Kursus Pra Perkahwinan @ Pusat Kursus Perkahwinan Wanis, Medan Tuanku (Day 1)

"Kamu beruntung lepas habis kursus boleh terus dapat sijil, tahun depan kene ambil exam baru dapat sijil"  Kata Ustaz.

Alhamdulillah terima kasih kak nortie sebab ajak cik iena temankan akak pergi ambil kursus kawen hari ni. Kursus harini keseluruhan ok cuma ada bahagian yang penceramahnye agak membosan kan dan membuatkan cik iena boleh update gambar dekat instagram haha.

Cik iena tak ingat nama-nama ustaz, Fail n nota-nota cik iena tinggalkan dalam kelas tadi. Sebab esok sambung lagi kan .


Penceramah pertama, okay tak boring ada lawak-lawak so tak mengantuk. Cik iena duduk baris yang pertama so memang selalu kene tanya and sebut nama. Dan Dan Dan cik iena pun rajin bertanya.
Bila tanya kak nortie dia tak faham, dan bila kak nortie tanya iena, iena tak faham. Kami berdua akan mengemukakan soalan kepada ustaz. haha Sebab tu la ustaz suka tanya kami berdua yang comel duduk di depan ni. Banyak mulut betul dua orang ni.

Makanya sebelum ustaz bertanya, kita tanya dulu supaya dia takde soalan nak tanya (^_~)


Penceramah yang kedua jugak tersangat best. Setakat hari ini dia yang paling best. Tak sedar dah habis masa untuk dia berceramah. Tiba-tiba je dia bagi tau setakat ini sahaja bla bla bla
Eh dah habis ke. Sampai tahap macam tu, best ke tak best tu hehe
Ustaz ni jugak suka sangat sebut nama cik iena. Aih duduk depan ni memang kene seru je. Kene jadi contoh perbualan. Yang lawak dia suruh cik iena baca slide show kat depan tu. Hahaha
okay nasib baik ustaz ni tak bosan. Cik iena pun baca la sambil gelak2.
Dengan ustaz ni jugak ade satu slide show untuk perkahwinan yang memerlukan kebenaran mahkamah. Bawah sekali ada tulis janda berhias. Cik iena baca part bawah sekali, janda berhias terus gelak besar.Macam pontianak la gelaknye. Teruk lah gelak tu haha. Ustaz pon gelak sama. Bila sampai nak terangkan part janda berhias, ustaz sebut nama cik iena lagi hahaaha.. sebab cik iena gelak kuat giler tadi..
Nasib baek lah tak pergi dengan bakal suami kan kan. Teruk bebenor gelaknya. Udah lah banyak tanye.

slide yg buat cik iena terketawa teruk haha ternoty pulak


Selepas ustaz kedua tadi kami berehat. Makanan di taja okay.  Selepas makan tengah hari dan selesai semua bersolat. Sambung lagu dua penceramah.

Penceramah yang ketiga , agak sedikit mengantuk tapi ustaz ni ada lawaknya juga. Cuma maybe baru lepas makan, ngantuk menguasai diri. Tapi dalam mengantuk cik iena masih boleh fokus .
Ustaz ni pun sama suka benar tanya cik iena and kak nortie. Mungkin kami yang paling menyerlah kot. Potpot potpet je. And mungkin sebab kami banyak tanya kot.
Ade je situasi yang nak ditanya kepada ustaz.  Yela nak kawen kene faham betul2 . Terutama soal wali. Wali tersangatlah penting. Tersalah memilih wali boleh menyebabkan perkahwinan itu tidak sah dan kita dianggap berzina.

Soal hantaran and mas kawen yang di akad kan sekali tu pun cik iena tanya. Cik iena pernah menghadiri majlis pernikahan dimana hantaran dan mas kawen di sebutkan dalam satu akad .Hantaran pasanganpengantin tersebut RM5000 , manakala mas kawen mengikut negeri RM 300 . Disatukan didalam akad menjadi RM5300 . Ustaz kata tak pernah terjadi lagi . Tapi saya kata pernah. Saya pernah hadiri akad nikah yang sebegini. Sebab tu saya bertanya . Soalan nya
Adakah sah nikah pasangan itu . Jawab ustaz nikah nya adalah sah akan tetapi RM5300 yang telah disatukan disebut sebagai mas kawen itu adalah haram diguna oleh orang lain selain tuan empunya badan pengantin perempuan . Tak boleh guna untuk buat kenduri (^_~)

Okay terima kasih ustaz saya dah faham . Dan sebenarnya cik iena juga pernah bangkitkan isu ini selepas majlis berkenaan berlansung . Tapi siapalah cik iena untuk menegur. Sekurang-kurangnya cik iena dah bagi tau apa yang cik iena tau tentang mas kawen dan hantaran. Nak dengar atau tidak terpulang pada individu.

Cik iena bertanya ustaz sebab cik iena pernah membahaskan isu ini selepas majlis berkenaan. Namun telah disalah sangka oleh keluarga pengantin . Apa kefahaman cik iena sama seperti yang ustaz beri tahu. Cik iena cuma inginkan lebih kepastian. "Terfikir sejenak, adakah pengantin tersebut tidak memberi perhatian semasa kursus pra perkahwinan sedangkan perkara ini telah pun dibincangkan di dalam modul kursus pra perkahwinan."


Okay penceramah seterusnya yang ke empat. Pada awal taklimat agak membosankan yang melampau sehingga cik iena boleh pegang-pegang handset update gambar dekat instagram. Tapi setengah jam selepas tu dah mula okay, dah takde boring. Dah start buat lawak . Ustaz yang ni takde bertanya dekat peserta. Dia bercerita je. Tapi tapi dia suka jeling-jeling cik iena dengan kak nortie sebab sebelum ni cik iena sibuk pegang henset . Kak nortie pulak tidur. hahaha
Makanya walaupun tak berapa best, terpaksa beri tumpuan sebab ustaz asyik pandang kami berdua je.

tgk tu nama first, sebab duduk depan sekali haha

Okay selesai sesi taklimat, cik iena and kak nortie sempat berbual-bual dengan ustaz. Bila kedua-dua nya peramah ada je lah benda nak di borak-borak.


peserta kursus yg gegedik ambil gambar, haha org laen rilek je, haish cik blogger ni, memang tak boleh lari dr bergambar

Okay, cik iena nak tidur dulu. Esok masih ada kursus lagi. Last Day yeayyyy
Semoga cik iena tak mengantuk esok. ni dah tidur lewat ni hehehe



kak nortie syok borak ngan ustaz, candit gambo dia hehe

masa tgu kak nortie dkat lrt

cik iena with kak nortie syg, tahniah akak !!


Nota blog : Cik iena belum nak kawen lagi, sekadar teman kakak kesayangan ambil kursus kawen. Insya Allah awal tahun depan kak nortie melansungkan perkahwinannya. Tahniah akak sayang. Kak Nortie ni cik iena kenal masa cik eina buat charity "FEED THE HOMELESS PROGRAMME"
rindu rasa nya nak bercharity balik. Lama cik iena tak bercharity . Last bulan puasa baru ni tapi dengan group charity yang lain. Alhamdulillah setakat ni cik iena join dua group charity (^_~)













Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog