Grab The Promo

MELUAH PERASAAN dan MENGAIBKAN ORANG LAIN !!




Orang seringkali mentafsir bahawa apabila seseorang itu cuba meluahkan perasaan dianggap mengumpat la, mengaibkn orang la....


sebenarnya org tu hanya sekadar mahu meringgankan beban diri yang dipikul di atas masalah-masalahnya yang tersendiri .


jika mengikut kaedah psikologi pun proses meluah perasaan adalah salah satu cara untuk menenangkan fikiran jika menghadapi sebarang masalah sedikit sebanyak dapat menghilangkan dan meringgankan stress pada diri.

Cuma janganlah sampai terlebih-lebih menceritakan masalah yang dihadapi terutamanya jika ia melibattkan orang lain kerana dikuatiri timbulnya salah faham yang besar iaitu FITNAH..

Disamping itu cara terbaik nak hilangkan tekanan terhadap individu lain yg sudah membuat diri anda marah adalah cuba fikirkan tentang kebaikannya kerana itulah salah satu cara yang terbaik nak hapuskan sifat dendam dalam diri.

Namun begitu, cik iena bukanlah orang terbaik untuk mebicarakan persoalan dan isu ini kerana kadangkala cik iena sendiri terpengaruh dengan kata-kata individu yang seringkali cuba mengaibkan orang lain.

ukhuwwah yang terjalin tidak akan terkubur dek kerana Seterusnya , jika ditafsir sudah tentu kita dapat membezakan antara unsur mengumpat @ mengaibkan orang lain dan meluahkan perasaan.

Jadi kepada sesiapa yang sering hadapi masalah seperti ini,carilah idividu yang terbaik jika kita ingin meluahkan perasaan supaya apa yang kita luahkan tidak menjadi fitnah antara kita dan individu lain dan cara terbaik nak elakkan selisih faham adalah dengan berdepan dengan idividu tersebut supaya nilai dan ikatan
hasutan syaitan yang cuba memecah belahkan anak cucu ADAM. (rujuk suruh as saff ayat 4)

Mengumpat adalah perbuatan dikeji syarak dan pelakunya dianggap seperti memakan daging mayat saudaranya sendiri. Firman Allah SWT, "Dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang" ( Al-Hujurat (49):12)

Di sini cik iena sertakan mengenai Hukum bagi orang yang suka mengaibkan orang lain

Pertanyaan oleh seorang hamba allah kepada seorang ustaz


oleh: Hamba Allah
Assalamualaikum saya ingin bertanya mengenai hukum mengaibkan seseorang di kalangan staf.
Kadangkala apa yang diceritakan itu tidak masuk akal dan kadangkala membuka surat peribadi seseorang di jabatan walaupun surat itu tertera nama seseorang.





dibalas oleh: (ustaz/ustazah) Mohd Yusnaidi Bin Md. Sabri

Asalamualaikum.
Islam agama mulia. Allah tidak suka orang-orang Islam membuka aib orang lain. Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya, "Barang siapa membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat". Allah juga menjelaskan supaya orang Islam menjauhi daripada pra-sangka buruk dan mengaibkan orang lain. Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari pra-sangka, sesungguhnya pra-sangka itu adalah dosa...(Surah Al-Hujurat, ayat 12). Oleh itu mengaibkan orang lain adalah haram dan berdosa.


sikap suka mengaibkan orang lain adalah sikap mazmumah yang menjadi punca hati tidak bahagia.



Punca Hati Tidak Bahagia Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati. Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :



1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Kajian sains menyatakan sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia beranggapan memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lainl dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak yg diminum tetap tidak akan habis juga ketahuilah orang yang tamak terdiri dari golongan yang rugi. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego - ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di hadapan orang ramai. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

9. Cinta dunia - Berhartalah tidak mengapa tetapi dikawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi untuk dibawa ke akhirat. Sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.




p/s : kepada sesiapa yamg mengujungi blog cik iena dan mebaca ariktiel ini ,cik iena mohon maaf sekiranya ada kesilapan yang cik iena lakukan sama sedar atau tidak. insyaALLAH dikesempatan ini cik iena akan akan membuat sedikit demi sedikt perubahan demi menjadi seorang insan yang lebih baik pada masa kan datang.....




4 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve