Sinopsis Drama Laila Asyikin di Slot Samarinda TV3




Memaparkan drama berat tentang pergolakan korporat, konfilk keluarga di kalangan ahli perniagaan dan juga kisah cinta, LAILA ASYIKIN yang mempunyai 16 episod, diarahkan oleh Heykal Hanifah dan penghasilan skrip oleh Zarihah Hassan. Siri ini mengetengahkan bakat baru yang semakin menonjol, Nur Fathia Abdul Latiff sebagai watak utama iaitu Laila Asyikin serta dibantu oleh pelakon popular tanahair seperti Fahrin Ahmad, Irfan Roslan, Hamidah Wahab, Fadhil Dani, Hisham Ahmad Tajudin, Zain Ruffedge, Diana Amir, Nurzul Suphian, Adeline Anthony Tsen dan ramai lagi.

 

PROFIL

Nama sebenar: Nur Fathia Abdul Latiff

Tarikh lahir: 1 September 1987

Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang

Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik

Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM, Selangor.

Drama dan telefilem: Nur Kasih, Dea Sofea, Bila Musang Berjanggut dan Laila Asyikin

Filem: Hijab

Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic

 


--SINOPSIS--

Laila Asyikin (Nur Fathia Abdul Latiff) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak berkerja setelah berkahwin dengan Mikhail (Irfan Roslan). Laila Asyikin tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin, iaitu United Holding Berhad. Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Holdings Sdn Bhd atas wasiat arwah Datuk Shamsudin. Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, United Holdings Sdn Bhd telah berkembang maju di bawah pentadbirannya.

Perkahwinan Laila Asyikin dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila Asyikin dan anak-anak tergugat serta berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalanraya. Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut yang telah membongkarkan rahsia Mikhail. Sarah telah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.

Tanpa pengetahuan Laila Asyikin, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin dan mereka juga mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia 3 bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila Asyikin telah mengambil tindakan segera. Dia telah mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah. Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail iaitu Remy (Fahrin Ahmad). Kebijaksanaan dan ketabahan Laila Asyikin telah menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.

Selepas Mikhail sedar daripada koma, adakah dia akan dimaafkan oleh Laila Asyikin? Berjayakah Laila Asyikin merungkai kemelut dalam rumahtangga dan juga syarikatnya? Adakah hubungan Remy dan Laila Asyikin akan bertukar menjadi intim?


 

 


 


 


 

 

WaHH NaK NeNgOk..

Nak NeNgOk PoJaAn HatiKu..

Hahahahha

Kalau Sblm Ni CiTeR NokTaH ErNa TgK Sb Ade AwAL

Kali Nie Nengok sB Aderrrrr

Nk TaU SaPeR

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

 

 

♥♥FAHRIN AHMAD ♥♥

♥♥♥♥♥♥

http://www.facebook.com/FA.fanpage



Source from

http://www.budiey.com/ &
http://yanmieonline.com/


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog