Grab The Promo

Rewang Majlis Tunang Aline


Dewasa kini aktiviti rewang kurang menjadi pilihan kerana ramai diantara kita memilih untuk mengambil perkhidmatan katering. Namun masih ada segelintir masyarakat yang masih mengamalkan tradisi ini. Cik iena pun kalau diberi pilihan nak buat majlis yang masak sendiri. Itupun kene tengok keadaan juga. Takot mak tak sihat. Kalau ramai kaki tangan saudara mara dan jiran yang bekerjasama mesti seronok kan. (^_~) Baru rasa kemeriahan kenduri tu.


Rewang Majlis Tunang Aline


Seperti biasa kerja orang perempuan di bahagian dapur, potog bawang, sayur dan sebagainya.
Semenjak kerja ni dah lama cik iena tak merewang buat kerja-kerja macam ni. Menangis lah juga potong bawang. Mengikut kata orang-orang tua, petua untuk mengelakkan dari pedih mata ketika mengupas bawang adalah dengan meletakkan sebiji bawang di hujung pisau. Cik iena pun buat lah .


Rewang Majlis Tunang Aline

Zaman sekarang pula tips dari abang aline yang kerja di bahagian dapur hotel, untuk menurangkan kepedihan mata ketika mengupas bawang adalah dengan merendamkan bawang-bawang tersebut di dalam air.

Rewang Majlis Tunang Aline


Kalau ikut cara cik iena pulak, dulu cik iena pernah tolong mak buat katering. Potong bawang tu cik iena pakai spek mata. haha lawak giler tapi comel.

 
Rewang Majlis Tunang Aline

Rewang Majlis Tunang Aline


Rewang Majlis Tunang Aline


 Okay selepas setel kerja-kerja dapur. Cik iena tolong deknor buat hantaran aline dan buat bunga tangan aline. Nanti update yer (^_~)
 

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve