Grab The Promo
Grab The Promo

REGANGAN KULIT


Kesan regangan kulit adalah fenomena normal yang dihadapi oleh ibu-ibu mengandung. Ia terjadi kerana abdomen mengembang untuk menampung pembesaran bayi, menjadikan kulit tegang dan munculnya kesan regangan. Meskipun kulit bersifat elastik, namun ia boleh 'terpecah' apabila berat badan naik mendadak semasa mengandung. Kesan regangan kulit ini ('stretch marks') tidak menyakitkan, namun ia memberi kesan psikologi kerana kulit tidak lagi selicin dahulu. Adakalanya ia menyebabkan gatal-gatal, elakkan dari menggarunya kerana akan memburukkan lagi keadaan.


Untuk memperbaiki kesan regangan ;



Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ia boleh melembabkan kulit, mencegah kekeringan dan menjadikan kulit lebih elastik untuk mengawal kesan regangan
Guna produk berupa losyen dan krim pelembab kerana ia juga boleh membantu melicinkan kulit. Amalkan makanan berkhasiat terutamanya yang mengandungi vitamin baik untuk kulit.





Contoh-contoh makanan seperti di bawah:-vitamin A (buah-buahan dan sayur-sayuran) - ia penting untuk memperbaiki tisu kulit
vitamin B (telur, pisang dan nasi) - membina sel-sel kulit
Niacin (ikan, daging, kekacang) - membantu kulit mengekalkan kelembapan
vitamin C (oren) - menggalakkan pengeluaran kolagen
vitamin E (avokado, mangga, minyak sayuran) - menguatkan kulit supaya lebih elastik







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


2 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve