Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Resepi Ayam MasaK lemak Cili Api dengan Kentang

Memandangkan akaun instagram kene block dari like,comment dan posting jadi iena banyak buat video content untuk youtube. Tunggu queue nak upload je semuanya.Kalau buat video content dekat instagram tak dapat payment kan. kalau buat dekat youtube boleh dapat komisyen. 

Resepi Ayam MasaK lemak Cili Api dengan Kentang
Resepi Ayam MasaK lemak Cili Api dengan Kentang





Satu dari youtube sendiri dan satu lagi cik iena dapat dari productlink . Boleh baca dekat sini kepada yang berminat nak earn commision macam cik iena .

Jadi hari ni Cik iena nak kongsikan Resepi Ayam MasaK lemak Cili Api dengan Kentang dari Cik iena. Sebenarnya bahan tak cukup sebab barang dapur nak habis. Iena masak apa yang ada je. 

Resepi Ayam MasaK lemak Cili Api dengan Kentang
Ayam MasaK lemak Cili Api dengan Kentang


 Bahan-bahan Ayam MasaK lemak Cili Api dengan Kentang untuk dua orang makan



Resepi Ayam MasaK lemak Cili Api dengan Kentang
Bahan-bahan Ayam MasaK lemak Cili Api dengan Kentang

  1. 1/4 ekor ayam 
  2.  ulas bawang merah kecil (dikisar Kering)
  3. 3 ulas bawang kecil (dikisar kering)
  4. 30 biji Cili api (dikisar kering)
  5. Dua batang Serai (diketuk)
  6. 1 biji kentang ( size besar)
  7. 1 keping Asam Keping
  8. Daun kunyit (Di hiris macam bunga rampai) - tapi iena tak guna sebab takde
  9. Kunyit hidup (dikisar dengan bawang ) tapi iena tak guna sebab takde
  10. Serbuk kunyit (kalau dah guna kunyit hidup tak perlu) 
  11. 1 Kotak kecil santan (Cik iena guna santan KARA)
    Resepi Ayam MasaK lemak Cili Api dengan Kentang
    Ayam MasaK lemak Cili Api dengan Kentang
Cara-cara memasak boleh tonton video :)





Beli Baju raya di https://bit.ly/zaloraraya20 (Trusted seller-iena biasa beli dekat sini.Beli harini esok dapat) Beli Electric Oven di https://t.productlink.io/a611m7 Beli Mixer di https://t.productlink.io/a611m8 Beli Air fryer di https://t.productlink.io/a611ma Beli Microwave di https://t.productlink.io/a611mc

Resepi Shitake Mushroom


Bersempena Perintah Kawalan Pergerakan ni, Cik iena mua tnaik video masakan kegemaran Cik iena. Kebiasaannya Weekday adik yang akan masak sebab Cik iena work from home. Jadi hanya weekend Cik iena berkesempatan untuk memasak.


Resepi Shitake Mushroom
Resepi Shitake Mushroom



 Disebabkan menu macam ni jarang orang masak jadi Cik iena nak kongsikan resepi Cik iena khusus buat anda yang gemar makan cendawan shitake ini.Mungkin ada yang suka makan Shitake tapi tak tahu macam mana nak masak Shitake ni. Jadi Cik iena kongsikan supaya anda juga boleh masak shitake sendiri di rumah.



Resepi Shitake Mushroom


Resepi Shitake Mushroom


Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong dua
  • 1 Batang Cili merah di potong memanjang
  • 10 biji cili kering- gunting halus-halus
  • Daun kuchai
  • Cili benggala hijau+kuning+merah
  • Brokoli
  • Carrot
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis cap udang(kicap favorite)
  • Ajinamoto-secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air

    Resepi Shitake Mushroom
    Bahan-bahan Shitake Mushroom

     

Cara-cara Memasak Shitake Mushroom


  1. Tumis bawang putih dan cili kering sehingga naik baunya.
  2. Masukkan cendawan dan sedikit air kemudian tunggu 2-3 minit
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap manis dan cili benggala. Biarkan mendidih. .
  4. Akhir sekali, masukkan sayur brokoli dan carrot yang telah di celur dengan air panas dan daun kuchai. 
  5. Seterusnya letak ajinamoto, kalau suka masin boleh tambah sedikit garam tapi kalau Cik iena memang tak tambah garam sebab sos tiram ada rasa masin dan dah letak kicap manis. Tapi mungkin ada yang pemasin, boleh letak sedikit garam.
  6. Kemudian terus padam api dan hidang kan. Sebab apa terus padam api sebab iena dah celur dulu sayur brokoli dan carrot. Iena tak nak warna dia jadi tak cantik bila lama masak dengan sos tiram. Sebab tu gambar sayur iena cantik je segar.




Video Cara-cara Memasak Shitake Mushroom 





Macam mana? senang jer kan nak masak. Cik iena memang suke sangat makan cendawan shitake ni. Kebiasaannya kalau Cik iena makan sizzling yee mee mesti taknak ambil ayam. Cik iena akan tukarkan ayam kepada shitake mushroom.


Resepi Shitake Mushroom
Ni lah meu makan tengah hari iena hari ke 18 PKP. Dah bosan sangat buatlah video memasak :D



Kalau anda semua nak tau Cendawan Shitake ni boleh menurunkan tahap kolestrol. Jadi ianya juga digunakan untuk tujuan perubatan cina. Cendawan ini mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Boleh baca di http://www.ienaeliena.com/2010/02/cendawan-shiitake-turunkan-tahap.html







Nak Beli Hand Sanitizer and face mask ? Blh beli sini https://t.productlink.io/a16fcn [Ready Stocks] Instant Hand Sanitizer 120ML / 250ML / 500ML / 800ML / 1LITER, Alcohol 75% READY STOCK FACE COVER MASK MEDICAL 10 PCS LIMITED STOCK https://t.productlink.io/a16fco Bioion Germ-Free Deo-Sanitizer :https://t.productlink.io/a16fcp [READY STOCK] Alcohol based Instant Hand Sanitizer :https://t.productlink.io/a16fcq Disposable Poly Glove : https://t.productlink.io/a16fcr Goggles Clear Eye Protection Glasses : https://t.productlink.io/a16fcs Surgical face mask : https://t.productlink.io/a16fct




Banana Chia Puding With Strawberry

Musim raya ni mesti ramai yang menggogle resepi bukan.? termasuklah Cik iena. Kali ini Cik iena nak kongsi resepi yang diolah oleh adek Cik iena Deqnor iaitu Banana Chia Puding With Strawberry. Deqnor dan Mak memang suka memasak dan buat dessert. Paling rajin tentulah mak iena. Tambah lagi bila dah pencen macam-macam dia suka masak.

Banana Chia Puding With Strawberry
Banana Chia Puding With Strawberry



Berikut Cik iena kongsikan respi mudah yang di buat khas untuk sertai contest dari Pokka Malaysia.
Anda semua juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dari Pokka. Antara yang menarik perhatian adalah tajaan majlis open house :)

Pokka Product
Pokka Product



Pokka Banna Milk
Pokka Banna Milk






Bahan-Bahan Banana Chia Puding With Strawberry



Banana Chia Puding With Strawberry
Bahan-bahan untuk Banana Chia Puding With Strawberry

chia seed
Chia seed


  • 3 sudu cornstarch
  • 2 Sudu Chia Seed
  • 2-1/4  cawan Poka Banana Milk
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 Sudu Butter (Optional)
  • 1 sudu teh vanilla extract
  • 1 Cawan Pisang Yang di cincang (Optional)
  • Whipped topping (optional)
  • Buah Pisang, Strawbery, Bluebery & Kiwi


Cara- Cara mambuat Banana Chia Puding With Strawberry

  1. Kacau cornstarch bersama Chia Seed dan Poka Banana Milk dalam periuk sederhana secara perlahan dan kacau sehingga rata.
  2. Masak di atas api sederhana, Kemudiam masukkan garam dan kacau sentiasa, sehingga campuran pekat.
  3. Padamkan api dapur kemudian masukkan mentega dan vanila kemudian kacau. 
  4. Tuangkan hidangan pencuci mulut dalam bekas secara selang seli dengan buah strawberry kemudian sejukkan di dalam peti sejuk 
  5. kemudian hiaskan dengan topping whipped dan buah-buahan  jika dikehendaki.

Banana Chia Puding With Strawberry
Banana Chia Puding With Strawberry


Mudah sahaja kan resepi ni, Boleh lah cuba nanti. Pada yang berminat seperti Cik iena untuk sertai Contest Poka Rasa Raya. MAsih belum terlambat lagi. MAsih berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk anda hantarkan resepi anda menggunakan produk milk range pokka. Tuah Ayam Nampak dikaki. Tuah manusia tak siapa yang tahu :)


POKA RASA RAYA CONTEST


 Cara-cara penyertaan:
Pokka Milk Range Product
Antara Pokka Milk Range Product yang cik iena dah cuba


1) Beli produk pelbagai produk susu POKKA bernilai RM10 dalam satu resit.
2) Buat resipi menggunakan produk pelbagai susu POKKA. Ambil foto / video langkah-langkah resipi.
3) Hantar foto / video dan gambar resit  anda ke Facebook POKKA melalui FB Messenger.


Hadiah yang ditawarkan adalah:-

1) Hadiah Utama : Pakej katering rumah terbuka bernilai RM10,000
2) Hadiah Saguhati x 3: RM200 tunai + POKKA hamper + bekalan minuman POKKA 1 bulan
3)Hadiah Mingguan x 20: baucer membeli-belah bernilai RM100 + bekalan minuman POKKA selama 1 bulan.

Tarikh tutup 30 Jun 2018 




Wah tinggal beberapa hari je lagi contest ni nak tamat.. Jom jangan lepaskan peluang keemasan ni.. Sertai contest dari Pokka ni. Mana tau menang kan, dapat sponsor katering Rumah Terbuka. Jimat duit tau buat open house😁😁😁😁 . . iena tak la reti masak sangat tapi nak cuba nasib mana tau ade rezeki lalalallaaa. . . Contest steps: Buy RM10 worth of POKKA Milk range products in a single receipt. Create a recipe using any POKKA Milk range product. Take a photo/video of the recipe’s steps. Send the photo/video and a photo of your receipt to POKKA via FB Messenger. You stand to win these great prizes: GRAND PRIZE: An open house catering package worth RM10,000 CONSOLATION PRIZE x 3: RM200 cash + POKKA hamper + 1 month’s supply of POKKA drinks WEEKLY PRIZE x 20: RM100 worth of shopping vouchers + 1 month’s supply of POKKA drinks Take your chance and join the contest now!! T&C apply. #PokkaMy #PokkaRaya #PokkaMelonMilk #PokkaBananaMilk #PokkaFBContest #ienaeliena #blogger #bloggermy #malaysianblogger #bloggermalaysia
A post shared by Malaysian BloggerπŸ’„πŸ‘ πŸ‘—πŸ‘œπŸ΄πŸΉ (@ienaeliena) on


Untuk Maklumat lanjut

Facebook : https://www.facebook.com/pokka.my

Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang

Malaysia sememangnya terkenal dengan aneka juadah makanan yang mengandungi santan yang mana ianya dikatakan makanan berlemak yang kurang sihat dan tidak sesuai diamalkan selalu.
Tambahan lagi pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, pelbagai hidangan berlemak yang menanti , seperti lemang, ketupat, rendang, sambal sotong, masak lodeh, mi kari dan bermacam-macam lagi.


Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang




Semuanya kelihatan menyelerakan. Namun ianya merupakan makanan yang mengandungi tinggi  kalori, kolesterol dan lemak tepu. Bukan saja bakal menjadi penyebab pertambahan statistik kes obesiti di Malaysia, ia juga akan mengundang pelbagai jenis penyakit



Justeru itu disini Cik iena ingin berkongsi kepada anda salah satu menu sihat yang asalnya menggunakan santan namun di ubah suai menggunakan bahan yang sihat untuk seisi keluarga.

Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang


Fonterra Brands Malaysia
Produk Fonterra Brands Malaysia

Dalam resepi ini , Santan , Cik iena gantikan dengan susu rendah lemak Fernleaf full cream UHT milk untuk kulit kuih gulung atau ketayap dan Anchor Culinary cream sebagai pengganti santan dalam masakan Dry Chicken Curry Rendang. Manakala Anlene Plain Yogurt sebagai pengganti asam keping .


Fonterra Brands Malaysia
Produk Fonterra Brands Malaysia

Kuih ini merupakan inspirasi kuih tradisi Malaysia dan kombinasi elemen masakan tradisi melayu dan india yang ditambah dengan elemen New Zealand . NZ merupakan negara yang kaya dengan hasil tenusu, Seperti kita sedia maklum produk tenusu sangat baik untuk pertumbuhan badan kerana ianya kaya dengan protein dan kalsium yang baik untuk tulang.




Jadi di sini cik iena menggunakan element NZ iaitu produk tenusu dalam hidangan makanan cik iena dimana Anchor Pure New Zealand Butter, Culinary cream,cheedar shredded cheese dan Anlene yogurt digunakan dalam Dry Chicken Curry Rendang . Manakala fernleaf fullcream milk dan Anchor Pure New Zealand Butter dalam kulit kuih gulung. Manakala tambahan salad dan tomato untuk menyeimbangkan gizi makanan.



Ramuan:


  • 3 Cawan tepung gandum
  • 1 Biji telur ayam
  • 4 cawan Fernleaf full cream UHT milk
  • 2 1/2 sudu minyak masak
Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang

Cara Penyediaan

Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Fernleaf full cream UHT milk sebagai pengganti santan
1. Blend semua bahan sehingga sebati, sekiranya pekat tambah air dan sekiranya cair tambah tepung
2. Masak seperti memasak lempeng dengan menggunakan sedikit Anchor Pure New Zealand Butter
3. Letakkan Dry Chicken Curry Rendang diatas kepingan kulit kuih gulung dan taburkan Anchor Cheedar shredded Cheese , kemudian gulung

Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
taburkan Anchor Cheedar shredded Cheese

Ramuan untuk Kari:



Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Bahan kisar

  • 500 gm isi ayam di potong kecil
  • 1 1/2 cawan Anchor Culinary cream
  • Bahan Kisar
  • 1 1/2 biji Bawang besar
  • 6 hingga 7 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 1 inci Lengkuas
  • 3 Batang serai
  • Beberapa helai Daun kari
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 sudu besar Kerisik
  • Sudu besar Anlene Plain Yogurt
  • Anchor Cheedar shredded Cheese
  • Garam secukup rasa
  • Ajinamoto secukup rasa
  • 2 Sudu Besar Rempah kari


Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Dry Chicken Curry Rendang

Cara penyediaan:

1. Tumis bahan yang dikisar menggunakan Anchor Pure New Zealand Butter Sehingga naik bau
2. Masukkan serai yang di ketuk, daun kunyit dan daun beberapa helai daun kari
3. Masukan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air
4. Masukkan isi ayam dan Anchor Culinary cream menggantikan santan
5. Masukkan Anlene Plain Yogurt menggantikan asam keping
6. Masukkan kerisik
7. Masukkan Garam dan Ajinamoto secukup rasa



Tambahan : salad dan tomato



Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Anchor Culinary cream menggantikan santan

Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Anlene Plain Yogurt menggantikan asam keping



Menarikkan menu ni, selalunya kuih gulung atau ketayap berintikan kelapa manis tu. Berbeza kali ini Cik iena gunakan Dry Chicken Curry Rendang sebagai inti kuih ini. Kenapa ianya Dry atau kering sebab untuk jadikan inti ianya harus kering. Kalau berkuah seperti kari mahupun rendah biasa, akan menjadikan kulit gulung atau ketayap lembik.



Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang



Untuk pengetahuan semua resepi ini Cik iena telah hantar pada Fonterra Brands Malaysia. Istimewa buat  pembaca  blog www.ienaeliena.com . Terdapat  online contest di Facebook Fonterra Brands Malaysia khas buat anda. Anda cuma perlu like, komen nama resepi yang menarik dan kreatif yang sesuai untuk menu yang cik iena telah buat ini dan akhir sekali Share untuk meningkatkan peluang anda memenangi contest ini.

Jadi jangan lepaskan peluang dan Cepat-cepat terjah page mereka dan rebut peluang untuk memenangi Fujifilm Instax mini 8, Tefal Cookware dan Fonterra Brands Malaysia Products!!

Jemput like pic cik iena ye : http://bit.ly/fonterrabrand
Kuih ini merupakan inspirasi kuih tradisi Malaysia dan kombinasi elemen masakan tradisi melayu dan india yang ditambah...
Posted by Fonterra Brands Malaysia on Monday, May 28, 2018

Cara-cara mudah saja :


1) Like Fonterra Brands Malaysia page
2) Like resepi favourite di dalam album di Fonterra Brands Malaysia page
3) Komen nama yang paling kreatif sekali di resepi pilihan korang dan tag 3 rakan
4) Share untuk tingkatkan peluang anda untuk menang!









Resepi Ikan Masak Kicap Berempah Mak Siti


Masak kicap merupakan salah satu masakan utama kaum melayu di malaysia. Kebiasaan resepi masak kicap tidak menggunakan rempah. Berbeza pada kali ini cik iena ingin kongsi resepi istimewa ikan masak kicap yang menggunakan rempah untuk menaikkan aroma serta menaikkan lagi kelazatan masakan tersebut .

Resepi Ikan Masak Kicap Berempah Mak Siti
Ikan Masak Kicap Berampah Mak Siti

Ini merupakan kali pertama cik iena menggunakan rempah untuk resepi masak kicap. Pada awalnya rasa agak pelik namun setelah mencuba resepi ini ternyata ianya lebih lazat dari resepi masak kicap yang biasa . 

Rempah yang menjadi pilihan cik iena adalah REMPAH MAK SITI.Serba sedikit mengenai REMPAH MAK SITI

Resepi Ikan Masak Kicap Berempah Mak Siti
Resepi Ikan Masak Kicap Berampah Mak Siti

 

REMPAH MAK SITI

Ianya merupakan salah satu sebagai pegeluar herba dan rempah perladangan  terbesar   di Asia, menghasilkan 6 hingga 10 tan metrik herba mentah dan rempah setiap hari . Syarikat ini telah melabur sejumlah besar modal dari segi penyelidikan dan pembangunan bertahun lamanya. Pelaburan yang berterusan dalam menghasilkan produk herba yang lebih baik dan baru menunjukkan komitmennya untuk kesihatan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda.


Bahan Bahan 
  1. Ikan
  2. bawang merah
  3. Bawang Putih
  4. Kicap Pekat
  5. Kicap Cair
  6. Tomato
  7. Rempah IKAN MASAK KICAP dari MAK SITI



Resepi Ikan Masak Kicap Berempah Mak Siti
bawang merah, bawang putih, halia, rempah ikan masak kicap mak siti, kicap cair dan kicap pekat



Resepi Ikan Masak Kicap Berempah Mak Siti
Ikan goreng

Resepi Ikan Masak Kicap Berempah Mak Siti
Cili mErah dan Cili Hijau


Resepi Ikan Masak Kicap Berempah Mak Siti
Tomato


Resepi Ikan Masak Kicap Berempah Mak Siti
Rempah Ikan Masak Kicap Mak Siti
Resepi Ikan Masak Kicap Berempah Mak Siti
Add caption
Cara cara 
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih  serta halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah IKAN MASAK KICAP dari MAK SITI yang telah di bancuh dengan air
  3. Tumis bahan diatas sehingga naik bau
  4. Kemudian masukkan kicap pekat dan kicap cair
  5. Tambah air jika ianya sangat pekat
  6. Masukkan Cili Merah dan Cili Hijau
  7. Masukkan Ikan yang sudah di goreng
  8. Masukkan Tomato
  9. Gaul Rata dan masukkan garam beserta ajinamoto secukup rasa (anda boleh tambahkan gula pada yang suka rasa sedikit sedikit manis)



Mudah shaja kan. Okay boleh rujuk video yang cik iena telah rakam



Resepi Ikan Masak Kicap Berempah Mak Siti
taraa dah siap, sebelum makan wefie dengan adik bongsu dulu


Selain dari Rempah Masak kicap ikan ni terdapat pelbagai lagi rempah yang di jual . Mak Siti mereupakan jenama rempah yang sudah lama bertapak di Malaysia .  Rempah rempah yang di jual sangat berkualiti dan mereka mementingkan kualiti bagi produk keluaran mereka sehingga sekarang mereka masih mampu lagi bertahan sebagai salah satu sebuah syarikat pengeluar rempah di Malaysia.



Rempah Mak Siti
Rempah Mak Siti

Rempah Mak Siti
Rempah Mak Siti

Pada anda yang ingin memberli secara online jga boleh dapatkan pada puan DHIA 01116026692 .  Selain itu boleh dapatkan di pasaraya pasaraya seperti  tesco, jusco, aeon jusco, aeon big, sogo, hero,cs brother, supermarket2 lain . Ianya juga terdapat di kedai-kedai  runcit biasa.



 Okay INysa Allah jika ada kelapangan cik iena akan share lagi beberapa resepi dari rempah mak siti ni ya :)

Antara rempah yang menjadi kegemaran



Rempah Ratus Mak Siti

Rempah Ratus Mak Siti

Rempah Ratus Mak Siti




Rempah Ratus Mak Siti


Jangan lupa tau gunakan produk rempah ratus mak siti
(^_~)



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Krisantimum Laici Kang Idea Minuman Sihat Ramadhan


Sebut sahaja bulan ramadhan pasti akan timbul pertanyaan apa menu berbuka puasa hari ini. Hari ini cik iena nak kongsi resepi mudah juadah minuman untuk berbuka puasa yang menyihatkan dan menyejukkan badan. Bila sebut sahaja Laici Kang pasti anda mengetahui bahawa ianya adalah baik untuk menyejukkan badan dan ianya merupakan antara menu yang terkenal pada bulan puasa.


Krisantimum Laici Kang  Idea Minuman Sihat Ramadhan
Krisantimum Laici Kang  Idea Minuman Sihat Ramadhan


Untuk itu cik iena ingin berkongsi resepi mudah untuk rujukan anda semua. Manalah tau kalau anda tiada idea untuk sediakan air apa untuk juadah berbuka nanti. Boleh lah cuba resepi mudah cik iena. Boleh dikatakan resepi campak-campak. Campak- campak bahan je dah siap :)

Tercetusnya idea untuk membuat air Krisantimum Laici Kang ini adalah kerana cik iena menggemari laici kang akan tetapi cik iena kurang gemar gula merah yang di gunakan kadang kala gula merah atau gula melaka yang di gunakan tidak sedap maka dengan itu cik iena mengubah suai resepi tersebut mengikut citarasa cik iena.

Okies mari cik iena tunjukkan cara-cara membuat Krisantimum Laici Kang


Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang 


  1. Teh Krisantimum Yeo’s
  2. Laici
  3. Bunga Kembang Semangkuk
  4. Cincau Manis
  5. Fruit Cocktail
  6. Biji Selasih
Fruit Cocktail
Fruit Cocktail

Biji Selasih
Biji Selasih yang telah di rendam

Cincau Manis
Cincau Manis

Laici
Laici

Bunga Kembang Semangkuk
Bunga Kembang Semangkuk. Gambar atas yang sebelum di rendam. Bawah selepas di rendam semalaman



Cara Cara membuat Krisantimum Laici Kang 


Mudah sahaja cara-caranya campurkan kesemua bahan ke dalam jug air iaitu Laici, Bunga Kembang Semangkuk, Cincau Manis, Fruit Cocktail dan Biji Selasih .
Kemudian masukkan air teh krisantimum Yeo’s kurang manis

Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang
Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang

Untuk rasa yang lebih enak masukkan air jus laici sekali ke dalam bancuhan tadi dan adalah di galakkan untuk membancuh air ini awal jika ingin rasa-rasa kesemua bahan meresap ke dalam air tersebut.


Teh Krisantimum Yeos
Teh Krisantimum Yeo’s
Cik iena cadangkan bancuh air awal seawal jam 4 petang atau 5 petang kemudian simpan di dalam peti sejuk.

Untuk bunga kembang semangkuk. Anda perlu merendam ianya semalaman dengan menggunakan air panas supaya ianya kembang dengan cantik.
Resepi ini amat mudah untuk di buat tidak kira pada yang berkeluarga mahupun bujang.


Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang
Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang

Selain dari ianya mudah di sediakan ianya juga berkhasiat dan dapat menyejukkan badan kita.



Okay di sini cik iena sertakan video cik iena membuat resepi ini .





Mudah je kan. Selain dari bahan-bahan diatas anda juga boleh tambahkan Nata de coco dan juga jelly kelapa laut tau . Asalnya cik iena nak letak tapi cik iena terlupa nak beli :)



Krisantimum Laici Kang  Idea Minuman Sihat Ramadhan
Krisantimum Laici Kang  Idea Minuman Sihat Ramadhan
Nyummy sedap tau . Cik iena suka air Teh Krisantimum dari Yeo's ni sebab sedap, tak manis sangat dan yang paling penting tentulah Halal . Selain Teh Krisantimum cik iena juga suka air Yeo's yang lain terutama Yourgurt Yeo's . Okay lepas ni nak try buat Yourgurt Yeo's pula lah (^_~)


Seperti kita sedia maklum, Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan amalan-amalan mulia seperti berkelakuan baik dan juga bersedekah iaitu beramal dari segi memberi kepada yang memerlukan.


eo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.
Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.

Untuk pengetahuan semua di bulan yang mulia ini Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”) berhasrat ingin meneruskan kegiatan yang membangkitkan amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.

Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s.

Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih yang terletak di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Kepada Sesiapa yang menyumbang , anda berpeluang memenangi duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000!


Okay jom bagi sokongan pada Pasukan Bintang 3


Feeya Iskandar (Yeo’s Krisantimum) - Rumah Kasih Harmoni, Kuala Lumpur


Untuk Maklumat lanjut sila layari www.yeos.com.my atau hubungi talian 1300-80-2828






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve