Grab The Promo

Nando's Art Initiative 2015's Graffiti


 

Nando's Art Initiative 2015's Graffiti

Baru-baru ini, 10 artis grafiti berentap untuk mara ke pusingan akhir pertandingan Nando’s Art Initiative 2015 yang diadakan di Rooftop, Avenue K baru-baru ini.
Cik iena berpeluang menghadiri majlis yang cukup meriah ini . Terima Kasih di atas jemputan pihak Nando's .
Disini mereka mempamerkan aksi bertaraf A dengan menghasilkan karya dalam bentuk imej dan perkataan pada kanvas besar bagi mengambarkan tema ‘Your Art. Your Story.


Sebahagian daripada peserta ada yang semamangnya mengambil bidang seni dan ada juga yang baru berjinak-jinak dalam dunia grafiti.

Pada Tahun lepas, Nandos telah memperkenalkan kategori Graffiti Art dan berjaya menarik 36 penyertaan dari kalangan belia yang terdiri dari berbagai latar belakang pendidikan.
Tahun ini, penyertaan meningkat kepada 56.

Bagaimanapun hanya 10 peserta sahaja dipilih untuk berentap sini sebelum mara ke pusingan akhir.

10 peserta akhir terdiri daripada empat pelajar kolej / universiti dan enam artis muda yang menjadikan Graffiti sebagai jiwa dan kerjaya mereka.

Untuk merebut mahkota kemenangan pertandingan tahun ini, Nando mengadakan aktiviti Graffiti Jam untuk menilai kemahiran seni yang diperlukan untuk menghasilkan karya oleh setiap peserta.

Pada malam ini,

Hanya 4 peserta sahaja terpilih untuk kepusingan akhir sekali gus berebut gelaran juara Grafiti dimana mereka akan terlibat sama di Pusingan Akhir Nando’s Art Initiative 2015 pada 27 May di Publika!

4 Peserta terpilih ke Pusingan Akhir Nando’s Art Initiative 2015 


Nando's Art Initiative 2015's Graffiti
Amirul Shah

Nando's Art Initiative 2015's Graffiti
Chong Hong Shi


Nando's Art Initiative 2015's Graffiti
Mohd Zulfadli

Nando's Art Initiative 2015's Graffiti
Nurul Shahirah


Pusing Akhir Nando’s Art Initiative 2015 bukan sekadar majlis penyampaian hadiah bagi kategori Fine Art, Digital Art dan Graffiti/Street Art sahaja.

Terdapat juga pameran yang akan berlangsung dari 27 Mei hingga 7 Jun bagi karya yang telah menyertai pertandingan pada tahun ini.

Pada majlis ini nanti, Nando’s akan menyampaikan hadiah yang bernilai sehingga RM85,000 kepada kategori-kategori dibawah.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah:

Kategori fine art and digital art :
  • Hadiah Utama – Tajaan penuh untuk pameran solo, Wang tunai RM5,000 dan Nando’s vouchers bernilai RM500
  • Naib Juara – Wang tunai RM3,000, Nando’s vouchers bernilai RM500
  • Tempat ke-3 – Wang tunai RM2,000, Nando’s vouchers bernilai RM500
  • Hadiah saguhati (x3) – Wang tunai RM1,000, Nando’s vouchers bernilai RM500
Kategori graffiti / street art :
  • Hadiah Utama – Wang tunai RM5,000 dan Nando’s vouchers bernilai RM500
  • Hadiah saguhati (x3) – Wang tunai RM2,000, Nando’s vouchers bernilai RM500

Gambar disekitar pertandingan berlansung


cik iena bersama peserta pilihan cik iena iaitu Nurul Shahirah
Beliau juga berjaya terpilih untuk ke peringkat seterusnya
Tahniah Nurul Shahirah

Nando's Art Initiative 2015's Graffiti

Nando's Art Initiative 2015's Graffiti


Nando's Art Initiative 2015's Graffiti



Nando's Art Initiative 2015's Graffiti
bersama rakan blogger yang turut hadir




iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve