Grab The Promo

Kadar Parking Paling Mahal


Pada  Majlis Makan Malam Perkahwinan Boss cik iena , Cik iena pulang awal daripada tentatif majlis sehingga pukul 11 malam. Cik iena perlu jemput adik di One Utama dan perlu ke Klang dan Shah Alam. Maka nya cik iena pulang dalam pukul 9 lebih. Sebelum majlis di mulakan , para tetamu yang hadir diminta untuk menukarkan tiket parking dengan tikit parking yang baru yang berharga RM 2. Tetamu tidak perlu membayar lebih untuk parking kerana sebahagian telah dibayar oleh pihak pengantin. tetamu hanya perlu mambayar RM2 sahaja. Di sebabkan cik iena keluar awal dari majlis yang dijangka berakhir pada pukul 11 malam. Maka nya tikit parking itu tidak sah apabila cik iena memasukkan pada mesin ketika hendak keluar dari parking. 

Apabila cik iena intercom mengatakan tiket tidak sah, pihak pengurusan hanya menyuruh cik iena patah balik dan bayar semula. Sepatutnya suruh jumpa sekian-sekian orang ke kan. Sebab kita dah bayar , tiket yang tidak sah. Masa tu cik iena pun ikut je lah pergi mesin Autopay nak bayar sekali lagi. Hahhh tu dia terkeluar Amaun RM 1537.00 

Kadar Parking Paling Mahal The club Bukit Utama



Ini merupakan Kadar Parking Paling Mahal yang pernah cik iena lihat . Baca betul-betul. Lihat. Cik iena tidak membayar jumlah tersebut kerana memang tidak masuk akal.

Kadar Parking Paling Mahal The club Bukit Utama


Apa yang cik iena buat cik iena cari pihak pengurusan untuk bertanyakan hal ini. Tak kan perkara kecil macam ni cik blogger nak panggil boss yang sedang melansungkan majlis perkahwinan kan haha. Cik iena pergi berjumpa mereka cik iena bagi tau megenai tiket tidak sah dan diminta bayar apabila tiket dimasukkan dalam mesin autopay jumlah yang dikeluarkan melebihi 1K. Mereka hanya berkata cik nak keluar ikut pintu mana. Cik iena tunjuk arah pintu mana cik iena nak keluar. Kemudian mereka suruh terus ke pintu keluar pihak mereka akan buka kan jalan.
hihi Harap Maaf semua. begitulah ceritanya . Mereka tak beritahu sebab apa tiket tak valid. Mengikut kesimpulan cik iena mungkin kerana majlis dijangka habis pukul 11 malam tetapi cik iena keluar awal. mungkin disebabkan itu tiket menjadi tidak sah (^_~)

Dah dapat keluar dengan girangnya  cik iena pergi jemput adik di One Utama kemudian hantar rakan pejabat balik di Shah Alam dan seterusnya cik iena ada urusan di Klang . 

Terima kasih adik-adik tercinta temankan kakngah ke Klang malam-malam buta haha. kami adik beradik muka memang tak sama. yang tudung merah tu awek kepada adek lelaki yang ikut tu.

iena dan adik-adik

iena dan adik-adik




iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve