Grab The Promo

Butik MaMa saman Fareeda

"Demi nama baik dan reputasi Butik MaMa, kami telah menyaman Fareeda diatas tuduhan fitnah dan pelbagai tohmahan yang telah dilemparkan. Berani kerana benar! Ingin diingatkan semua koleksi produk Butik MaMa adalah 100% original dan bukan barang tiruan"
Demikian kata Puan Aina Selaku Pemilik Butik Mama Yang Semakin Dikenali Ramai
Sebenarnya dulu semalam lg cik iena nk publish story nie tp xde mase sb cik iena sgt bz..so harini nk jugak publish..hehehe..
pada 5 march 2012 pkl 4 ptg cik iena tgk berita terkini TV3..then keluarlah pasal story nie..agak terkejut la jugak..cik iena terus bukak wall kak aina..owner butik mama..
Mmg btul butik mama saman fareeda..sedih je tgk muka kak aina kat tv..cik iena pun dpt rase btape sedihnya bila org tuduh kita yg bukan2 ..
Apa2 pun kak ainna kami semua sentiasa menyokong dan mendoakan akak..
Semoga perniagaan akak bertambah maju dan maju..
Korang semua kalau nak tau knp butik mama saman fareeda blh baca kt bwh nie yer..
sumber dr myMetro
 
 


SHAH ALAM: Seorang usahawan wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap syarikat pesaingnya kerana didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook dengan tuduhan meniru tudung keluarannya.
Pengasas Butik Mama, Nor Ainna Ibrahim, 32, dan suaminya, Azman M Salleh selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Adnan Seman@Abdullah di Mahkamah Tinggi di sini, jam 11 pagi semalam.

Berdasarkan writ saman, mereka menamakan pemilik perniagaan tudung Fareeda di Bandar Baru Bangi, dekat sini, Faridah Zakaria sebagai defendan.
Antara lain, plaintif mendakwa defendan menerusi fanpage facebook “Fareeda.. Nyata Jelita” yang memiliki 100,000 peminat, secara berniat jahat memaparkan status atau kenyataan berunsur tidak benar dan fitnah.

Terkilan dengan tindakan itu, plaintif menghantar e-mel kepada defendan memohon supaya semua status dan kenyataan itu dipadamkan, tetapi tidak mendapat maklum balas.

Plaintif juga mendakwa menerima laporan dan aduan daripada peniaga Butik Mama yang memberitahu mereka diugut defendan menerusi e-mel dan SMS daripada berniaga produk syarikatnya.
Pihaknya sekali lagi menghantar e-mel kepada defendan untuk membantah tindakan itu dengan menyatakan produk tudung miliknya tidak meniru produk Fareeda.

Selain itu, plaintif memohon defendan menghentikan semua dakwaan yang dikemukakan tanpa bukti dan ugutan terhadap peniaga, tetapi masih tidak mendapat maklum balas.
Plaintif seterusnya mendakwa perkataan fitnah di facebook itu bermaksud pihaknya tidak jujur meniru reka bentuk produk defendan dan melanggar haknya yang didaftarkan dengan Pendaftar Harta Intelek.

Dakwanya, ia juga bererti pihaknya mengamalkan cara tidak jujur dan menipu dalam menjalankan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan mudah.

Menurutnya, ia juga bermaksud defendan mendorong dan menghasut orang ramai untuk memulau, menarik diri atau menjauhi perniagaannya.

Selain itu katanya, ia bererti plaintif adalah individu korup, tidak jujur, tidak bermoral dan tidak tahu malu.

Oleh itu, pihaknya memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi pengajaran dengan faedah empat peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.
haaaa gitu la citer nyer bawak benyak2 bersabar ye kak aina.. ade hikmah disebalik dugaan ini.. allah sentiasa melindungi hambanya yg benar..

haa  jom kiter layan koleksi2 baju dr butik mama yg diperagakan oleh cik iena..
ops..cik iena nie sebenarnye one of butik mama model..
chaiyok chaiyok butik mama !!!































opss..sile jgn muntah tgk pic cik iena..
hehehe ade bnyk lg..tp stop stakat nie la yer..
if berminat boleh dapatkan di http://www.butikmama2u.com
atau boleh dtg ke butik yg terletak di bandar baru bangi


2 comments:

  1. Xpatut org tu sebar fitnah, bersainglah cara sihat kan. ini tidak, sebarkan cerita yg tak betu. fitnah tu berdosa.

    apa2pun, moga pmilik butik mama, tabah mghadapi segala dugaan.

    psst..! kak sy dah follow sini.. :)
    terima kaseh sudi follow sy.. :)

    ReplyDelete
  2. tau xper..
    patut nyer kite bersaing cara sihat(^_~)

    thx cik nur sudi follow cik iena:)

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve