pulau Selakan
Photo : Google

Selakan dive lodge juga antara salah satu lokasi menarik untuk anda menginap.Disini anda dapat lebih mendekati dengan orang kampung. Dapat mempelajari cara-cara kehidupan masyarakat disini.


Selakan Dive Lodge, Pulau Selakan
Photo : Laili Basir



Untuk pengetahuan anda  kepualuan semporna dikelilingi oleh banyak pulau menarik yang sangat sesuai dijadikan sebagai destinasi pelancongan. Berikut merupakan pulau-pulau di Semporna yang anda mesti singgah.


Pulau Bohey Dulang


Sekiranya  anda ke Semporna , Sabah tidak sah jika anda tidak ke Bohey Dulang. Bohey Dulang merupakan antara lokasi menarik yang sering menjadi kunjungan pelancong mahupun penduduk setempat.

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu daripada lapan pulau yang terdapat di Taman Marin Tun Sakaran. Manakala tujuh pulau lain yang meliputi Taman Marin ini ialah Pulau Mantabuan, Pulai Sibuan, Pulai Maiga, Pulau Selakan, Pulau Sebangkat, Pulau Tetagan dan Pulau Bodgaya.

Pulau Bohey Dulang
Photo : Laili Basir

Pulau Bohey Dulang terbentuk dari batuan volkanik dan meliputi kawasan seluas 313 hektar. Bulan Februari sehingga April adalah waktu terbaik untuk melancong ke Bohey Dulang kerana cuaca pada bulan tersebut sangat baik, tiada hujan atau ribut.

Mengikut orang tempatan, pulau ini mendapat nama kerana bentuknya yang seperti dulang air.
 Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot dari pekan Semporna yang mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai. Tarikan utama pulau ini adalah pemandangan dari puncak Bohey Dulang yang sangat indah keseluruhan laut membiru dan tumbuhan menghijau mekar.. Bagi anda yang gemar berhiking, inilah tempat sempurna untuk anda.



Pulau Mantabuan



Pulau Mantabuan
Photo : Laili Basir


Pulau Mantabuan merupakan sebuah pulau karang kecil yang terletak di Sabah, Malaysia. Ia terletak dalam Taman Marin Tun Sakaran. Pulau ni terkenal dengan keindahan terumbu karangnya. Disini anda boleh lakukan aktiviti snorkeling untuk melihat karang-karang yang terdapat dalam laut tersebut.

Kepada anda yang gemar merakam gambar anda pasti akan teruja dengan keindahan pulai ini. Anda boleh ambil banyak gambar menarik disini.

Pulau Mantabuan
Photo : Laili Basir

Pulau Mantabuan
Photo : Laili Basir

Pulau Mantabuan
Photo : Laili Basir




Pulau Sibuan


Pulau Sibuan terletak dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran. Pulau yang indah ini terkenal dengan pasir putih halus dan air yang jernih penuh dengan ikan pelbagai warna. Ia juga kaya dengan pelbagai jenis batu karang. Untuk memastikan keselamatan pelancong, pulau ini dijaga oleh Tentera Laut Malaysia.

Pulau sibuan
Photo : Laili Basir

Pulau sibuan
Photo : Laili Basir

Pulau sibuan
Photo : Laili Basir






Pulau Mabul


Pulau Mabul


Pulau ini merupakan tempat menarik di Semporna yang anda mesti singgah. Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Sabah. Saiz pulau ini adalah kecil dan melengkung. Dasarnya yang tidak dalam, amat sesuai untuk aktiviti scuba diving. Di sini juga terdapat bermacam-macasm jenis batu karang dan spesies ikan.



 

Pulau Sipadan

Pulau Sipadan
Photo : Google


Pulau yang terkenal ini pernah dinobatkan sebagai salah satu pulau yang tercantik di dunia.
Ia merupakan satu-satunya pulau di Malaysia yang terhasil dari batu kapur, dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Jika anda ke sini, jangan lepaskan peluang untuk berenang dengan penyu.


Taman Marin Tun Sakaran



Taman Marin Tun Sakaran
Photo : Google

     

Taman marin ini, juga dikenali sebagai Semporna Islands Park.Ia terdiri dari 8 pulau, termasuk Pulau Sebangkat, Selakan, Mantabuan serta menjadi kawasan terumbu karang yang terkenal.


 Pulau Kapalai


Pulau Kapalai
Photo : Google


Pulau Kapalai adalah sebuah pulau percutian yang terkenal di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai pulau resort scuba diving. Pulau ini terletak hanya 15 minit dari Pulau Sipadan. Alang-alang, apa kata anda singgah ke Pulau Kapalai dan nikmati pemandangan matahari terbenam yang cantik.


Pulau Mataking



Pulau Mataking
Photo : Google


Jika anda inginkan pulau dengan air yang sangat jernih seperti Kristal, Pulau Mataking adalah pilihan terbaik. Anda pasti terpukau dengan air laut yang biru kehijauan dan pasir putih yang halus. Perairan pulau ini dipenuhi dengan bermacam spesis terumbu karang yang eksklusif.


Pulau Pom Pom


Pulau Pom Pom
Photo : Google

Pulau Pom Pom terletak dalam lilitan 2.3 km di garisan air pasang. Di dasarnya terdapat terumbu karang sepanjang 4 km. Keistimewaan pulau ini ialah ia tidak mempunyai kampung atau kediaman manusia. Kesan manusia yang minimum dan tiada pencemaran menjadikan ia sebagai tempat menarik di Semporna yang popular.


Pulau Bum Bum



Pulau Bum Bum
Photo : Google

Berbeza dengan Pulau Pom Pom, Pulau Bum Bum mempunyai ramai penduduk dan banyak kesan pembangunan di sekitar pulau ini. Namun begitu, air lautnya kekal jernih dan cantik.

Pulau Timba-Timba


Pulau Timba-Timba
Photo : Google


Jika anda berminat untuk melakukan aktiviti island hoping, jangan lepaskan peluang untuk ke pulau ini. Airnya yang jernih dan ikan yang berwarna-warni pasti memukau mata anda.


Pulau Bodgaya


Pulau Bodgaya
Photo : Google

Pulau Bodgaya terletak di pantai timur Sabah. Pulau ini adalah pulau terbesar dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran. Untuk pengetahuan anda, terumbu karang di sekitar pulau ini adalah sisa-sisa gunung berapi yang telah pupus.



Selain berkunjung ke tempat-tempat menarik diatas, anda juga boleh mengenali dan mempelajari gaya hidup masyarakat disini iaitu kominiti Bajau Laut.


Komuniti Bajau Laut


Memakmurkan Kaum Bajau Laut Kepulauan Semporna
Photo : Laili Basir

Komuniti Bajau Laut yang terdapat di Sabah pada hari ini adalah berasal dari keluarga besar Bajau di selatan kepulauan Filipina dan mula bermigrasi dan menetap di kawasan perairan pantai timur Sabah semasa era pemerintahan Kesultanan Sulu lagi, iaitu sekitar abad ke-18. Setakat ini, kajian dan penulisan berhubung sosial, ekonomi, sosiobudaya, seni bina dan warisan komuniti Bajau Laut ini masih lagi terbatas dan hanya dilakukan oleh beberapa orang sarjana seperti James Francis Warren (1981, 2000, 2002), Yap Beng Liang (1993), Clifford Sather (1997), David E. Sopher (1965), Halina Sendera (2007) dan lainlain lagi.  Sumber - http://web.usm.my

Memakmurkan Kaum Bajau Laut Kepulauan Semporna
Photo : Laili Basir

Memakmurkan Kaum Bajau Laut Kepulauan Semporna
Photo : Laili Basir


Uniknya kaum bajau Laut ini adalah kediaman mereka di laut. Pelbagai aktiviti dilakukan di laut. Namuk kehidupan mereka kelihatan agak sedikit daif. Rumah mereka agak kecik untuk keluarga mereka yang besar. Tambahan lagi tidak banyak kemudahan asas di kawasan rumah atas laut mereka seperti kemudahan bekalan elektrik dan air bersih.

Pada waktu siang cahaya matahari akan menerangi mereka manakala pada waktu malam mereka bertemankan cahaya bintang sahaja. Mereka hidup dalam serba kekurangan namun kehidupan mereka jauh dari tekanan kota, bebas hutang dan pencemaran alam sekitar.

Sejak bertahun-tahun dahulu kaum Bajau laut tinggal didalam bot beralaskan lautan atau pondok kecil tinggi yang diperbuat dari kayuatas terumbu karang. Kehidupan mereka bergantung kepada sumber laut semata-mata dengan menangkap ikan , mengutip kupang dan kerang serta memungut mutiara di pulau-pulau terpencil.

Memakmurkan Kaum Bajau Laut Kepulauan Semporna

Sememangnya kehidupan mereka agak daif berbanding dengan kita. Jadi bagi membantu komuniti ini aktiviti perlancongan perlu terus dipromosikan supaya ramai pelancong yang datang kesini. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka.


Memakmurkan Kaum Bajau Laut Kepulauan Semporna
Photo : Laili Basir

Selain dari kunjungan pelancong, pihak kerajaan juga perlu terus melakukan usaha murni membantu mereka memberikan keperluan asas.

Memakmurkan Kaum Bajau Laut Kepulauan Semporna
Photo : Laili Basir




Banyak juga kan lokasi menarik di Pulau Semporna, Sabah. Kepada anda yang masih merancang destinasi percutian berikutnya selepas musim PKBB berakhir nanti anda boleh lah berkunjung ke Pulau Semporna, Sabah dimana dalam masa yang sama dapatlah kita membantu golongan bajau Laut di sana. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut dan bertanyakan soalan soalan lain tentang kepulauan ini anda boleh sertai Virual Experience  mengenai Untold Beauty Of Semporna Island oleh Encik Laili Basir pada sesi seterusnya iaitu pada 1 July  2020  di https://travelbuddy.onpay.my/order/form/19


Menariknya program online sharing ni anda juga berpeluang menmenangi hadiah cabutan bertuah seperti   pakej penginapan,pakej paragliding dan juga t-shirt.



28 comments:

  1. Wow..sangat perkongsian yang baik.semporna mmg sangat menarik dgn tempat2 yg indah. Masa kerja kat sabah dulu semporna adalah salah satu tempat yang x sempat dilawati..kena masuk dlm wishlist 2021 lah nanti..

    ReplyDelete
  2. Walau belum travel ke semua lokasi di atas, tapi pengalaman diving di Semporna dan Bohey Dulang memang takkan Rawlins lupakan sampai bila2. Cantiks sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnyaa..tak sabar rasanya nk pergi semporna island :)

      Delete
  3. Fuhh .. padat betul info pasal Pulau. Tapi memang tak dinafikan Semporna memang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Bila la agaknya Sal dapat melangkah jejak ke sana. Nak bulan madu ke sesuai sangat lokasi camni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe time mcm ni nak melancong luar negara tak boleh..pergi sini pun ok dh :)

      Delete
  4. Murahnya harga untuk menginap satu malam dekat Lato Lato Resort tu! Memang kena pergi lah nanti. Dah la cantik view siang atau malam, dekat tengah laut pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..dekat tengah laut..iena x sabar nk g thn depan :D

      Delete
  5. Ingatkan Pulau Semporna je, rupanya banyak lagi pulau. Cantik dia macam Maldives dah dengan airnya biru. Best nya!

    ReplyDelete
  6. Terpegun ena tengok semua view. Tak sangka banyak jugak pulau yang ada di sana dan tak pernah dengar. Tiba2 rasa nak add wishlist ke sana.

    ReplyDelete
  7. Memang dah ada perancangan dengan family Sis nak ke Sampoerna sebab rekemen dari kawan, tapi tak kesampaian laa tahun ini...insyaAllah one day...geramm tengok kecantikkan air laut ni, tak sabar nak diving woiooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. iena mmg da ade dlm list thn 2021 :)
      tak sabar nk g sana..hope thn dpn blh travel bawak budak2 lah..nk bawak adik kecik :D

      Delete
  8. Rindunya nak pergi bercuti ke pulau. Memang patut nya tgh bulan tahun ni nak pergi mabul tapi apakan daya. Huuu bestnya ada byk pulau2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe da boleh pergi ni tp tak leh bawak budak lak..iena g thn dpn :)

      Delete
  9. Ya Allah cantiknyaaaa pemandangan ni. Bestnya kalau dapat pergi sini....

    ReplyDelete
  10. wah cantiknya pemandangan & suasana disana. teringin jugak nak pergi sana. in shaa Allah satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cantik kan..iena pn x sabar nk g sana thn dpn :D

      Delete
  11. Serius canyik sangat pulau kat sabah ni.. Harap tahun depan dh boleh travel.. Nak pergi sini la.. Ayoyo.. Teringin nak diving semua. Nak jejak pulau

    ReplyDelete
  12. Aduhh teringin lah nak ke pulau2 kat sana. Dah lama rasanya tak le Sabah. Kalau semua ok..dlm setahun dua nak gi lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah semuanya akan beransur ok :)
      iena g sana thn dpn ikut perancangan..hope time tu covid da balik kampung la semuanya :D

      Delete
  13. Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah. Walaupun saya duduk di Sarawak dekat je dengan Sabah, belum pernah lagi jejak kaki ka Semporna hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cantik kan :)
      sarawak pun cantik juga..rindu nak lepak kat waterfront kucing tu and jalan2 kt jambatan darul hana :D

      Delete
  14. Subhanallah. cantik betul pulau-pulau yang ada kat Sabah ni. hope dapatlah jejakkan kaki kesana nanti.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve