Grab The Promo
Grab The Promo

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte RM39


Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte


BELUM setahun di pasaran, jenama kosmetik Kekasih by The Melvins telah mencuri perhatian ramai masyarakat Malaysia khususnya. Kekasih by The Melvins diasaskan oleh  empat adik beradik yang cantik jelita iaitu Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin sejak 1 Mei 2019.

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
Dari kanan SYIFA MELVIN,SYIDA MELVIN (duduk) SYAFIQA MELVIN(atas) dan SYATILLA MELVIN (kiri)

Jenama ini hadir  menerusi rangkaian lip matte dan krim foundation  dengan harga yang dikatakan mampu milik. Oleh kerana itu Kekasih by The Melvins telah mencipta fenomena tersendiri.

Sejak awal ianya dikeluarkan  lip matte di bawah nama kombo Zahir Batin dan Jiwa Raga telah terjual sebanyak 180,000 unit seperti pisang panas yang laris di pasaran. 

Kini Kekasih by The Melvin telah menjadi perhatian semula menerusi promosi terbaharu kombo lip matte Tulus Suci  yang dilancarkan sejak 17 November lalu. 

“Kali ini kombo lip matte Tulus Suci kami hadirkan pilihan warna menarik dengan bau strawberi pula. Sebelum ini menerusi kombo terdahulu, kita tampil dengan bau pisang dan coklat.

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte 

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte 

“Kami hadirkan juga ia dalam edisi bermusim yang cukup terhad. Jadi kena dapatkan segera di pasaran sebelum kehabisan,” kata Syatilla.

Bercerita lanjut mengenai lip matte rangkaian Kekasih by The Melvins, ia mempunyai empat warna pilihan lagi menawan.

“Kandungan utama lip matte ini terdiri daripada minyak Argan, Shea Butter dan Vitamin E. Ia bersifat lightweight dan kalis air. Ia juga dalam bentuk cecair ringan namun kesan selepas pakai akan bertukar menjadi matte. 

“Teksturnya sangat ringan seperti tidak langsung dicalit apa-apa. Ia tidak melekit dan melekat. Fungsinya mampu merawat garis halus pada permukaan bibir. Malah ia juga bertindak sebagai perawat dan pelembap bibir kering. Pada masa sama, ia juga tidak memberikan kesan hitam kepada bibir.

“Lebih utama,  tiada bahan kimia dan bebas Paraben. Baunya juga wangi,” kata Syatilla lagi.


Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
SYATILLA MELVIN

Syatilla yang mewakili adik beradiknya yang lain berkata,  sekalipun sedar persaingan sengit menjual rangkaian produk sama, mereka tetap optimis dan bangga dengan jenama sendiri.

“Bagi kami produk Lip matte contohnya  memang  tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Memang ia menjadi satu keperluan buat golongan wanita khususnya.  Malah kami sepakat menggunakan nama Kekasih ini kerana kita dilahirkan di dunia ini untuk sentiasa berpasangan. Begitu juga seperti lipmatte Kekasih sendiri yang dipasarkan secara kombo (dua lipmatte) dengan harga RM39. Memang berbaloi baloi dengan harga itu dapat dua.

“Tak dinafikan memang banyak jenama lipmatte lain di pasaran. Tapi Kekasih kami lain macam sedikit. ‘Kekasih’ kerana ‘kekasih’ yang satu ini tiada tandingan.  Malah  berkenaan juga terus menjadi pembakar semangat kepada kami empat adik beradik, pasukan kerja Kekasih by The Melvins serta lebih 1000 agen dan stokis berdaftar di seluruh Malaysia

“Kami turut menggunakan tagline dan  tanda pagar Satukekasihcukupke? juga sebagai simbolik mempromosikan kombo lipmatte yang dijual dengan dua unit. Tapi di alam realiti cukup setia dengan seorang kekasih dan suami saja. Jangan main kayu tiga dalam hubungan sesama manusia. Tapi kalau nak beli produk Kekasih tak apa nak beli lebih pun. Kalau beli banyak buat stok lagi kami suka ,” kata isteri kepada Shaheizy Sam itu.

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
SYATILLA MELVIN( kanan) dan SYAFIQA MELVIN (kiri)

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
SYIDA MELVIN (kiri)dan SYIFA MELVIN(kanan)

Kekasih by The Melvins juga mengamalkan konsep membuka ruang kepada suri rumah atau mereka yang mahu mencari wang tambahan dengan menjadi agen dan stokis.

“Di Kekasih by The Melvins, kita kongsi sama rata dengan mereka yang di luar yang mahu menjana pendapatan sampingan. Alhamdulillah beberapa bulan di pasaran jenama kami sudah mampu membantu mereka di luar sana mendapat wang lebih dengan bergelar agen dan stokis.

“Berkat berniaga, kami bangga dapat membantu ramai pihak untuk meningkatkan ekonomi hidup. Ada yang mampu membeli emas, motosikal, perabot, kereta, mengubah suai rumah, melancong ke luar negara. 

“Dalam beberapa tahun lagi, kami juga mahu jenama ini melahirkan jutawan yang dermawan. Berniaga ini kena bersungguh sungguh. Tak boleh hangat hangat tahi ayam.  Insya-Allah setiap usaha pasti berbayar,” 

kata ibu kepada dua orang cahaya mata, Syeriv Samheizy, hampir tiga tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan.





Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
SYIFA MELVIN

Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
SYAFIQA MELVIN


Kekasih by The Melvins Kombo lipmatte
SYIDA MELVIN




Harga Kekasih by The Melvins

Kombo lipmatte dijual pada harga RM39
Krim asas pula pada harga RM49


Untuk Maklumat lanjut ikuti laman sosial mereka dibawah atau  Talian hotline: 010-9000001

 Instagram: @kekasih_hq
Facebook: @kekasihhq

Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia

Kesibukan kerja adakalanya membuatkan kita terlupa untuk makan lagi-lagi jika pejabat tempat kita bekerja terletak jauh dari restoran atau food court. Kini ianya tidak lagi menjadi masalah kerana anda boleh mendapatkan Kart's Quick Meal To Go di semua cawangan 7-Eleven berdekatan anda.


7Eleven ‘Jom Makan & Minum’ campaign featuring Kart’s RTE + 12oz Slurpee @ RM7.30
7Eleven ‘Jom Makan & Minum’ campaign featuring Kart’s RTE + 12oz Slurpee @ RM7.30



Penyediaan makanan yang cukup mudah, jimat masa dan juga harga yang berbaloi. Ianya boleh di dapati di Semua Cawangan 7-Eleven. Seperti yang anda sedia maklum 7-Eleven mempunyai banyak cawangan di Malaysia.

Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia



Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia
Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia

Kart's Quick Meal To Go merupakan makanan yang cepat untuk disediakan dan sedia untuk dimakan. Khusus buat anda yang mempunyai kekangan masa untuk masak mahupun untuk ke restoran menikmati hidangan makan malam atau tengah hari. Selain itu pembungkusannya juga agak praktikal dan boleh di makan dimana-mana disamping ianya dijual pada harga yang murah.


Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia


Terdapat pelbagai menu Kart's Quick Meal To Go yang ditawarkan di 7-Eleven Malaysia. Cik iena juga berkesempatan mencuba beberapa menu. Bahkan sebelum ini juga Cik iena pernah makan menu Kart's Quick Meal To Go ketika bercuti di Pulau Pinang.

Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia
Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia


Ianya juga amat sesuai untuk traveller. Semasa percutian Cik iena di Pulau Pinang, Cik iena mempunyai jadual yang sangat padat . Jadi Cik iena dan rakan-rakan memilih makanan Kart's Quick Meal To Go untuk di makan. Ianya sememangnya amat mudah disediakan walaupun untuk traveller kerana terdapat Microwave yang disediakan di setiap cawangan 7-Eleven untuk anda memanaskan makanan anda.
Selain daripada itu ianya juga selamat dimakan kerana pembungkusannya menggunakan Retort Technology.

Apa itu Retort Technology?

Retort Technology merupakan inovasi pembungkusan makanan yang berkualiti dan tahan lama serta selamat. Pembungkusan retort ini  mempunyai ketahanan suhu 130 Celsius, dibuat daripada lapisan filem laminat fleksibel yang membolehkan pembungkusan steril sekali dan mempunyai jangka hayat 18 bulan hingga 24 bulan.

Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia
Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia


Teknologi pembungkusan retort lebih fleksibel berbanding dengan jenis pembungkusan lain dan ia telah dikomersialkan secara meluas oleh Jepun. Kebaikan teknologi retort ini adalah:


  1. Pemindahan haba yang cepat dan seterusnya pengurangan masa pemprosesan.
  2. Kekurangan nutrien yang lebih sedikit.
  3. Tiada penyejukan atau pembekuan diperlukan


Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia
Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia




Antara menu yang Cik iena cuba adalah

  1.  Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid
  2. ‘Non-Meat’ Mutton Curry with Rice
  3. Asam Tumis Beef with Rice
  4. Nyonya Chicken Curry with Rice
  5. Red Bean with Wheat Dessert
  6. Green Bean with Wheat Dessert 

Cara Penyediaan Kart's Quick Meal to Go.

Kebiasaannya pembeli Kart's Quick Meal akan menggunakan microwave dimana mereka boleh memanaskannya sendiri di 7-Eleven sepertimana yang Cik iena dan Zainurin lakukan seperti gambar di bawah.



Kart's Quick Meal to Go Cooking Method.
Cik iena sedang menyediakan Kart's Quick Meal to Go


Kart's Quick Meal to Go Cooking Method.
 Cik iena sedang membaca cara penyediaan


Kart's Quick Meal to Go Cooking Method.
Setiap meal mempunyai masa untuk memanaskan yang berbeza, sila rujuk pembungkusan

Bagi memanaskan nasi, ianya mengambil masa Cuma 90 saat sahaja manakala untuk memanaskan dessert ianya mengambil masa selama 60 saat. Ianya amat cepat untuk disediakan.


Kart's Quick Meal to Go Cooking Method.
Ok, hampir siap!

Selain menggunakan microwave, anda juga boleh menggunakan kaedah Boil dan Steam bagi yang tidak mempunyai microwave di rumah. Tapi kebiasaannya di cawangan 7-Eleven memang dah ada microwave untuk anda panaskan. Tapi microwave itu digunakan jika anda ingin makan dalam masa terdekat. Tambahan lagi sekarang di 7-Eleven terpilih  terdapat juga ruangan untuk anda makan.



1. Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid



Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid
Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid
Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ SquidNasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid


Nasi lemak ni merupakan menu kegemaran Cik iena sejak Cik iena bercuti di Penang bersama rakan-rakan semasa Trip untuk Review Escape Penang. Jadual yang sangat sibuk membuatkan Cik iena dan rakan-rakan mengalami masalah kekangan masa untuk makan. Jadi Kart's Quick Meal merupakan pilihan terbaik tambahan pula ianya ditawarkan di 7-Eleven yang mempunyai banyak cawangan di Malaysia.

 Rasa pedas untuk level kepedasan Cik iena yang tak makan pedas dan juga ada rasa sedikit masam manis. Warna sambal nasi lemak juga cantik dan kelihatan amat menyelerakan. Disamping itu “sotong” juga lembut. Kacang tanah dan ikan bilis yang rangup membuatkan lagi nasi lemak ini sedap di makan bila-bila masa.
 

Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid
Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid


Rating Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid (RM6.50) : 10/10


2. ‘Non-Meat’ Mutton Curry with Rice


Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid
‘Non-Meat’ Mutton Curry with Rice

‘Non-Meat’ Mutton Curry with Rice
‘Non-Meat’ Mutton Curry with Rice

Menurut kata Zai  'non-meat' mutton dia sedap dan lembut. Kuah kari yang berlemak cukup rasa rempah ratus. Ditambah dengan sayuran lobak merah yang empuk.


Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid
Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid


Rating ‘Non-Meat’ Mutton Curry with Rice(RM6.50):  Rate dari kawan Cik iena 10/10 .


3. Asam Tumis Beef with Rice




Asam Tumis Beef with Rice
Asam Tumis Beef with Rice
Asam Tumis Beef with Rice
Asam Tumis Beef with Rice

Rasa unik Asam Tumis Beef with Rice. Jika sebelum ini Cik iena tidak pernah mencuba daging lembu masak asam tumis. Ini kali pertama. Sebelum ini Cik iena hanya pernah makan Ayam masak asam tumis. Dengan mencuba menu ini cik iena dapati masakan asam tumis daging lembu juga sedap. Mungkin Cik iena boleh cuba masak di rumah nanti. Dagingnya juga lembut dan tidak liat. Kuah asam tumis yang cukup rasa pedas, masam . Untuk level kepedasan Cik iena ianya pedas tapi mungkin bagi anda yang kuat makan pedas ianya tak berapa pedas.


Asam Tumis Beef with Rice
Asam Tumis Beef with Rice

Rating Asam Tumis Beef with Rice (RM6.50): 9/10


4. Nyonya Chicken Curry with Rice



Nyonya Chicken Curry with Rice
Nyonya Chicken Curry with Rice


Nyonya Chicken Curry with Rice
Nyonya Chicken Curry with Rice

 

 Nyonya Chicken Curry mempunyai rasa kari yang lemak. Kuah yang pekat terasa rempah yang digunakan . Daging ayam yang juga lembut serta terasa kuah kari yang terperap dalam isi ayam. Pendek kata jika anda makan ayam sahaja tanpa kuah pun dah dapat rasa nyonya curry ni.

Nyonya Chicken Curry with Rice


Rating Nyonya Chicken Curry with Rice(RM6.50) : 7/10


5. Red Bean with Wheat Dessert




Red Bean with Wheat Dessert
Red Bean with Wheat Dessert

Red Bean with Wheat Dessert
Red Bean with Wheat Dessert


Red Bean with Wheat Dessert merupakan menu baru yang Cik iena cuba yang menepati citarasa Cik iena. Boleh dijadikan menu minuman petang ataupun sarapan pagi. Sesuai buat anda yang suka makan bubur tapi yang ni versi sihat tiada lemak/santan. Gandum dan kacang merah juga lembut serta kuah yang tidak terlalu manis.


Red Bean with Wheat Dessert
Red Bean with Wheat Dessert

RAting Red Bean with Wheat Dessert(RM5.90) : 8/10


6. Green Bean with Wheat Dessert





Green Bean with Wheat Dessert
Green Bean with Wheat Dessert


Green Bean with Wheat Dessert
Green Bean with Wheat Dessert

Cara masakan Green Bean with Wheat Dessert sama seperti Red Bean with Wheat Dessert. Yang membezakan nya kacang hijau dan kacang merah. Gandum dan kacang hijau yang lembut serta kuah yang tidak terlalu manis .Ianya juga boleh dimakan pada waktu tengah malam jika anda lapar.


Green Bean with Wheat Dessert
Green Bean with Wheat Dessert


Rating Green Bean with Wheat Dessert (RM5.90): 8/10




Menu apa menjadi Kesukaan Cik iena ?


Antara keenam menu ini menu yang menjadi kegemaran Cik iena semestinya Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid. Semasa percutian di Penang lagi Cik iena dah jatuh hati dengan Nasi Lemak with ‘Non-Meat’ Squid ni. Kacang goreng dan ikan bilis goreng sudah cukup membuatkan anda berasa seperti makan nasi lemak yang di beli di gerai-gerai. 

Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia
Kart's Quick Meal to Go at 7-Eleven Malaysia


Selain itu antara yang Cik iena suka adalah Green Bean with Wheat Dessert. Satu menu baru yang Cik iena cuba yang agak menarik. Sangat sesuai untuk anda penggemar dessert yang menjaga badan terutamanya kerana ianya tidak mengandungi santan dan ianya juga tidak terlalu manis, ditambah dengan tekstur kacang hijau serta gandum yang lembut ia pasti membuat anda rindukan rasa dessert ini. Jika tiba-tiba tengah malam anda craving nak makan dessert, ini adalah dessert yang sedap dan mudah didapati  di 7-Eleven.


Special promotion with 7-Eleven 



7Eleven ‘Jom Makan & Minum’ campaign featuring Kart’s RTE + 12oz Slurpee @ RM7.30
7Eleven ‘Jom Makan & Minum’ campaign featuring Kart’s RTE + 12oz Slurpee @ RM7.30



7Eleven ‘Jom Makan & Minum’ campaign featuring Kart’s RTE + 12oz Slurpee @ RM7.30

Istimewa buat anda diluar sana kini anda boleh dapatkan promosi istimewa iaitu Jom Makan & Minum. Anda boleh mendapatkan Kart's Quick Meal To Go dan Slurpee 12oz pada harga RM7.30 sahaja bermula pada 5 November 2019 sehingga 30 Disember 2019.


7Eleven ‘Jom Makan & Minum’ campaign featuring Kart’s RTE + 12oz Slurpee @ RM7.30
Cik iena sedang meminum Slurpee berperisa Tutti Frutti.



Untuk Maklumat Lanjut mengenai  Kart's Quick Meal to Go Layari laman sesawang mereka di https://www.facebook.com/KartFoodMalaysia/


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve