Grab The Promo
Showing posts with label hiking. Show all posts
Showing posts with label hiking. Show all posts

Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View

Ini merupakan aktiviti hiking pertama cik iena untuk tahun 2022. Last hiking bulan december 2021. Lepas tu masing masing sibuk. Tak dapat lah pergi Hiking. Last outdoor dengan kawan kawan pergi berkhemah dekat Pondok Warisan Ibrahim Ipah di Hulu Rening Batang Kali.

Story berkhemah ni pun cik iena masih tak kongsi lagi. Bila sibuk job review memang takde masa nak update personal story dekat blog. Update job je. 

Tapi kali ni walaupun sibuk, cik iena cuba juga update artikel hiking. Bila tulis artikel hiking memang trafik banyak ke blog sebab orang nak baca pengalaman dan nak tengok hiking trail. 
 
 
Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View


Starting Point di Jalan Tiara Kemensah 3.



Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View

 
 
Untuk ke sini anda boleh buka google maps dan cari kebun che mah. Nanti akan bawa ke jalan masuk di bawah iaitu Jalan Tiara Kemensah 3. Buat masa ni, semasa artikel ditulis, waze tak jumpa lokasi kebun che mah. Jadi perlu gunakan google maps. 
 

Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Dekat  Jalan Tiara kemensah 3, nampak signboard ni. Disinilah bermula pendakian :)
 

Sampai sahaja di entrance untuk ke kebun che mah, anda akan nampak jalan 4wd. Jadi di situlah bermulanya pendakian. Sejujurnya kalau mendaki  ikut jalan 4wd ni memang lebih penat berbanding mendaki menelusuri hutan. 

Teruskan perjalanan sehingga anda sampai di pintu masuk kebun che mah. Dari bawah sampai ke kebun che mah memakan masa 15 ke 40 minit ikut kemampuan masing masing. 

Jalan ke kebun che mah memang easy hike. Anda cuma ikut jalan 4wd. Nak bawa budak pun boleh. . 

Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Jalan dari entrance kebun che mah dari bawah



Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
 

Kebun Che Mah Entrance Fee


Untuk pengetahuan untuk memasuki kawasan kebun che mah, yuran kemasukan yang dikenakan adalah RM3 untuk seorang. 

Kebun Che Mah

Kebun Che Mah
 

Walaupun cik iena dapati hikers di depan tidak membuat pembayaran. Cik iena masuk kan sahaja duit dalam tabung yang disediakan. 

Mungkin hikers depan cik iena yang memang dah selalu hiking di kebun che mah. Untuk hikers yang cuma masuk untuk pintasan mendaki ke bukit pau, bukit ketum dan Kang Gate Dam mungkin merasakan RM3 yang dibayar adalah tidak berbaloi kerana mereka hanya lalu beberapa ratus meter sahaja kawasan tersebut. 

Kebun Che Mah
 

Kebun Che Mah
 
Untuk yang singgah menggunakan kemudahan tandas dan surau di sini boleh lah bayar sebab mereka nak buat tandas nak pam air nak buat surau semua tu perlukan duit. Cuma untuk yang lalu sahaja RM1 bagi cik iena sudah memadai. 

Durian Musang King Murah di Kebun Che Mah


Untuk pengetahuan istimewanya di kebun che mah adalah buah Durian. Jika anda mendaki disini semasa musim buah anda berpeluang untuk makan durian. 

Harga bagi Durian Musang King Gred C dijual pada harga RM30 sebiji. Boleh rujuk pada gambar yang cik iena lampirkan. 

Kebun Che Mah

 
 
Untuk info Cik iena hanya ambil gambar je masa ni . Che Mah memang sporting bagi Cik iena ambil gambar. Rancangan nya masa turun baru singgah makan  durian sebab takut panas dalam. Perjalanan masih jauh lagi nak hiking. Kawan kawan pun plan nak naik dulu baru makan durian.

Disebabkan sesat dan ada jemputan rumah terbuka kami tak jadi balik ikut jalan asal. Terpaksa naik 4wd nak turun cepat tambahan lagi kaki Cik iena kejang. Memang sakit pijak tanah .
Insya Allah kami akan datang lagi dekat sini.


 

Kebun Che Mah

Kebun Che Mah
 

Hiking ke Bukit Ketum dan Bukit Pau


Kemudian kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Bukit Pau. Bukit ketum ni anda akan lalu bila anda menuju ke Bukit Pau. Ramai yang tidak mengetahui tentang Bukit Ketum kerana nama bukit Ketum ini diberi oleh Hikers hikers yang kesini. Cik iena dapat info pon memalui Kak Watie iaitu Isteri kepada Tok Lee.
 

Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
 
Selepas melintasi Kebun Che Mah, keluar dari Kebun Che Mah, jalan terus sehingga jumpa T junction, simpang tiga. Dimana disini anda perlu tentukan kemana anda ingin pergi. Jalan sebelah kiri menuju terus ke Klang Gates Dam. Tapi jalan ini agak jauh berbanding di sebelah kanan.
 
Simpang kanan juga menuju ke Klang Gates Dam tetapi sebelum tiba disana anda akan lalu Bukit Ketum, Bukit Pau dan juga Dusun Tok Lee Meranti. Untuk menikmati view yang cantik dan banyak lokasi anda pergi Cik iena cadangkan pilih kanan.
 

 
 
 
 
 
Bukit Pau Kemensah
Bukit Pau Kemensah
 
Selepas itu anda akan melalui satu kawasan luas , boleh tonton vlog di youtube baru dapat gambaran. Yang ni adalah Bukit Ketum. Teruskan perjalanan sehingga nampak signboard Bukit Pau yang pertama. 
 

 

Bukit Pau Kemensah
 

Jika anda perasan ada simpang kanan. itu adalah jalan ke Klang Gates Dam dan Dusun Tok Lee. Masa Cik iena dan rakan rakan lalu disini kami terus sahaja jadi kami tersesat didalam kebun orang. Tapi sesat sesat tak menyesal sangat sebab dapat view cantik. Cuma kami perlu berpatah balik dan apabila jumpa hikers lain kami bertanya jalan.
 
Dibawah Cik iena kongsikan gambar dikawasan kami sesat. Masih dalam bukit pau cuma perlu berpatah balik untuk ke jalan yang benar. Menurut Tok Lee, di Kemansah terdapat 56 orang pemilik Kebun. Jadi memang ada banyak kebun disana. Tak mustahil boleh sesat tersalah jalan. Jadi jika anda juga pergi hiking , jangan segan silu untuk bertanya hikers yang anda jumpa. Orang orang hikers semuanya tak sombong .

Kami tersesat sebab terlalu leka dengan keindahan bukit pau sampai terlepas simpang yang dimaksudkan oleh hikers yang kami temui.


Bukit Pau Kemensah
 

 

Bukit Pau Kemensah
Bukit Pau Kemensah Berlatar belakangkan Klang Gates Dam
 

Bukit Pau Kemensah
Bukit Pau Kemensah Berlatar belakangkan Klang Gates Dam

Bukit Pau Kemensah
Bukit Pau Kemensah Berlatar belakangkan Klang Gates Dam

Bukit Pau Kemensah
Bukit Pau Kemensah Berlatar belakangkan Klang Gates Dam

Bukit Pau
Bukit Pau
 
Selepas bergambar di kawasan kami sesat. Kami meneruskan perjalanan. Dari Sini Cik iena kurang ingat jalan sebab kepenatan. So Boleh tengok video dan boleh juga tanya Hikers yang lalu. Itu yang paling afdal. Okay jom teruskan berjalan.
 
Nanti akan sampai satu simpang dimana terus ke Klang Gates Dam dan kanan turun bawah ke Dusun Tok Lee Meranti. Sebelum simpang ada juga pondok yang menjual air. Jadi ini boleh dijadikan landmark.
 
Sekiranya anda nampak signboard Bukit Pau yang kedua bermakna anda dah terlajak haha.


Cik iena dan rakan-rakan merancang sebelum ke Klang Gates Dam, singgah minum air kelapa muda di Dusun Tok Lee Meranti . Bila minum air kelapa dekat sini memang sangat menyegarkan ditambah lagi lokasi yang sangat cantik. Tempat terjaga, bersih, kemas dan sangat instragramble. Anda boleh minum air kelapa sambil menikmati keindahan alam semulajadi ditemani kicauan burung yang merdu yang pasti membuatkan anda merindui kawasan ini.
 

Untuk Artikel Dusun Tok Lee iena akan tulis lain sebab Cik iena ada buat Videoshoot raya di Dusun Tok Lee dan Cik iena sempat temuramah Tok Lee dan isteri yang sangat peramah. Cik iena tulis special artikel sebagai tanda penghargaan sebab melayan kami dengan baik dan dapat harga diskaun yeay.

Dusun Tok Lee Meranti - Kedai Air Kelapa
Dusun Tok Lee Meranti - Kedai Air Kelapa

Dusun Tok Lee Meranti - Kedai Air Kelapa
Dusun Tok Lee Meranti - Kedai Air Kelapa
 

Dusun Tok Lee Meranti - Kedai Air Kelapa
Dusun Tok Lee Meranti - Kedai Air Kelapa
 
 
Okay Nanti Boleh tonton vlog di youtube. Jadi boleh nampak gambaran hiking trail dan simpang tiga yang cik iena tulis. Dalam video pun ada view Bukit ketum yang Cik iena tak ambil gambar. Tak tau itu bukit ketum .
 
 
 

Hiking Raya Buddy

 
Okay kali ni memang tak ramai ikut hiking sebab masing masing sibuk beraya. Walaupun petang iena ada jemputan rumah terbuka. Pagi luangkan masa pergi Hiking sebab kebanyakan weekend sangat sibuk. Itu yang bulan Mei baru nak hiking untuk tahun 2022. Kebiasaannya sekurang kurangnya dua bulan sekali.
 
 

 
Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Zai - Officemate

Zainurin Syafiq ni officemate. Kami panggil Zai . Antara kawan hiking yang selalu ons kecuali kalau betul betul ada hal tak boleh join. Rasanya sekali je yang zai tak join kami hiking. Ke Sri Bintang Hills.
Biasanya Zai Tukang teman gegurl yang lambat . Bila ada geng lain teman dia jalan laju sikit . Gilir gilir teman gituh . Yang pasti team kami takkan berpecah. Walaupun ada yang laju . Biasanya sampai satu simpang kalau tak nampak yang dibelakang kami akan stop and tunggu supaya tiada yang tersalah jalan sehingga menybabkan kami terpisah. Sweet kan haha


Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Erry - Ex Officemate

Erry - Bekas officemate . kalau tak borak dengan dia sumpah muka sombong. tapi sekali borak terus closed sampai sekarang haha. Jenis cakap straight to the point. takde pendam pendam. Terpaling suka cakap iena gemok hahah
jujur yang menyakitkan hahah.. Takpe sis redha . Kalau hiking dia memang laju. tengok kaki lah kan. Selalu sampai yang terawal. Kalau dia free dia memang akan join hiking. Biasanya banyak aktiviti dia ni. So memang kene booking awal awal haha.
kali ni Erry tak bawak drone. Biasanya ery bawa. Okay next time kene bawak ye erry haha


Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Deqnor - Adik

Deqnor, rasanya kawan kawan tau ni siapa. Ini adik kandung iena. Tapi maca kawan kawan kan. Punyai minat yang sama gituh . Ini kalau pergi hiking terpaling function kejut iena bangun pagi dan dia yang buat itinerary kalau kami pergi buat aktiviti outdoor atau bercuti. Biasanya terpaling lambat hiking la asying jantung laju je haha tapi takpe. geng kami geng santai santai hiking je. Tak perlu paksa paksa, penat rehat . Kami tak berlumba lumba. Orang kata dimana ada kemahuan disitu ada jalan . So korang yang tak pernah hiking . Jom lah hiking , serius best giler. hiking santai santai je.


Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Normah - Adik Ipar

Norma - ni adik ipar iena. Nasiblah adik lelaki iena dapat isteri kaki hiking macak kakak kakak nya. Jadi ini lah Me Time Norma sebagai seorang isteri. Pergi hiking dengan kakak ipar. Jarang sekali adik lelaki iena ikut Hiking. Pernah sekali teman pergi skytrex sebab dah takde geng nak teman. Masa tu lelaki yang pergi adik lelaki dan erry . tak ramai pula geng iena suka aktiviti skytrex. Iena memang minat aktiviti outdoor macam tu . Mujur adik ipar ni pon sekepala. Ada lah geng perempuan yang suke memanjat2 tergantung gantung atas tali haha. Ouh ya tempat Ni norma cadangkan  tapi tak dapat pergi semua. Insya Allah next time kita pergi lagi okay



Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Yang baju merah tu Irfan - susah nak bergambar sorang2
 
 Irfan Asri yang baju merah. Memang susah nak bergambar sorang sorang . Dia ni pun selalu akan ikut pergi hiking. Antara yang selalu join juga. Kalau dia takde hal confirm dia pergi . sebelum ni ingatkan bila shah bff dia takde dia taknak pergi. Haa tak rupanya. Dia okay je. Biasalah bila kita da kenal kawan kawan kita, kita tak perlu berteman teman lagi nak pergi kan . Irfan ni memang sporting dan semua okay aja kalau tanya dia. Antara yang laju juga kalau biar dia jalan sorang sorang.

 

Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
BErgambar bersama Kak Wati, isteri kepada tok lee dan aunie yang comel..Duta Dusun Tok Lee ya


Familly Potrait

 
Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Sempat Photoshoot n video shoot raya kat sini, nanti iena kongsi di artikel Dusun Tok Lee

 


Menarik kan tempat yang cik iena pergi? Bila cik iena update
insta story memang ramai respond dan tanya macam mana nak pergi. Tu bersemangan nak tulis.
Untuk pengetahuan kalau nak ke Dusun Tok Lee ada dua laluan yang Cik iena dimaklumkan oleh Tok Lee. Satu dari Kebun Che Mah dan satu lagi dari Teratak Angah Chalet.
 
Untuk Laluan Kebun Che Mah boleh cari Kebun Che Mah di Google Map. Setakat artikel ditulis masih tiada dalam Waze. Mungkin boleh Waze jalan Tiara Kemensah 3.
 
Untuk Laluan Teratak Angah Chalet boleh Waze teratak angah Chalet.  Cik iena mendapat makluman bahawa untuk ke Dusun Tok Lee jalan yang lebih dekat adalah Teratak Angah Challet. Insya Allah next time Cik iena cuba jalan ni pula.
 
Ouh ya Kami tak jadi ke Klang Gates Dam sebab dah lambat untuk ke Jemputan open house petang ahad tu. Nak tau story nanti iena update artikel istimewa untuk Dusun Tok Lee.
 


 Vlog Hiking Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee

 

 
 
Sosial Media Posting





Sungai Pisang Waterfall Gombak

Baru baru ini Cik iena dan rakan rakan berkesempatan ke Sungai Pisang Waterfall sebelum menjelang bulan ramadhan. Aktiviti riadah seperti ini adalah antara aktiviti kegemaran Cik iena. Untuk pengetahuan Sungai Pisang Waterfall tidak lah susah teckingya. Mendatar sahaja cuma anda perlu menyeberang sungai. melalui terowong dan mengikuti anak sungai. Anda juga boleh memilih jalan melalui tepi lebuhraya karak.


Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang Waterfall

 

Sekiranya anda menelusuri jalan anak sungai anda perlu mendaki agak tinggi untuk ke sungai yang lebih atas daripada air terjun sungai pisang. Kebiasaannya jika yang bekeluarga mereka cukup sekadar smpai di air terjun.  Manakala sekiranya anda datang dari KM 28.7 Lebuhraya Karak anda perlu turun di laluan agak curam untuk sampai ke air terjun.

Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang

 



Sungai Pisang Waterfall Gombak
Laluan ke Sungai Pisang waterfall


Sungai Pisang Waterfall Permit

Mengikut Blog yang Cik iena baca tiada permit diperlukan untuk ke Sungai Pisang Waterfall. tetapi ada juga rakan keada rakan yang mengatakan bahawa perlu permit untuk masuk ke sini. Cik iena pun berbelah bahagi. Sebelum Cik iena pergi Cik iena juga ada bertanya di ruangan komen instagram pengunjung yang datang ke sini. 

Cik iena cari mengikut lokasi sungai pisang waterfall dan gambar terkini. Rata rata kesemua yang Cik iena tanya mereka menyatakan tidak memerlukan permit untuk kesini. Semasa kehadiran Cik iena disini semasa bertanya jalan  pada orang di situ mereka juga tidak bertanyakan tentang permit.

Semasa kehadiran kami juga sangat ramai pengunjung kesini dan kelihatan sebuah bas juga. Kereta juga tidak terkira banyak nya. Tiada juga pegawai perhutanan di sini. Jadi kami pun assume tiada permit diperlukan.

Walaubagaimanapun selepas Cik iena kongsi insta story anda diantara follower yang menyatakan jangan lupa ingatkan followers iena untuk apply permit terlebih dahulu. Cik iena pun menjawab semasa kehadiran Cik iena tiada yang bertanyakan tentang permit dan ramai yang masuktanpa permit.

Berlaku juga kekeliruan disini. Perlu permit atau tidak Cik iena kurang pasti. Untuk kepastian kepada anda yang ingin berkunjung kesini mungkin anda boleh bertanyakan terlebih dahulu kepada Jabatan perhutanan selangor. 


How to go sungai pisang waterfall

 

Jalan masuk Sungai Pisang Waterfall

Untuk anda yang dari Kuala Lumpur anda perlu Waze Muka Sauk Sungai Gombak . Sekiranya dari arah Kuala lumpur, persimpangannya adalah dari sebelah kiri anda. Setibanya anda di persimpangan ini anda perlu terus ke hujung jalan dan anda akan jumpa kawasan chalet dan juga di penghujungnya adalah Pejabat Syabas Muka Sauk Sungai Gombak.



Sungai Pisang Waterfall Gombak
Terowong sungai pisang - Karak Highway

 

Anda perlu parking di kawasan sepanjang jalan ke Muka Sauk Sungai Gombak. Semasa kedatangan Cik iena sangat ramai pengunjung kesini. jadi Cik iena parking agak jauh di bahu bahu jalan. Selepas parking di bahu jalan dan pastikan kereta lain boleh lalu laluan tersebut, Cik iena meneruskan perjalanan ke hujung sehingga nampak pejabat Syabas Muka Sauk Sungai Gombak.


Sungai Pisang Waterfall Gombak
Terowong sungai pisang - Karak Highway

 

Dari situ bermula lah perjalanan untuk menjejak sungai pisang waterfall.laluannya adalah melalui sungai di tepi Muka Sauk Sungai Gombak . Pergi ke arah kiri dan anda cuma perlu mengikut treck yang sedia ada yang sering digunakan oleh pengunjung disini. Jalan ini menuju ke terowong karak highway. Anda boleh mengikut tepi sungai mahupun mengikut laluan sungai. Sehingga anda nampak terowong karak highway.

 

Sungai Pisang Waterfall Gombak
Laluan sungai menuju terowong sungai pisang -karak highway

 

Selepas melepasi terowong karak higway terdapat dua laluan iaitu laluan sungai dan juga laluan lebuhraya karak. Sekiranya anda ingin jalan yang sangat mudah anda perlu melalui jalan karak highway. Jalan ini  terletak disebelah kanan terowong selepas anda keluar dari terowong. terdapat tangga longkang .  Selepas naik tangga anda bergerak ke arah kiri lebuhraya karak sehingga jumpa KM 28.7 dan anda cuma perlu ikut trek sedia ada yang sering menjadi laluan.

Sungai Pisang Waterfall Gombak
Terowong sungai pisang - Karak Highway

 

Bagi Cik iena trek ini agak mudah laluannya . Tidak perlu melalui sungai sungai.Tetapi di penghujungnya jika anda ingin ke air terjun anda perlu menuruni kawasan curam.Tapi sekiranya anda ingin ke anak anak sungai di atas air terjun anda tidak perlu menuruni tebing yang curam.

Sungai Pisang Waterfall Gombak
laluan menuju air terjun sungai pisang

 

Sekiranya anda memilih jalan sungai. Selepas keluar terowong anda cuma perlu terus dan ikut laluan sungai. Disini tiada landmark tanda jalan agak sukar. Semasa kedatangan Cik iena memang ada ramai pengunjung jadi Cik iena dan rakan rakan cuma ikut mereka. tau tau dah sampai dan tak rasa penat sebab dah biasa hiking lagi jauh.


Sungai Pisang Waterfall Gombak
Terowong sungai pisang - Karak Highway

 

Kiranya orang yang tak pernah hiking pun boleh pergi sungai pisang waterfall sebab treck sangat mudah. Anda cuma perlu keinginan dan semangat sahaja.Semasa misi menjejak sungai pisang waterfall bersama rakan kami memilih jalan anak sungai masa pergi, masa balik pula kami ikut jalan highway karak sebab ramai juga yang gayat nak turun cerun bukit yang sangat curam. Mendaki tu tak rasa takut sebab kita pandang atas. Bila dari atas pandang kebawah rasa seram lain macam. Untuk yang gayat ketinggian memang tak boleh turun.


Maaf Cik iena tak de ambil gambar treck tapi Cik iena buat vlog jadi anda boleh tonton vlog Cik iena untuk ketahui keadaan jalan ke Sungai Pisang Waterfall.

 

VLOG MENJEJAK SUNGAI PISANG WATERFALL




 

Aktiviti di Sungai Pisang Waterfall

Selain mandi manda bersama teman anda juga boleh melakukan aktiviti abseiling disini. Cik iena lihat ada sekumpulan agensi iena tak pasti dari mana. Mereka membuat aktiviti abseiling disini. bayaran dikenekan RM10 untuk sekali. Kalau anda berani boleh cuba. Macam Cik iena kurang berani sebab tak tau mereka dari organisasi mana dan ada lesen atau tidak. Walaupun Cik iena ada sijil abseiling tapi ada rasa ragu ragu juga lah. 



Sungai Pisang Waterfall Gombak
Maggie paling sedap hehe

 

Aktiviti kami disini adalah mandi manda dan juga kami masak sendiri. Kami masak sardin dan juga maggie. Walaubagaimanapun di ingatkan disini sekiranya anda membawa apa-apa makanan di dalam hutan jangan tinggalkan sampah. Kesemua sampah dari aktiviti memasak anda. Anda perlu bawa pulang bersama-sama anda. Kami memang akan bawa plastik sampah dan akan bawa pulang semua sampah dan buang ditempat sepatutnya.


Sungai Pisang Waterfall Gombak
surprised birthday untuk Shah

 

 

Sayangilah hutan kita macam kita sayang rumah kita. jangan tinggalkan sampah. Didalam hutan tiada orang yang ditugaskan bekerja untuk membuang sampah.  


Memandangkan sangat ramai orang di sungai pisang waterfall, Cik iena dan rakan rakan naik ke sungai bahagian atas air terjun. Kami berjalan terus ke hulu sungai sehingga jumpa kawasan sungai yang tiada orang untuk kami berehat dan mandi manda serta masak. Di air terjun sungai pisang kami cuma berhenti seketika untuk bergambar namun tak dapat ambil gambar group kerana keadaan yang teramat sesak.


Sungai Pisang Waterfall Gombak

 

Disebabkan lautan manusia yang hadir kami membuat keputusan mencari sungai yang tiada orang dan terus berjalan dan berjalan. Dalam keadaan sekarang dengan virus covid tak sesuai berkumpul ramai ramai. Untuk mengelakkan berlakukanya penularan wabak covid maka kami mencari tempat yangtiada orang. Dan agak jauh juga perlu berjalan kerana sememangnya sangat ramai pengunjung ke sini.

Sungai Pisang Waterfall Gombak

 

Gambar di Air Terjun Sungai Pisang

Sungai Pisang Waterfall Gombak

Sungai Pisang Waterfall Gombak

Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang Waterfall Gombak

Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang Waterfall Gombak


Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang Waterfall Gombak

 

 

Gambar di Sungai Pisang

 

Sungai Pisang Waterfall Gombak
Surprised birthday untuk Shah


Sungai Pisang Waterfall Gombak
Sungai Pisang


Rakan Hiking Sungai Pisang Waterfall 

Kali ini misi menjejak sungai pisang waterfall adalah bersama adik perempuan cik iena iaitu deknor, seorang lagi rakan pejabat perempuan iaitu Naja dan 7 lagi rakan lelaki dimana 5 daripada nya adalah rakan pejabat iaitu zai zainal, shah ieran, joey labu atau irfan, jali dan hazim manakala dua orang lagi adalah ery bekas rakan pejabat serta Zaim, kawan kepada Hazim. 

Kali ini cuma 3 bunga sahaja yang sertai. Geng hiking iena memang best. Walau pelbagai ragam namun semuanya sering bekerja sama dan sepakat dalam membuat keputusan. 

Semuanya juga caring. Jangan risau yang perempuan pastu akan ada rakan lelaki yang bergilir gilir eskot kami pastikan kami tidak tertinggal berseorangan. 


Sungai Pisang Waterfall Gombak
Bersama rakan rakan hiking Sungai Pisang Waterfall


Cadangan Laluan Senang

Pada Cik iena selepas terowong cadangan laluan yang mudah untuk anda sampai ke waterfall adalah laluan Karak Highway - Naik tangga sebelah kanan dan setiba diatas ikit arah kiri sehingga jumpa laluan masuk kembali ke hutan di KM 28.7 . Disini memang ada lualuan terus sampai ke waterfall. Sekiranya melalui jalan bawah mengikut sungai yang Cik iena ikut Cik iena dapati tiada laluan yang jelas untuk ke waterfall . Tiada juga tanda tanda anak panah untuk ke waterfall. Kami cuma ikut orang yang datag kesini dan tiba tiba sampai.

Kebetulan masa kami datang tanggal 9 April 2021 sangat ramai orang berkunjung ke Air terjun sungai pisang. 


Disebabkan terlalu banyakgambar  cantik jadi Cik iena kongsikan di fanpage Cik iena : ALBUM Sungai pisang waterfall



Waze :   Muka Sauk Sungai Gombak

 

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve