Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Monday, March 5, 2012

05/03/12-Bas Dari Genting Highlands terbalik(Dua pelancong India maut, 20 cedera)

KUALA LUMPUR: Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands hari ini.
Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi.
"Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong kepada Bernama.

Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti.

Jurucakap itu berkata kesemua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Katanya pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi.

Seramai 50 anggota melibatkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa, katanya. -- BERNAMA

Sumber : www.hmetro.com.my 

"seram je tgk berita tgh ari td kt tv3..kesian btl kt dorang..
cik iena selalu g genting highland..tp xpernah g naek bas..slalu drive sndri je..kalau drive mase nk turun ler paling takut..hihi berbau hangit je tayar kete2 yg lalu.."


9 comments:

  1. YA ALLAH .. teruk jugak .. semalam sy otw dr Pahang ke KL , jalan mmg licin .. br lepas hujan ..

    ReplyDelete
  2. kalau hari hujan..jalan licin lg bahaya kn..
    lagi2 bas ...

    ReplyDelete
  3. haish ni yg buat takut nak ke genting... baru jer usha deal hotel tadi.. ermm nampaknya kensel jer lar huhu

    ReplyDelete
  4. hihi lida..klu nk g boley tp tgk cuaca..
    klu musim hujan jgn pergi la..
    jalan basah licin..
    lu time lepas hujan mmg kabus tebal ..
    cik iena selalu gak naik genting...
    huhu umah mak cik iena dkt je dgn genting(^_~)
    so kt genting tu kire tmpt lepak2 klu cuace panas:)

    ReplyDelete
  5. Dah banyak kali berlaku kemalangan kat jalan genting.. jln berisiko tinggi so, tahap berhati- hati pun kena tinggi gak...

    ReplyDelete
  6. Ish mcmana la Chenta nak naik bas g genting ni ... Takuttt ~~

    ReplyDelete
  7. cik lynn pnah skli p naik bas...ciannya kt diorg...

    ReplyDelete

Facebook Comment