Grab The Promo

Voucher Maker's Cafe


Kepada rakan yang bekerja berhampiran Jalan Yap Kwan Seng cik iena nak bagi Voucher ni pada yang berminat . Pastikan anda betul-betul berminat dan baca lah dulu terma dan syarat ye. Seperti biasa kesemua Voucher pasti ada syarat . Jangan jadi macam cik iena selalu tak baca syarat pada voucher. Nak dijadikan cerita cik iena dapat voucher yang banyak ni adalah disebabkan kesilapan cik iena tidak membaca terma dan syarat voucher tersebut.


Voucher Maker's Cafe
Cik iena ada dapat satu daripada rakan pejabat. Jadi semalam cik iena ajak sharul ain makan dekat Maker's Cafe . Dengan yakin nye nak bertanya pasal voucher macam tak faham sikit . 
Sekali Encik tu cakap voucher ni boleh diguna minggu depan. Ouh cik iena tak perasan tarikh nya ada pembetulan pakai PEN. 1-15 March 2015.

Haaaaaa malu nye cik iena okay, takpe maintain comel haha jangan gelak macam puntianak okay tempat eksklusif tu . Lepas tu Encik tu bagi lagi 30 Voucher kat kami . Wah banyak nyaaa
Nak harap cik iena makan hari-hari kat situ tak janji lah sebab cik iena tak suka makan berat-berat.
Kuantiti cik iena makan pun sangat sikit . Tengah hari cik iena makan nasi ciput je . 1/3 . Kadang-kadang tak makan nasi. Makan sayur sahaja . Haa semalam baru hari pertama dalam minggu ini cik iena menjamah nasi. Hah jaga body betul tu hari sabtu Insya Allah kalau tiada halangan, ade photoshoot. Badan haruslah selim melim
(^_~)


Voucher Maker's Cafe

Voucher Maker's Cafe

 
Haaa dah bacakan terma dan syarat. Makanya kepada sahabat yang berminat . Message cik iena kat facebook yer. Nanti cik iena bagi. Senang citer korang datang time lunch. Kita Lunch sama, cik iena bagi voucher tapi selebihnya bayar sendirian berhad la yer hihi.

Untuk pengetahuan restoran ni hanya dibuka pada hari bekerja sahaja. Sabtu dan ahad tutup. Almaklumlah kawasan pejabat je kan. Buka sabtu ahad takde income la. rugi bayar bila letrik je nanti kan. Waktu urusniaga pulak 7 AM - 7 PM.

Eh lupa nak bagi tau, rasa nya Encik yang ambil order tu and yang bagi voucher banyak2 tu tuan empunya Restoran. Semoga murah rezeki dan semoga perniagaan Encik bertambah maju dan maju.


Nota Blog : cik iena ni memang suka tak baca terma dan syarat betul2. Semenjak aktif berblogging ni asyik makan free, makan separuh harga. Makan ade voucher. Alhamdulillah . Dan makanya disebabkan itu jugalah cik iena perlu jaga makan pada hari biasa. Makan sayur je ahahahaa.

Ehhh senarai harga makanan dan gambar cik iena makan di Maker's Cafe cik iena akan schedule kan pukul 1 tengah hari nanti okay. 


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve