Grab The Promo

Khasiat Daun Durian Belanda


Khasiat Daun Durian Belanda
Ramai yang tidak tahu bahawa daun dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Penduduk di banjaran Andes membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong, cirit birit dan demam.

Bagi suku orang asli di Guyana, mereka mengatasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, masalah jantung dan penyakit hati dengan membuat serbuk teh daripada daunnya. Mereka juga mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh dengan mendapatkan minyak daripada daun yang masih muda.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku ini digalakkan memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Dari segi perubatan moden, kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai antibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Cara-cara penyediaannya :-

  • Ambil 10 helai daun durian belanda, direbus bersama dengan tiga gelas air dan direbus dengan menggunakan api yang perlahan sehingga menjadi satu gelas air (rebusan 10 helai daun durian belanda boleh diulangi untuk 2 kali rebusan untuk hari berikutnya)
  • Tapis rebusan air tersebut dan minum 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam, kesannya perut akan terasa panat/hangat dan badan akan mula berpeluh.

Selain merawat kenser rebusan air daun durian belanda ini juga sesuai untuk mereka yang mengalami

  • masalah batu hempedu
  • anti sembelit
  • menurunkan urik asid (gout)
  • sebagai antibodi dalam tubuh
  • memudakan sel-sel badan
  • mencegah selsema
  • mengatasi masalah kencing tidak lawas



SUMBER : http://www.durianbelanda.com/

Daun Durian Belanda untuk dijual

En. Mustami Kamudin 
012-3994950 

E-mel: email_durianbelanda@yahoo.com Cheras, Selangor. 
KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT

 
 Nota Blog : cik iena tengah cari daun durian belanda, terjumpa post ni nak share. Cik iena carikan untuk member .





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve