Ini atrikel throwback sebab CIk iena nak clearkan gambar and all the video . Actually tak banyak gambar banyak video. Jadi Cik iena juga akan kongsikan video vlog Perarakan Merdeka 2023 di Dataran Putrajaya.
Bergambar bersama abang bomba yang lama peah queue nak ambil gambar |
Ini merupakan pengalaman kedua ke perarakan merdeka. Sebelum ini di Dataran Merdeka . Kali ini di Dataran Putrajaya. Jika di dataran Merdeka CIk iena tidak keluar seawal di Dataran Putrajaya. Walaupun gerak dari rumah adik di Bangi. Tetap perlu keluar awal ya.
Tangga Putrajaya Steps sebelah pagi |
Jalan menuju ka masjid putra |
Kami keluar awal jam 5 pagi. Jalan ke pputrajaya dah sesak, dan banyak jalan yang tutup. Memandangkan banyak jalan tutup jadi kami Parking di Taman Putra Perdana jam 5.30 am. Kami perlu berjalan menuruni tangga Putrajaya Steps di Presint 1 untuk ke Dataran Putrajaya Presint 3. Untuk makluman terdapat 250 anak tangga perlu kami turun dan daki masa pulang nanti.
traffic light di tangga putrajaya steps |
traffic light di tangga putrajaya steps |
traffic light di tangga putrajaya steps |
Tangga putrajaya steps |
Tangga putrajaya steps |
Sampai di bawah perlu melintas lampu isyarat menuju ke Masjid Putra Presint 1. Kemudian teruskan berjalan lagi sampai lah ke Dataran kehakiman dan seterusnya ke Dataran Putrajaya. Kami berhenti dekat PErsiaran perdana berdekatan Banggunan Kementerian keewangan. Kami sapai disitu sekitar jam 6.27 am . Bila berjalan dengan budak ni susah sikit banyak ragam banyak iklan banyak hentian.
6.40 am bergambar sementara berehat dan menunggu perarakan |
6.55 AM |
Untuk hari tersebut 6862 Step pergi dan balik, 4.71 km berjalan pergi balik . Untuk yang ada anak kecil dinasihatkan fikir banyak kali nak pergi. Orang sangat ramai. If anak da boleh berjalan sendiri ok. If still baby atau setahun dua macam tak berapa sesuai. Kesian juga dekat baby tu.
Actually kedudukan iena duduk tu tak berapa cantik nak amek gambar or video perarakan sebab sangat jauh. The other side just nice lalu depan mata. Dari side iena walaupun iena dapat berdiri dekat palang kat depan iena perlu zoom utk amek video. Kesemua video zoom. Jadi kualiti nya tak berapa ok la. Video kalau tak zoom baru cantik. Bukan sahaja zoom, cik iena guna tripod buat macam selfie stick cik iena hulur selfie stick sedepan yang mungkin. Pendek kata jauh sangat lah. Kecik je nampak dorang haha
Untuk info bahagian iena ni kira da penghujung ye, beberapa ratus meter depan tu dah bersurai perarakan. Yang berkenderaan masuk simpang kiri. Yang tanpa kenderaan akan terus. Dan untuk info lagi dekat hujung hujung ni tiada skrin besar hahaha.
Tahun depan please buat screen besar sampai hujung jalan perarakan. Kesian kami dihujung tak tau apa terjadi ni main stage. Komen jujur lah.
Dari segi kebersihan sewaktu keberadaan Cik iena disitu sehingga lebih kurang jam 10.50 , keadaan di persekitaran CIk iena masih bersih. Sediih betul tengok yang tular di sosial media keadaan kotor selepas perarakan. Ni geng yang lepak lama yang balik lambat.
Balik dari Perarakan Merdeka 2023 di Dataran Putrajaya ayah peah demam. Adik lelaki Cik iena. Dia tak berapa aktif , tak suka ikut iena hiking jadi otot2 dia tak bersedia jalan sejauh itu dan perlu mendaki tangga. Macam orang tua pula tengok dia daki tangga.
Untuk anda anda yang jarang workout dinasihatkan jangan parking sejauh ini sebab anda pasti akan sakit otot atau demam selepas tu. Untuk yang biasa workout dan hiking takde masalah sebab otot otot dah lembut dah bersedia gituh.
Okay jom totnton VLog Perarakan Merdeka 2023 di Dataran Putrajaya dari Cik iena
VLog Perarakan Merdeka 2023 di Dataran Putrajaya dari Cik iena
Macam mana korang nak pergi ke tahun depan? iena rasa iena ok tapi adik lelaki and perempuan iena dah surrender awal taknak pergi dah tahun depan katanya. Apa apa pun tunggu tahun depan lah mana tau berupah pulak keputusan dorang kan.