Grab The Promo

GST Pengeluaran Wang di ATM


Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula 1 April ini akan dikenakan terhadap pengeluaran wang di ATM, tetapi bukan seperti yang digembar gemburkan 6% daripada jumlah pengeluaran. Cukai yang dikenakan adalah keatas  caj transaksi. iaitu caj sekiranya kita menggunakan ATM yang berlainan daripada kad bank.

CIMB ATM PHUKET THAILAND


Menerusi kenyataan rasmi MEPS Malaysia, pengguna yang mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM yang berlainan daripada kad bank sendiri akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 termasuk cukai GST berkuat kuasa mulai 1 April 2015.

Berbeza berbanding sebelum ini, pengguna hanya dikenakan caj sebanyak RM1 untuk setiap transaksi menerusi rangkaian MEPS. Bagaimanapun, cukai GST dikenakan pada caj MEPS dan bukan pada jumlah transaksi.
 
SUMBER : www.hmetro.com.my

GST PENGELUARAN WANG DI ATM

Cik iena tulis blog post ni sebab hari ni ramai yang share gambar diatas. Memang benar GST akan dikenekan keatas Pengeluaran wang ATM tetapi bukan keatas jumlah pengeluaran tetapi keatas caj transaksi .

Nota Blog : gambar kat atas tu gambar tuan empunya blog di CIMB ATM dekat phuket Thailand 3 Tahun yang lepas. (^_~) .huhu kat Malaysia taknak ambik gambar kat ATM pun lalalalala.. Melancong kat negara orang semua tempat nak ambil gambar (^_~)

 

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve