Grab The Promo

Pentingnya Keistimewaan Wanita




Sebagai wanita yang berilmu dan berpendidikan, mempunyai kerjaya dan bijak dalam urusan seharian, adakah anda tahu keistimewaan anda sendiri?

Sekiranya anda di minta untuk  menyenaraikan apakah kehebatan yang anda miliki, keistimewaan yang anda ada, bolehkah anda menulisnya? Adakah anda boleh menyenaraikannya, atau anda tak berapa yakin yang anda mungkin ada, mungkin tidak ada keistimewaan?

Hah menarik tak soalan tu , hari ni cik iena baca Razzi Rahman punya blog, tertarik dengan entry ni
Pentingnya Keistimewaan Wanita

Okay tetiba gedik nak sahut cabaran Razzi Rahman , eh korang Razzi Rahman ni iena kenal dia, iena pernah berlakon video klip Rembulan Kesiangan Razzi Rahman. Kalau ada masa cik iena terjah-terjah blog cinta dia. Cik iena pun kalau ada masalah ada juga tanya Razzi what to do . Tanya pendapat orang pakar hehe.


Okay cik iena nak senaraikan apa soalan yang Razzi tanya


  • Apakah keistimewaan-keistimewaan yang aku ada selama ini, MESTI ADA!
 Cik iena pandai memasak, pandai menjahit, pandai make up, pandai menjahit manik , suka buat aktiviti kebajikan, Pandai     menyesuaikan diri dengan orang. Peramah tapi peramah bertempat lah. (opss syok sendiri)
  • Apakah kecantikan aku, bahagian manakah yang paling lawa dan akan menarik perhatian orang, BE HONEST!
ops soalan killer ni, hidung kemek, pipi tembam, ada gigi taring lagi, hurmm apa yang cantik ye. Mungkin kurus tinggi kot. Yang laen kene tanya orang yang tengok la huhu
  • Apakah yang pernah aku lakukan untuk kebahagiaan orang lain, pertolongan dan kebaikan yang pernah dilakukan, TAKKAN TAK ADA?
Banyak, jadi banker kepada seseorang dua2 orang tiga2 orang huhu. Yang paling tak boleh lupa pernah bantu seseorang menguruskan perkahwinan nya secara percuma dengan memberi khidmat mekap dari pre wedding, nikah sampai ke wedding,jahit beading baju pengantin for free, gubahan hantaran bunga segar secara percuma,pakej photography ditaja cik iena ,menyumbang tenaga  ketika majlis, macam nak kawen kan anak sendiri lah dibuatnya. Tetapi tidak dihargai dan dibuang kita ketepi setelah beberapa bulan berkahwin. Ini buat peringatan cik iena jangan terlalu baek untuk tolong orang. Haha macam lari dari soalan je. Tapi nak cerita juga.
  • Apakah kelebihan-kelebihan yang aku miliki di dalam hidup aku, yang patut aku merasa yakin dan BANGGA?
Mempunyai bakat dalam bidang seni. Make up ,modelling & jahitan manik .Seorang programmer perempuan(^_~)
  • Apakah bakat-bakat yang aku ada? Memasak? Menulis? Mengait? Berpidato? Master Planner? …APA SAJA, KELUARKAN!
Macam dah sebut je. Ok tulis lagi . memasak, make up, jahit manik,ratu selfie, photogedik (^_~)
  • Apakah sifat-sifat aku yang terbaik dan boleh disukai orang ramai? PILIH YANG TERBAIK!
mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelililng dan orang disekeliling.
  • Apakah ciri-ciri keperibadian aku yang sering kawan, keluarga dan saudara mara kata-katakan dan sukakan?
Kelakar, peramah,mudah menangis.sangat melindungi keluarga. Jangan sesiapa cuba sakiti keluarga saya terutama MAK!


Razzi Rahman : Cubalah senaraikan kesemuanya, tanya kembali teman, sahabat handai, tanya-tanyakan pada ibu dan ayah, suruh kakak, abang atau adik beradik lain jujur dengan anda dan memberitahu yang sebenar tentang kesemua yang anda ingin tahu. Setelah anda dapat tahu keisitimewaan anda, kelebihan, kebaikan dan sebagainya, HARGAILAH IA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH! Dengan cara ini sajalah anda akan kembali yakin dengan hidup anda dan pastinya anda akan mulai menyayangi diri anda sendiri. Apabila ini berlaku, apabila anda sendiri jujur suka dengan diri anda sendiri, insyaAllah semua orang di sekeliling anda juga akan menyukai anda.


iena : okay nanti iena tanya (^_~)

Sekian nukilan cik iena hari ni. Sibuk2 kerja tetap nak update sebab terbaca razzi rahman punya artikel ni :)


Nota Blog : photo credit to my photographer En.Min

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve