Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Wednesday, April 29, 2015

HTC One M9+ Berada di Pasaran Malaysia Pada Harga RM2,599


Iena Eliena Model HTC One M9+

HTC Malaysia  mengumumkan model terbaru mereka yakni HTC One M9+ yang berada dipasaran mulai 30 April pada harga RM2,599.

Pengumuman ini telah dibuat sewaktu majlis pelancaran model terbaru dari HTC yang diadakan di Rootz Club Kuala Lumpur.



left to right
1.       Mr. Shane Chiang, Head of Corporate and Consumer PR, HTC South Asia
2.       Mr. Wayne Tang, Product Marketing Manager of HTC South Asia
3.       Mr. Faisal Siddiqui, President of HTC South Asia and India
4.       Mr. Cheong Wah Tong, Country Manager of HTC Malaysia
5.       Ms. Ellyna Elias, Head of Device Marketing, Maxis Telecommunications
6.       Mr. Raymond Tan, Chief Executive Officer of Brightstar



HTC One M9+  Gold and Silver


Di pasaran Malaysia,  hanya  model HTC One M9+ sahaja yang memasuki pasaran , dan bukannya HTC One M9 yang akan dijual secara rasmi di pasaran Singapura.



Kenapa hanya HTC One M9+ yang masuk di pasaran malaysia?

LTE Band 6 yang terdapat pada HTC One M9 tidak disokong di Malaysia sekali gus dilihat tidak akan membawa keuntungan kepada pihak mereka.


Bagaimanapun HTC One M9+ dijangkakan mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan penggunanya di Malaysia.

HTC One M9+



HTC One M9+  Gunmetal Grey


Tidak banyak perbezaan ketara antara kedua model ini (HTC One M9 dan HTC One M9+). Bagaimanapun terdapat penambahbaikan pada model HTC One M9+ untuk memenuhi permintaan dikalangan pengguna di Malaysia.

Model terkini ini turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari sama ada pada button home mahupun pada skrin sesentuhnya.

Ianya hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Gunmetal Grey, Gold and Silver dan Gold and Gold. Kesemua peranti mempunyai dua tona warna yang berbeza.

Untuk kamera pula,

Kamera bahagian belakang hadir dengan 20 Megapixel dan 4 Ultrapixel pada bahagian hadapan mampu memberi lebih kualiti serta kepuasan sewaktu ber”selfie”.

HTC One M9+ didatangkan dengan 3GB RAM dengan kapasiti muatan 32GB untuk simpanan dan boleh dipertingkatkan sehingga 2TB melalui simpanan microSD.

Harga RM2,599 adalah termasuk GST.

Bagaimanapun warna Gunmetal Grey, Gold and Silver sahaja akan berada di pasaran pada 30 April ini, Manakala warna Gold and Gold dijangkakan pada penghujung tahun ini.

Pada majlis ini juga, Pihak HTC Malaysia turut memperkenalkan HTC Desire 826 yang turut akan berada dipasaran pada 30 April ini pada harga RM1,359 (termasuk GST).

Info lanjut anda boleh layari 

www.htc.com/sea

]www.facebook.com/HTCMalaysia

Sewaktu Mr. Wayne Tang, Product Marketing Manager of HTC South Asia membentangkan tentang HTC One M9+  cik iena rasa sangat tertarik dan mula berfikir untuk membeli HTC One M9+ . Memandangkan cik iena memang ada niat nak tukar phone baru tetapi masih dalam perancangan dan masih mencari-cari phone terbaik untuk cik iena yang suka ber"selfie" . Dengan penerangan yang cukup memukau hati cik iena , cik iena berhasrat ingin membeli HTC One M9+ .


Mr. Wayne Tang, Product Marketing Manager of HTC South Asia

Alhamdulillah, Pada malam pelancaran tersebut cik iena telah terpilih sebagai salah seorang daripada 4 pemenang cabutan bertuah untuk memenangi HTC One M9+ . Cik iena sungguh terkejut dan tidak sangka kerana memenangi cabutan bertuah tersebut

Terima kasih +Bro Framestone  tulis mengenai cik blogger yang menang cabutan bertuah
http://www.blogretis.com/2015/04/iena-eliena-menang-htc-one-m9.html




Pic  cik iena & HTC One M9+ Kredit to +Bro Framestone


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

No comments:

Post a Comment

UBER PROMO CODE - IENA

UBER PROMO CODE - IENA