Grab The Promo

PENJAGAAN TELINGA



Pasti kita ingin kelihatan bersih di setiap bahagian tubuh kita termasuklah telinga. Penjagaan telinga sebaiknya jangan terlalu kerap di korek atau membersihkan telinga, kerana boleh mendatangkan bahaya.

Telinga manusia terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu bahagian luar, bahagian tengah dan bahagian dalam yang bekerja bersama-sama untuk memproses suara supaya dapat mendengar percakapan orang dengan baik.

Kita tidak perlu terlalu kerap membersihkan telinga, kerana boleh menimbulkan iritasi telinga di bahagian dalam yang menyebabkan gangguan pendengaran seseorang. Ia bergantung dengan kotoran, jika kotorannya padat sebaiknya dibersihkan dibahagian luar sahaja, tetapi di bahagian dalamnya jangan terlalu kerap kerana kotorannya boleh masuk lebih dalam ke dalam bahagian telinga. Ini kerana kotoran tersebut akan keluar dengan sendiri.

Masalah yang biasa terjadi pada telinga adalah terjadinya iritasi, berpunca daripada cara yang salah ketika membersihkan telinga. Jangan gunakan alat-alat yang tajam kerana boleh melukai telinga.

Berersihkan telinga anda dengan menggunakan cotton bud atau cairan H2O2, dan jangan lupa untuk selalu membersihkan telinga atau memeriksakan telinga setiap 3-4 bulan sekali ke doktor.

Selain daripada membersihkan telingan dengan mengereknya, cara lain untuk menjaga telinga adalah dengan menjaga telinga dari suara-suara yang terlalu kuat seperti mendengarkan muzik yang terlalu rancak ataupun bunyi mesin yang sangat mengganggu dan jika mendengarkan muzik melalui earphone jangan menggunakan volume yang tinggi.

Diingati lagi rajin-rajinlah memeriksatelinga ke doktor dan jangan menggunakan benda yang tajam untuk membersihkan telinga. Serta jika memiliki kotoran yang padat jangan terlalu kerap membersihkannya dan cukup bersihkan telinga di bahagian luar saja.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve