Grab The Promo
Showing posts with label bersugi. Show all posts
Showing posts with label bersugi. Show all posts

Cara Bersugi, menyimpan dan membuang | Miswak Cutter Case

Bersiwak atau lebih dikenali dengan bersugi kini jarang-jarang sekali dilakukan oleh kita sebagai seorang Islam. Ia merupakan amalan Rasulullah SAW yang sering dilakukannya sebelum menyempurnakan setiap pengambilan wuduk bagi menunaikan solat. Tahukah anda cara bersugi dengan betul serta dimana untuk mendapatkan kayu sugi? 
Sebelum itu Cik iena kongsikan serba sedikit mengenai bersugi.
 

Apa itu Kayu Sugi? 


Miswak Cutter Case


Kayu Sugi juga dikenali sebagai Miswak atau Siwak . Ia merupakan kayu pembersihan gigi yang telah digunakan sejak beribu tahun dahulu. kayu sugi ini didapati dari akar dan ranting pokok Peelu (Salvadora Persica). Kayu sugi ini di percayai mengandungi elemen antibakteria yang berupaya mengurangkan plak, memutihkan gigi dan juga menghilangkan bau mulut. 

 

Penggunaan kayu sugi ini juga merupakan sunah Nabi Muhammad saw dan ianya merupakan satu amalan yang sangat disyorkan. Sesungguhnya, Nabi Muhammad s.a.w. juga menggunakan miswak dan menyarankan penggunaannya setiap kali sebelum waktu solat.

Pakar sains kesihatan moden termasuk dari barat memperakui amalan bersiwak paling baik dalam memantapkan kualiti kesihatan diri. Kajian dilakukan sekumpulan pakar jantung di Veterans General Hospital, Taipei, Taiwan yang diketuai Emily Chen berjaya menyingkap rahsia kebaikan membersihkan gigi.

Menurut Dr Chen , membersihkan plak pada gigi secara rutin adalah satu cara untuk mencegah serangan strok dan penyakit jantung. Kajian itu merumuskan, sekiranya terdapat jangkitan pada gigi, keadaan itu boleh memudaratkan seseorang dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

 "Bersiwak itu membersihkan mulut dan diredhai Allah SWT"

HR BUKHARI, AHMAD & AN-NASAI

Begitulah hebatnya Rasulullah sehingga isu pemeliharaan dan penjagaan kesihatan diambil berat terhadap umatnya. 

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Seandainya tidak memberatkan umatku, sungguh aku akan perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan solat"

HR BUKHARI & MUSLIM

 

Cara Guna Kayu Sugi / Cara bersugi

Langkah 1 : Buka kulit kayu sepanjang 1cm di hujung kayu

Langkah pertama untuk bersugi adalah penyediaan kayu sugi itu sendiri. Daripada sebatang kayu menjadi kayu yang berfungsi sebagai berus gigi. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah kupas kayu sugi terlebih dahulu.  Anda pernah kupas kulit ubi kayu? sekiranya pernah, Ianya situasi yang sama. Terpulang, anda boleh kupas dengan jari atau dengan menggunakan pisau. Yang penting, tinggalkan kayu bahagian dalam.


Miswak Cutter Case
Buka kulit kayu sugi menggunakan Miswak Cutter Case lebih mudah

 

Tips: kayu muda perlu menggunakan pisau kerana kulitnya masih melekat kuat pada isinya. Jadi anda perlukan pisau atau peralatan yang sesuai.

Langkah 2 : Menjadikan Hujung Kayu Berbulu

Istimewanya kayu sugi berbanding kayu lain adalah tekstur kayunya yang apabila digigit, ianya akan  menghasilkan urat-urat seperti berus. Jadi selepas membuang kulit kayu anda perlu gigit beberapa kali untuk melembutkan bahagian hujung. Apabila hujung kayu sudah menjadi lembut dan berurat, ia boleh digunakan untuk bersugi.

Tetapi semasa anda menggigit kayu tersebut apstikan jangan gigit terlalu lama dan kuat sehingga terasa minyaknya kerana kita ingin menggunakan minyak tersebut ketika aktiviti bersugi. cukup sekadar menguraikan urat kayu itu.
 

Langkah 3 : Mulakan Bersugi


Cara Bersugi

 

Gosokkan kayu sugi ke gigi. Jika ingin mengaplikasikan cara bersugi dengan betul, kita perlu cuba melakukannya seperti yang dilakukan oleh Kekasih Allah, Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.

Cara Rasulullah SAW Bersugi

Gosok hujung kayu sugi secara menegak ke gigi. Permukaan gigi, celah gigi, atas dan juga belakang gigi. Mulakan di sebelah kanan atas, kemudian ke kanan bawah. Kemudian kiri atas, dan kiri bawah. jika boleh dilukis, ia seperti melukiskan nombor 8 ‘terbaring’ di gigi kita dan jangan lupa gosok juga  bahagian belakang gigi dan atas gigi.

Langkah 4 : Bersih dan Simpan

Miswak Cutter Case
Simpan kayu sugi di dalam Miswak Cutter Case terlebih dahulu dan kemudian letak dimana-mana bahagian dalam bilik air anda mahupun boleh diletak didalam handbag serta poket baju bagi anda yang sentiasa mengamalkan sunnah Rasullullah S.A.W iaitu bersugi setiap kali sebelum berwuduk untuk solat

 

Sekiranya ingin membeli kayu sugi, seeloknya anda beli sekali dengan bekasnya untuk memudahkan penyimpanan. Di musim moden sekarang, kita boleh dapatkan bekas beserta pemotong kayu sugi. Selepas bersugi, basuh, keringkan dan simpan.

 

Miswak Cutter Case
Miswak Cutter Case


 

Langkah 5 : Potong dan Ulang Langkah 1

Selepas beberapa kali menggunakan kayu sugi. Anda perlu potong dan ulang langkah pertama . Jika anda ingin tahu, bilakah waktu terbaik untuk kita potong kayu sugi tersebut, waktu yang paling sesuai adalah selepas 2 kali penggunaan, kerana di waktu itu, minyak kayu sugi sudah kurang.
Sebenarnya ianya juga bergantung pada penggunaan anda, terpulang juga kepada and  asalkan jangan lebih dari 7 kali.

Kelebihan Bersugi


  • Menghilangkan bau mulut
  • Mengurangkan Plak
  • Mengurangkan Ketagihan Nikotin
  • Memutihkan Gigi
  • Melawan penyakit Gusi

 

Cara penjagaan Kayu Sugi dan  alat momotong kayu Sugi

Seperti yang kita sedia maklum bersugi merupakan Amalan Rasulullah S.A.W , amalan sunnah buat umat islam namun penjagaannya agak sukar dalam memastikan kebersihan yang optima serta penyediaan tempat penyimpanan dan pemotong kayu sugi. Dalam menghadapi masalah ini Cik iena ada satu solusi untuk penyimpanan dan pemotongan bagi anda yang menggunakan kayu sugi mahupun buat anda yang merancang untuk menggunakan kayu sugi. Solusi yang Cik iena maksudkan adalah Miswak Cutter Case.

Miswak Cutter Case


Miswak Cutter Case
Miswak Cutter Case

 

Miswak Cutter case merupakan bekas menyimpan dan memotong kayu sugi yang moden, unik dan canggih serta ianya mengutamakan kualiti, estetika dan fungsi dalam satu produk, ia adalah penyelesaian yang ideal untuk memotong, mengupas dan menyimpan miswak anda di mana sahaja.


Miswak Cutter Case

 

Ianya merupakan bekas penyimpanan yang mudah dibawa kemana-mana dan sangat praktikal. Dengan Miswak Cutter Case ini  kayu sugi tidak lagi terdedah kepada kekotoran. Ini adalah selari dengan tuntutan islam untuk menjaga kebersihan.


Miswak Cutter case ini terdiri daripada 1 tiub penyimpanan, 1 bekas pemotong (besi tahan karat), 2 batang kayu sugi dan  manual pengguna. Ianya didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Biru Pasifik dan Kelabu Fosil. Ianya dijual pada harga RM99 sahaja.


Miswak Cutter Case

 

Ciri-Ciri Miswak Cutter Case

  • Bilah tahan karat untuk memotong dan mengupas miswak.
  • Bekas penyimpanan yang selamat dicuci untuk memastikan miswak sentiasa bersih.
  • Lubang pengudaraan untuk mengekalkan kelembapan dan menegelakkan serangan kulat.
  • Mekanisme pengunci bilah automatik untuk memastikan keselamatan semasa penyimpanan.
  • Penutup dwibahasa (Inggeris & Arab) untuk meraikan kepelbagaian budaya.


 


Review Miswak Cutter Case

Untuk pengetahuan ini merupakan pertama kali Cik iena menggunakan kayu Sugi. Jika sebelum ini Cik iena hanya mendengar mengenai kayu sugi namun tidak pernah mencuba . Kali ini Cik iena telah mencuba sendiri bersugi menggunakan kayu sugi dari thisisatoothbrush. 

Dalam memastikan penyimpanan yang sempurna Cik iena gunakan Miswak Cutter Case. Ianya sangat membantu dalam memastikan kayu sugi kita sentiasa berada didalam keadaan yang bersih. Selain dari memastikan kayu sugi dalam keadaan bersih ianya juga mempunyai cutter yang bertujuan untuk memotong kayu sugi.


Miswak Cutter Case

 

Jadi bagi Cik iena, Miswak Cutter Case ini sangat membantu Cik iena . Selain daripada itu ianya juga sangat praktikal, mudah dibawa kemana-mana. Boleh diletakkan di poket mahupun di dalam beg tangan.


Miswak Cutter Case
Miswak Cutter Case

Mari kita sama-sama Menghidupkan Sunnah rasulullah SAW dengan menjadikan amalan bersugi ini sebagai salah satu amalan sunnah dalam kehidupan seharian kita. Pada yang baru bermula untuk bersugi anda boleh dapatkan di www.thisisatoothbrush.my


Untuk Maklumat Lanjut

Instagram :  @this_toothbrush_my
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve