Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Tuesday, November 29, 2011

RESEPI KUIH LAPIS





Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)



1 cawan tepung beras

2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)

2 camb tepung gandum

2 camb tepung jagung

1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis

1/4 camt garam

sedikit pewarna merah dan perisa ros



Cara membuatnya:



1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.



2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.



3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.



4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. Tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.



5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.

CREDIT TO

Ainol Dahlan


No comments:

Post a Comment

Facebook Comment