High Tea & Pool Escape di Hilton Garden Inn Puchong | Buffet Tepi Kolam RM80 Nett

Jika anda sedang mencari tempat makan yang tenang untuk meluangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan pada hujung minggu, cik iena nak kongsikan satu tempat menarik di Puchong iaitu High Tea & Pool Escape di Hilton Garden Inn Puchong.

High Tea & Pool Escape di Hilton Garden Inn Puchong | Buffet Tepi Kolam RM80 Nett


Baru-baru ini cik iena berpeluang datang bersama keluarga tercinta untuk menikmati hidangan high tea buffet di sini. Apa yang membuatkan pengalaman kali ini sedikit berbeza adalah Cik iena bukan sahaja boleh menikmati pelbagai jenis makanan, malah boleh menikmati makanan sambil menikmati pemandangan kolam renang.

Suasana di sini sangat santai, nyaman dan tidak terlalu sibuk. Sesuai sangat untuk mereka yang mahu berehat seketika daripada kesibukan kerja sambil menikmati makanan bersama insan tersayang.



High Tea Buffet dengan Pemandangan Kolam Renang

Sebaik sahaja sampai, perkara pertama yang menarik perhatian cik iena mestilah suasana di sekitar kolam renang. Kawasan ini terasa lebih terbuka dan tenang berbanding suasana buffet biasa.

Pada mulanya kami makan di dalam restoran. Selepas itu, kami beralih ke tempat duduk berhampiran kolam renang. Waktu itu angin bertiup sepoi-sepoi dan suasananya memang terasa sangat nyaman.

Sambil makan, kami menikmati pemandangan kolam yang cantik. Memang sesuai untuk healing bersama keluarga atau kawan-kawan pada petang Sabtu.

Jika anda suka tempat makan yang tidak terlalu formal dan mahu mengambil gambar dengan latar belakang yang cantik, cik iena rasa korang akan suka suasana di sini.


High Tea & Pool Escape di Hilton Garden Inn Puchong | Buffet Tepi Kolam RM80 Nett


Pilihan Makanan di High Tea & Pool Escape


High Tea & Pool Escape di Hilton Garden Inn Puchong | Buffet Tepi Kolam RM80 Nett

Pilihan makanan yang disediakan juga agak pelbagai. Antara menu yang disediakan secara bergilir termasuk:

  • Nyonya Curry Mee

  • Laksa Utara

  • Prawn Mee

  • Beef Noodle Soup

  • Seafood Marinara

  • Deep-Fried Fish Fingers with Tartar Sauce

  • Deep-Fried Calamari with Garlic Aioli

  • Prawn Fritters

  • Assorted French Pastries

  • Bread and Butter Pudding with Vanilla Sauce

    High Tea & Pool Escape di Hilton Garden Inn Puchong | Buffet Tepi Kolam RM80 Nett


Untuk pengetahuan anda, menu adalah secara giliran. Jadi, pilihan hidangan mungkin berubah mengikut hari.

Selain makanan berat, terdapat juga pilihan kudapan dan pencuci mulut. Bolehlah ambil sedikit demi sedikit untuk mencuba hidangan yang menarik perhatian anda.

Anak buah Cik iena, Deeja pun seronok memilih makanan dan siap bagi komen bahawa semuanya sedap.


High Tea & Pool Escape di Hilton Garden Inn Puchong | Buffet Tepi Kolam RM80 Nett

 

Boleh Customize Pasta Mengikut Cita Rasa

Salah satu bahagian yang cik iena suka adalah stesen pasta. Anda boleh memilih sendiri bahan dan meminta chef menyediakan pasta mengikut cita rasa kita.

Cik iena memang suka konsep seperti ini sebab pasta akan dimasak khas selepas kita membuat pilihan. Jadi, kita dapat menikmatinya ketika masih panas.

Anda boleh pilih bahan atau padanan yang disukai sebelum menyerahkannya kepada chef untuk dimasak. Kalau datang nanti, jangan lupa singgah di stesen pasta ini.


High Tea & Pool Escape di Hilton Garden Inn Puchong | Buffet Tepi Kolam RM80 Nett

 

Stesen Mi Juga Boleh Customize

Selain pasta, terdapat juga stesen mi yang boleh dicustomize. Kita boleh memilih bahan yang dikehendaki sebelum chef menyediakan semangkuk mi khas untuk kita.

Bagi cik iena, stesen makanan yang dimasak mengikut permintaan seperti ini membuatkan pengalaman buffet menjadi lebih menarik. Kita bukan sekadar mengambil makanan yang telah siap tersedia, tetapi boleh memilih hidangan mengikut selera sendiri.

Selepas ambil pasta dan mi, cik iena sambung pula mencuba beberapa hidangan lain. Memang mudah terlupa sudah berapa kali ulang-alik apabila terdapat banyak makanan yang hendak dicuba.

Sesuai untuk Keluarga yang Membawa Anak-anak


High Tea & Pool Escape di Hilton Garden Inn Puchong | Buffet Tepi Kolam RM80 Nett

High Tea & Pool Escape ini juga sesuai untuk keluarga yang membawa anak-anak. Semasa kunjungan kami, terdapat kawasan untuk kanak-kanak duduk, bermain dan berehat.

Deeja sempat duduk di kawasan tersebut sambil menikmati aiskrim. Memang seronoklah dia dapat makan, bermain dan melihat kolam renang.

Ibu bapa pula boleh menikmati makanan dalam suasana yang lebih santai. Walau bagaimanapun, pastikan anak-anak sentiasa berada di bawah pengawasan, terutamanya apabila berada berhampiran kawasan kolam renang.


High Tea & Pool Escape di Hilton Garden Inn Puchong | Buffet Tepi Kolam RM80 Nett

 

Quality Time Bersama Keluarga

Bagi cik iena, makan bersama keluarga bukan sekadar tentang makanan. Masa yang diluangkan bersama itulah yang membuatkan pengalaman tersebut menjadi lebih bermakna.

Di sini kami dapat duduk, makan dan berbual tanpa perlu tergesa-gesa. Selepas kenyang, kami berpindah ke tempat duduk berhampiran kolam renang untuk menikmati suasana petang.

Kadang-kadang kita tidak perlu pergi bercuti jauh untuk mendapatkan sedikit masa rehat. Makan bersama keluarga di tempat yang tenang pun sudah cukup untuk membuatkan hati rasa lebih lapang.

Kami pulang dengan perut kenyang dan hati yang senang. Memang satu petang yang santai dan bermakna buat cik iena sekeluarga.


High Tea & Pool Escape di Hilton Garden Inn Puchong | Buffet Tepi Kolam RM80 Nett

 

Harga High Tea & Pool Escape

Berikut merupakan maklumat harga dan waktu promosi berdasarkan poster yang diberikan:

Hari: Setiap hari Sabtu
Waktu: 12:30 tengah hari hingga 4:30 petang
Harga dewasa: RM80 nett seorang
Harga kanak-kanak: RM40 nett seorang

Diskaun Hilton Honors dan diskaun untuk tetamu yang menginap di hotel turut terpakai, tertakluk pada syarat promosi.

Untuk tempahan berkumpulan, korang juga boleh menikmati diskaun 15% dengan minimum 10 orang.

Harga dan promosi mungkin berubah. Jadi, cik iena sarankan korang menghubungi pihak hotel terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat terkini serta membuat tempahan.

Maklumat Tempahan

Hilton Garden Inn Puchong

Telefon: +603 8084 1299
WhatsApp: +6012 612 9947
E-mel: KULPU_FB@hilton.com

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, cik iena suka konsep High Tea & Pool Escape di Hilton Garden Inn Puchong kerana suasananya santai dan sesuai untuk quality time bersama keluarga.

Dengan harga RM80 nett untuk dewasa dan RM40 nett untuk kanak-kanak, korang boleh menikmati buffet selama empat jam sambil melihat pemandangan kolam renang. Ada pilihan makanan tempatan, pasta dan mi yang boleh dicustomize, makanan ringan serta pencuci mulut.

Kalau korang sedang mencari tempat makan best di Puchong untuk sambutan kecil, berkumpul dengan kawan-kawan atau sekadar mahu healing bersama keluarga pada hujung minggu, bolehlah mencuba High Tea & Pool Escape ini.

Deeja pun dah bagi verdict — semuanya sedap!

Jangan lupa buat tempahan terlebih dahulu sebelum datang ya.



0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve