Grab The Promo

5 Sebab Kenapa Perlu Beli Perumahan di Tiara Sendayan


Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap individu terutamanya buat mereka yang telah berkeluarga. Selain daripada faktor rekabentuk rumah serta saiz mahupun harga, faktor kemudahan dipersekitaran juga amat dititikberatkan dalam pemilihan sebuah rumah. Jadi disini Cik iena ingin kongsikan 5 Sebab Kenapa anda Perlu Beli Perumahan di Tiara Sendayan.

Tiara Sendayan
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan


5 Sebab Kenapa Perlu Beli Perumahan di Tiara Sendayan


Tiara Sendayan
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan

 

1. Rekabentuk dan harga berpatutan berdasarkan pasaran masa kini

Rekabentuk rumah yang selesa, moden beserta kawasan persekitaran yang jauh dari kesibukan kota dan menawarkan persekitaran tenang serta damai dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di Tiara Sendayan disamping ianya dijual pada harga berpatutan berdasarkan suasana pasaran masa kini.

2. Pelbagai Fasiliti dan kemudahan

Perumahan di Tiara Sendayan ini dilengkapi gelanggang futsal dan bola keranjang, taman permainan kanak-kanak, trek joging serta rumah pokok. Lokasi di sini juga turut mempunyai unsur air serta kawasan lapang yang pasti akan menggamit perhatian anda sekeluarga untuk beriadah dan bersantai. Pemandangan menarik di tepi tasik ditambah fasiliti serba indah juga sesuai dijadikan lokasi fotografi.


Tiara Sendayan
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan

 

Kemudahan seperti taman rekreasi yang tersedia seperti Sendayan Green Park yang mempunya pelbagai aktiviti riadah dapat dilakukan, Bandar Sri Sendayan membolehkan penduduk Tiara Sendayan mendapat akses mudah kepada pelbagai fasiliti utama berhampiran seperti kemudahan pendidikan awam dan persendirian, kemudahan penjagaan kesihatan awam, club house, kompleks membeli belah, kemudahan rekreasi awam dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat kemudahan rumah kelab d’Tempat Country Club yang mempunya pelbagai aktiviti seperti kolam renang saiz olimpik, spa, gim, kedai makan & sebagainya. Pembeli projek perumahan
Tiara Sendayan akan mendapat complimentary keahlian rumah kelab ini selama 5 terma.Bukan itu sahaja, terdapat X-Park Sendayan yang merupakan akitiviti luar terbesar di NS dengan tarikan lebih 18 aktiviti untuk semua peringkat umur seperti go-kart, paint ball,dan pelbagai lagi yang menjadi faktor Tiara Sendayan menjadi rebutan buat pembeli.

3. Sistem perhubungan jalan yang bagus.

Sistem perhubungan jalan bagi kawasan ini juga sangat baik, di mana penduduk mempunyai akses jaringan seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan KLIA Linkage. Selain itu, kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan Bandar Sri Sendayan membolehkan penduduk Tiara Sendayan akses mudah kepada pelbagai fasiliti utama berhampiran, seperti 

  • D’Tempat Country Club
  • Sekolah Kebangsaan Sendayan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sendayan
  • Klinik Kesihatan Sendayan 
  • Masjid Sri Sendayan

Kesemua lokasi dinyatakan berada pada jarak tujuh kilometer atau kurang dari Tiara Sendayan.Bukan itu sahaja, Tiara Sendayan ini juga dikatakan terletak di kawasan yang begitu strategik iaitu berada di Malaysia Vision Valley & semestinya akan meningkatkan nilai asset pembeli.

 

4. Projek penjualan terbaik Matrix Concepts.

Tiara Sendayan merupakan projek perumahan di negeri Sembilan di bawah pemaju Matrix Concepts Holdings Berhad. Pencapaian projek di Tiara Sendayan amat mengagumkan. Terdapat hampir 13 projek yang habis dijual dalam tempoh 3 tahun dan sambutan yang diterima daripada pembeli amat menggalakkan. Tidak hairanlah Matrix Concepts Holdings Berhad berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij termasuk 

  • The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA)
  • The Edge Billion Ringgit Club 2022
  • The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market
    Capitalisation of RM 1 Billion and above) 
  • Dan banyak lagi.


Selain daripada memenangi pelbagai pencapaian, faktor lain yang membuatkan Tiara Sendayan merupakan projek penjualan terbaik adalah kerana Tiara Sendayan telah berjaya membina dan menyerahkan lebih 2,000 kunci kepada pemilik Tiara Sendayan. Ini pastinya akan memberi kepercayaan kepada pembeli akan datang untuk memiliki Tiara Sendayan dan menjadi sebahagian dari komuniti Tiara Sendayan.

 

Tiara Sendayan
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan

5. 12 Ekar Central Park Lengkap di Bina untuk Aktiviti Beriadah

Dengan rekabentuk landskap yang menghijau serta dilengkapi dengan kemudahan pelbagai gaya hidup, Perumahan di Tiara Sendayan hanya jarak berjalan kaki dengan Central Park seluas 12 ekar bersama pemandangan tasik yang tersergam indah. Pelbagai kemudahan rekreasi yang disediakan seperti gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gimnasium / stesen parcourse, function area (yoga, taichi dan aerobik), teres tempat duduk, kawasan permainan kanak-kanak & kanak-kanak kecil, trek jogging, laluan refleksologi dan banyak lagi.


Kesemua penduduk di sini akan dapat menikmati gaya hidup yang sihat dengan segala kemudahan yang terdapat di Tiara sendayan ini. 

 

Tiara Sendayan
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan

Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat bermula dari RM538,888


Untuk pengetahuan anda, Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat bermula dari RM538,888. Kediaman ini mempunyai  4 bilik tidur dan 3 bilik air. Berkeluasan 2000 kaki persegi (20’ x
70’) . Kediaman ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mencari rumah yang luas serta
selesa untuk didiami.

Jom Rebut peluang untuk memiliki dan menjadi sebahagian komuni Tiara Sendayan dengan menghubungi 1800-88-2688 atau layari laman web http://www.tiarasendayan.com/. Anda juga boleh ikuti laman sosial mereka untuk mengetahui perkembangan atau promosi terkini mengenai Perumahan di Tiara Sendayan.


 

 

 



19 comments:

  1. Wooww...besar tempat die, kalau beli satu unit kat sini mesti berbaloi

    ReplyDelete
  2. Cantik perumahan sini.. tenang dan banyak kemudahan.. lokasi pun strategik

    ReplyDelete
  3. Menarik sbb lokasi dia di Seremban dan byk fasiliti dekat sekitar. Mmg berbaloi kalau beli buat aset atau utk jadikan kediaman keluarga kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, mmg berbaloi kalau jadikan kediaman keluarga. banyak facilities

      Delete
  4. Menarik sbb lokasi dia di Seremban dan byk fasiliti dekat sekitar. Mmg berbaloi kalau beli buat aset atau utk jadikan kediaman keluarga kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, mmg berbaloi kalau jadikan kediaman keluarga. banyak facilities

      Delete
  5. Teringin sangat nak ada rumah landed dan ada tanah macam ni best dengan kawasan luas cantik hehehehe nanti dah pencen boleh duduk sini...

    ReplyDelete
  6. wow...serius la cantik kawasan die..ni kalau nak bawa anak berjalan kat taman pun seronok je kan

    ReplyDelete
  7. Yang cari rumah area Seremban, KL.. bolehlah opt in kat sini kan ^^

    ReplyDelete
  8. Rawlins tertarik dan terpengaruh dengan view taman dia yang luas tu. Bestnya boleh beriadah dengan keluarga kan

    ReplyDelete
  9. cantek tempat ni suka tengok,.. bercita2 juga nak tgk kawasan kat sini.. mana tahu sesuai boleh sambar 1...hehe

    ReplyDelete
  10. Cantik dan strategik kan perumahan kat sini! Nell nak try to get one juga la! Suka concept kat sini

    ReplyDelete
  11. I like their concept with lots of space and gardens to relax and exercise

    ReplyDelete
  12. Selain daripada nak cari lokasi yang strategik dan developer yang betul-betul trusted, musim sekarang penting juga kena cari kat kawasan tinggi takut banjir kan.

    ReplyDelete
  13. memang untuk kalau dapat beli rumah yang macam ni. fasiliti serba lengkap dan kawasan untuk beriadah pun nampak best sangat.

    ReplyDelete
  14. Tak sabarnya nak tunggu the latest project launch! Teringin nak milik satu property kat Tiara Sendayan ni bah!. Good choice and love the surrounding kat sini...

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve