Grab The Promo

Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop

Bila sebut sahaja The Chicken Rice Shop, umum mengetahui akan  keenakan Nasi Ayam di The Chicken Rice Shop.  Selain nasi ayam yang merupakan menu wajib di The Chicken Rice Shop, antara menu yang menjadi kegemaran yang akan Cik iena tunggu ketibaannya adalah Grilled Butter Chicken. Istimewa buat anda yang menggemari menu ini khususnya buat Cik iena, kini menu ini telah pun keluar di semua cawangan The Chicken Rice Shop sehingga 17 Januari 2021.

Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
 Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop

 
Untuk pengetahuan The Chicken Rice Shop merupakan antara restoran kegemaran Cik iena dan rakan-rakan pejabat di waktu makan tengah hari. Selalunya Cik iena akan berkunjung ke The Chicken Rice Shop KL Sentral atau Nu Sentral. Bukan sahaja makan tengah hari. Kadang-kadang  jika nak meraikan sesuatu dengan rakan pejabat seperti farewell atau raikan projek berjaya ke. 
 
Memang TCRS antara pilihan sebab lokasi yang dekat dengan pejabat dan juga harga yang berpatutan. Waktu lunch ada harga promosi lunch memang murah. Jadi sesuai lah untuk pekerja-pekerja marhain macam kami ni :)
 

Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
The Chicken Rice Shop Tesco Extra Cheras
 
 
Memandangkan sekarang adalah  musim Work From Home jadi tak dapat lah Cik iena ke TCRS bersama teman, maka baru-baru ini Cik iena telah membawa Puan Ibunda, adik dan anak saudara ke TCRS Tesco Extra Cheras untuk menikmati keenakan Grilled Butter Chiken ini.
 
 
Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
The Chicken Rice Shop Tesco Extra Cheras

 
 
 
Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
The Chicken Rice Shop Tesco Extra Cheras
 

Grilled Butter Chicken  The Chicken Rice Shop



Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop

Grilled Butter Chicken  merupakan salah satu hidangan yang paling dinanti-nantikan di TCRS. Menu yang memukau ini menjadi idaman rakyat Malaysia. Keenakan Grilled Butter Chicken lebih menyegit apabila TCRS menggunakan isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang sememangnya  memikat dan memukau hati rakyat Malaysia.
 
 
Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
 
 
Kombinasi ayam dan mentega menghasilkan satu hidangan yang diperkayakan dengan citarasa luar biasa yang mampu menawan hati penggemar masakan berasaskan ayam khususnya.


Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
 Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
 
Istimewa buat penggemar menu ini, The Chicken Rice Shop  telah mengumumkan pelancaran kembali menu akhir tahun yang paling popular iaitu Grilled Butter Chicken. Hidangan istimewa ini tersedia sehingga 17 Januari 2021.


Harga Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop


Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop



Ala carte RM18.90


Meal A (1 Pax) RM21.90

  • Grilled Butter Chicken
  • Pak Choy With Oyster Sauce (small)
  • 1 Bowl Of Rice
  • 1 Soup Of The Day

Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop

Meal B (2 Pax) RM49.90

  • Grilled Butter Chicken
  • Single serve chicken (choice of roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (regular)
  • Sai To Fish Ball Soup (regular)
  • Pak Choy With Oyster Sauce (regular) or spicy savoury ladies fingers (regular)
  • 2 bowl of rice
  • 2 soup of the day

Meal C (4 Pax) RM88.90

  • Grilled Butter Chicken
  • 1/4 Chicken  (choice of roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (large)
  • Penang Rojak (large)
  • Penang famous chicken rolls 93pcs)
  • Pak Choy With Oyster Sauce (large)  or spicy savoury ladies fingers (large)
  • 4 bowl of rice
  • 4 soup of the day
 


Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
 
 
 

Add on Boba Drinks hanya RM 10.90

  • Famous kuching 3 layer tea with boba
  • white coffee with boba
  • tea tarik with boba
  • Hainan coffee with boba


Ayam Butter Sedap !


Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop

Ayam Butter Sedap !, ini kata-kata yang keluar dari mulut anak saudara Cik iena, Qaira. Menurut anak saudara Cik Iena ayam butter atau Grilled Butter Chicken yang beliau makan di The Chicken Rice Shop sedap. Anak buah juga sama seperti Cik iena suka akan rasa Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop.
 

Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
Ayam Butter Sedap kata Qaira :)

 
 
Untuk Cik iena pula tentunya hidangan ini sedap dan menepati citarasa Cik iena. Keenakan Ayam butter jelas terasa, kepekatan butter yang menyengit disulam dengan daun kari yang harum mewangi dan hirisan cili menambahkan kelazatan Grilled butter Chicken tersebut.
 

Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
 
 
Jika makan Grilled butter Chicken ni Cik iena memang suka makan sekali daun kari. Ada orang tak makan daun kari tapi berbeza dengan cik iena. Cik iena lebih suka gigit atau makan sekali daun kari tersebut kerana ianya akan menampilkan rasa lebih unik dan sedap menyengat.
 
Menu yang Cik iena nanti nantikan ini pasti menjadi pilihan Cik iena setiap tahun. Kepada anda yang masih belum pernah mencuba menu ini, Cik iena cadangkan untuk anda cuba sendiri keenakan rasa Grilled Butter Chicken ini di  The Chicken Rice Shop.
 
 
 
Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
Kalau tanya Arif semua dia jawab sedap sebab dia takut dengan kakngah dia yang garang. Kalau kakngah belanja makan dekat luar semua akan jadi sedap (^_~) Janji kakngah yang belanja haha
 
 

Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
Mak pula kata boleh lah Ayam Butter, citarasa puan ibunda agak susah nak meet requirement  okay. Tapi dia sangat jujur kalau tak sedap terus cakap mak masak lagi sedap. Nasib baik dia cakap boleh la.



Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
Ni adik iena spesis mak iena juga kalau tak sedap dia kata tak sedap. ayam butter ni dia cakap sedap tapi sedap lagi Norma masak. Okay norma ni adik ipar Cik iena. Diakui sememangnya apa jua jenis masakan Adik ipar the best sebab dia sangat pandai masak. Tapi tak boleh lah compare dengan masakan rumah kan..Jadi pada Cik iena ayam butter di TCRS sedap. Kalau dekat tempat lain iena tak pasti tapi di cawangan TESCO Extra Cheras highly recomended sedap. Cik iena cakap macam ni sebab pernah makan makanan yang banyak outlet tapi setiap outlet rasa masakan tak sama.

Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
The Chicken Rice Shop Tesco Extra Cheras


Ayam Butter Sedap di The Chicken Rice Shop
The Chicken Rice Shop Tesco Extra Cheras



Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop 
 








2 comments:

  1. one of my favvv as well.. dia berkala saja ada kan.. ok noted
    sampai 21/1 ni.. kena pergi cepat. sedap !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ya betul menu ni berkala.. sampai 17 januari 2021 :)

      Delete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve