Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai
kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih
daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg).
Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,
Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata, kajian yang
dijalankan Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian
(FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia itu
dalam makanan tidak mendatangkan kemudaratan.
“Benzoyl
peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah.
Laporan JECFA menyatakan semasa pemerosesan makanan, hampir keseluruhan
benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik. “Pengambilan
tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai
pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan
pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah
Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985. Ia juga tidak menyebabkan
barah,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.
Noraini berkata, berhubung penggunaan bahan kimia itu berisiko
mendatangkan kencing manis dan arthritis, pihaknya tiada sebarang
maklumat.
“Laporan JECFA menyatakan pengambilan benzoyl
peroxide boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat
pengambilan melalui makanan, sebaliknya kesan rawatan kulit,” katanya.
Katanya, selain Malaysia, Singapura dan Jepun yang membenarkan
penggunaan benzoyl peroxide dalam tepung gandum, Amerika Syarikat turut
membenarkan penggunaannya dalam tepung dan keju manakala Kod Standard
Pemakanan di Australia dan New Zealand membenarkan ia digunakan dalam
semua makanan.
Noraini berkata, PPM 1985 membenarkan
mana-mana tepung termasuk tepung gandum yang mengandungi benzoyl
peroxide pada kadar tidak lebih daripada 50 miligram/kilogram sebagai
kondisioner makanan yang dibenarkan.
Semalam agak heboh la kt fb menyatakan tepung gandum cap sauh yg slalu kite beli tu
tak boleh mkn sb mengandungi Benzoyl Peroxide.
Ramai yg share info tersebut..
So cik iena pn jmp la dr google ..search info yg berkaitan
jumpa lah artikel dr hmetro nie
"Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai
kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih
daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg)"
cik iena tgk dkt plastik tepung gandum cap sauh tu dia tak tulis plak berapa peratus kan..
hurmm timbul ragu2 jugak tu nk mkn sb xtulis bpe peratus..
Rasenye ramai lg rakyat Malaysia yg menggunakan tepung nie.
Lepas nie kalau beli tepung kene alert sket
bace kandungan nya
sama ade beli yang tidak mengandungi Benzoyl Peroxide atau pun yang mengandungi Benzoyl Peroxide kurang daripada 50 miligram.
Tambahan : menurut rakan blogger(kak sutera kaseh)
ahad lepas kak sutera kaseh ada tgk rncgn assalamualaikum tv al hijrah, tetamu jemputan
dr PPIM, kata tepung yg mengandungi benzoil tu mmg x boleh
makan..walaupun sikit..ia ibarat bahan peluntur
So adalah lebih baik if kita beli tepung yg tiada kandungan Benzoyl Peroxide.
terfikir sejenak.
klu cm tu nk kuih kite kene buat sendiri lah..
sb nye kebanyakan rakyat malaysia guna tepung cap sauh.
dlu mase kecik2 pnh tlg makcik buat kuih..
dia gune tepung tu..
takkan nk beli kuih kite nk tny makcik gune tepung ape ni?
hahahaha..
cane la tu eyhh..
Sekian utk info kwn2
(^_~)

Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)