Grab The Promo

Aaron Aziz Rangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011


Jutaan tahniah diucapkan kepada Aaron Aziz yang telah merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 sebentar tadi. Daripada 4 kategori yang dipertandingkan, Aaron Aziz berjaya mengungguli 3 kategori.


aaron aziz bintang paling popular abpbh2011

Aaron, 36, warga Singapura yang mula menjadi pelakon sepenuh masa di negara ini sejak lapan tahun lalu, meraih 87,669 undi. Beliau memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla.
Berikutan kemenangan itu, beliau meraih hadiah utama, kenderaan Nissan Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan Rafflesia-Mandalay berserta trofi.


Aaron yang kali pertama berlakon dalam drama tempatan berjudul Summaiyah arahan Erma Fatima pada 2004, juga buat kali pertama memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2011 apabila menyingkirkan saingan terdekatnya, Shaheizy Sam, selain tiga finalis lain – Adi Putra, Bront Palarae dan Syamsul Yusof.


Bagaimanapun, beliau tewas dalam saingan Pelakon TV Lelaki Popular apabila kategori itu dimenangi Fizz Fairuz.


TAHNIAH AARON !!!!!

Wahhh bestnye..
istimewa buat peminat  Aaron dan Yogurt di sekitar bandar baru bangi
dikhabarkan Aaron akan diundang sebagai tetamu jemputan untuk melancarkan 
pembukaan YOURGURT Premium Froyo yg bakal dilansungkan dalam masa terdekat..
tarikh nyer cik iena tak confirm lg sb owner YOURGURT Premium Froyo tak umum kn tarikh lg..
tp rase nye awal bulan Mei (^_~)
Ops sempat je nk menyelit citer nie
cik iena tau dr owner YOURGURT Premium Froyo

www.yourgurt.com.my 
 


 Keputusan penuh ABPBH2011 di bawah untuk tatapan anda.
1. Artis berkumpulan/duo popular – Jacqlyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

2. Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla

3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

4. Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias

5. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Sheila Majid

6. Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan Raja Lawak

7. Artis Baru Lelaki Popular – Johan As’ari

8. Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz. Di manakah pengundi Aaron Aziz?

9. Penyampai Radio Wanita Popular – Farah Fauzana

10. Pengacara TV Wanita Popular – Farah Fauzana

11. Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak

12. Anugerah Seri Perak – Dato’ Siti Nurhaliza

13. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz

14. Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz

15. Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha

16. Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin

17. Penyanyi Wanita Popular – Yuna

13. Bintang Paling Popular ABPBH2011 – Aaron Aziz



SUMBER : 
www.rotikaya.com 




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


5 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve