Grab The Promo

ESCAPE Shots – Merdeka Video Contest




Tanggal 31 Ogos merupakan detik keramat bagi negara Malaysia, sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 57 ,Celcom Escape telah menganjurkan satu pertandingan video merdeka yang mana ianya boleh disertai oleh semua rakyat Malaysia atau yang bergelar penduduk tetap Malaysia.
Bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini , Celcom Escape mengalu alukan anda semua untuk menyertai pertandingan video merdeka ini.
Pertandingan ini dinamakan Escape Shots iaitu pertandingan video pendek yang bertemakan
 "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" .

Apa yang perlu anda tunjukkan dalam video ini adalah tentang  semangat patriotik kita sebagai rakyat Malaysia. Mungkin anda boleh menujukkan tentang keunikan Malaysia, mengapakah anda rasa bertuah  dan bangga menjadi rakyat Malaysia.
Maksimum masa untuk video ini adalah selama 3 minit, jika kurang daripada 3 minit pun sudah memadai asalkan video anda dapat menunjukkan rasa kecintaan anda kepada Negara tercinta kita iaitu Malaysia.

Macam menarik kan ?
Kebiasaan nya kita hanya melihat iklan iklan di television , di Youtube dan kita hanya memberi komentar-komentar tak kiralah positif atau negative. Apakata kali ni kita sahut cabaran Celcom Escape untuk buat video pendek mengenai semangat patriotic,semangat kemerdekaan  dan tunjukkan pada dunia anda mampu lakukannya. Haa jangan pandai komen je tak best la tak menarik la . Sekarang masa untuk anda tonjolkan bakat terpendam anda. Lagi lagi kepada “keybord warrior”.
Mudah je, record video menggunakan handphone pun boleh . Asalkan isi yang nak di tonjolkan tu dapat difahami umum dan member  kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia (^_~)
Tema yang dipilih untuk pertandingan video ini adalah
"Disini Lahirnya Sebuah Cinta"


Macam menarik je moment ni kan "Disini Lahirnya Sebuah Cinta"
rumah kayu/papan , rumah lama tu melambangkan warisan (^_~)
[gambar photoshoot cik iena pada Aidilfitri 2011- ops lelaki tu model je bukan pakwe]


"Disini Lahirnya Sebuah Cinta"
Ini merupakan rangkap pertama yg dipetik dari lirik lagu Warisan oleh  Allayarham Sudirman  Haji Arshad

LIRIK LAGU WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan



Jika dihayati, lagu ini cukup mendalam maknanya dan lagu ini juga amat menyentuh jiwa .
Setiap baris kata kata membawa banyak makna yang tersurat dan tersirat.

Teringat zaman photoshoot dulu
Nak throwback
Lirik ni

“Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini”
Mcm sesuai je dengan gambar photoshoot cik iena yang nie





                        OK ok berhenti berangan, hehe salah satu cara nak cari idea jugak nie (^_~)


 

Okay jom kita tengok dengan lebih dalam lagi apa yang diperlukan untuk menyertai pertandingan ini


Pertandingan Video Merdeka : ESCAPE Shots

Untuk menyertai pertandingan ini , anda hanya perlu buktikan rasa cinta anda yang mendalam buat Negara kita Malaysia dengan menghasilkan  video pendek selama 3 minit (maksimum) dengan bertemakan "Disini Lahirnya Sebuah Cinta".

 Dimana anda dikehendaki menggunakan lagu “Warisan”  sama ada yang dinyanyikan oleh   Allayarham Sudirman  Haji Arshad atau yang dinyanyikan semula oleh Narmi atau mungkin jika anda mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, mungkin anda boleh menyanyikan semula lagu tersebut .

Anda tidak perlu memasukan keseluruhan lagu “Warisan” di dalam video tersebut. Cukup sekadar beberapa bahagian didalam lagu tersebut  yang diselitak di dalam video tersebut.
Jadi apa lagi yang anda tunggu Sertainya sekarang dan anda boleh memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM157,000.

Tarikh akhir  untuk anda menghantar video adalah pada 9 September 2014.



Cara Menyertai Pertandingan Video Merdeka : ESCAPE Shots

  1.   Daftar di http://www.celcomescape.com/escapeshots sertakan nama, email dan no telefon anda.
  2.    Muat turun lagu “Warisan” di https://www.dropbox.com/s/25hrdiddrcbntnn/0294%20ESC%20Narmi-Warisan-CleanVersion-VerB.mp3 dimana anda  dikehendaki  menggunakan mana-mana bahagian dalam lagu ini untuk video anda.
  3.   Hantar video penyertaan anda 
     
    Terdapat dua cara untuk menghantar video
    1.       Penyerahan Online
    Anda dibenarkan mengupload video ke dalam laman Youtube . Kemudian , anda perlu mengisi borang dengan menyertakan apa yang diminta di dalam borang tersebut . Sila klik sini *Borang Penyerahan Online*

    2.       Pengeposan DVD
    1. Anda perlu mengisi *Borang Penyerahan Online* terlebih dahulu.
    2. Cetak (print) borang tersebut dan disertakan bersama-sama DVD dalam bentuk AVI, MP4 atau format H.264 .
    3. Hantar DVD dan borang yang telah dicetak itu ke alamat ini :
    Aras 21, Menara Celcom,
    82, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
    50300 Kuala Lumpur.
     


Peringatan!
Subtitle dalam bahasa Inggeris (English) perlu disertakan dalam video jika video anda dalam versi bahasa-bahasa lain dan pastikan video anda tidak melebihi 3 minit .
Pastikan anda mengkhatamkan dahulu Terma Dan Syarat menyertai contest ini . Nak tahu kenapa ? Anda akan kerugian besar yang tidak disangka-sangka sekiranya anda kalah dalam pertandingan ini hanya kerana disebabkan oleh satu kesalahan kecil . Tak percaya ? Sila baca sekarang .


Mudah bukan.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang :-

·         Tempat pertama – RM 57,000
·         Tempat Kedua – RM 30,000
·         7 Hadiah Saguhati – RM 10,000


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.celcomescape.com/escapeshots




“Warisan” cover by Narmi

Untuk pengetahuan anda,
Selain menggunakan lagu “Warisan” dari Allayarham Sudirman Haji Arshad, anda boleh menggunakan lagu “Warisan” cover by Narmi.



Beliau menyanyikan semula lagu ini sebagai tanda peringatan kepada Allayarham Sudirman Haji  Arshad dimana  beliau mendapat ilham daripada barisan  pertama lagu tersebut iaitu  “Disini Lahirnya Sebuah Cinta”
Beliau berharap ianya juga mampu memberikan inspirasi
Kepada peminat-peminatnya dan juga rakyat Malaysia untuk menyertai Pertandingan  Video Merdeka : ESCAPE Shots dan memenangi wang tunai  sebanyak RM 157,000
Untuk maklumat  lanjut anda boleh layari www.celcomESCAPE.com




Pssttttttttttt
Tuan empunya blog pun akan join this video contest.
Insya Allah  the video will be upload before or on 9 September 2014.







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve