Grab The Promo

RAMBUT DAN BENTUK TUBUH

Selain usia dan bentuk wajah, bentuk tubuh juga perlu diperhatikan apabila ingin bertemu pendandan rambut. Tidak semua orang sesuai berambut panjang dan tidak semua orang juga sesuai berimej ranggi melalui potongan rambut pendek.




Berikut adalah panduan untuk menyesuaikan potongan badan dengan potongan rambut mengikut bentuk badan :


Tubuh kurusPotongan rambut seharusnya dapat memperlihatkan wajah kelihatan berisi. Untuk tampil feminin, rambut paras bahu, berombak dan dipotong layer sesuai untuk mereka bertubuh kurus. Bagaimanapun, elakkan menggayakan rambut panjang lurus kerana ia akan membuatkan anda lebih kurus. Rambut pendek pula membuatkan anda kelihatan lebih maskulin.


Tubuh gemukRambut yang tidak terlalu panjang (melepasi bahu) dengan layer pada sisi kiri dan kanan rambut boleh membuatkan anda kelihatan kecil. Elakkan potongan rambut yang terlalu pendek, terlalu panjang, kerinting dan bergelombang kerana ia membuatkan tubuh kelihatan bertambah besar.


Tubuh kecil atau mungil
Rambut lurus yang halus sesuai dengan anda. Panjang rambut tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Rambut pendek dengan layer dan gelombang pada bahagian atas kepala juga sesuai.


Tubuh tinggi
Mungkin mereka bertubuh tinggi tidak menghadapi sebarang masalah untuk menggayakan apa juga gaya rambut. Gaya rambut berombak dan beralun semula jadi boleh merubah penampilan anda kelihatan feminin.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


5 comments:

  1. kalau ema kejap nak panjang..bila dah bosan dgn rambut panjang..kasi potonglah pula..tapi suka layerlah...hehehhe

    just nak tanya cik ina ni, camana nak jadi model pakaian seperti cik ina yer...hehehe...

    ReplyDelete
  2. ara nye fesyen rmbt buat ikot suka jew :D

    ReplyDelete
  3. salam, saya tag anda disini

    http://mydreamzworlds.blogspot.com/2012/05/thank-you-cikgu-giveaway-by-mala.html

    ReplyDelete
  4. bagus tips ni.xterfikir plak nak potong rambut gaya mana :)

    ReplyDelete
  5. MamaEma : first nak jadi model kene ade modelling portfolio..
    kalau kite ade bnyk dan pelbagai karekter modelling portfolio lebih bagus..kalau ade duit lebey boleh bayar photographer buat kan..kalau budgetable..join event2 yg photographer & make up artist buat..

    bile dh bnyk portfolio try cari sendiri job kat mana2 butik atau masuk contest pencarian model yg butik2 anjurkan..

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve