Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Tuesday, May 19, 2015

Sertai Shopping Raya 2015


Ramadhan menjelang tiba, terfikirkah anda bagaimana anak-anak yang kurang bernasib baik membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Kongsikan kegembiraan anda bersama-sama mereka dengan menyertai Projek Iqra  dengan menaja setiap seorang dengan RM200 sahaja. Anda boleh kongsi bersama-rakan-rakan untuk menaja seorang daripada mereka ataupun jika Anda berkemampuan anda boleh menaja seorang dengan RM200.
 
 
Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahira menyeru anda menyertai beliau untuk sama-sama taja Shopping Raya 2015.


"Tangan yang memberi LEBIH BAIK daripada tangan yang Menerima"


Jadi sama-sama lah kita menjadi YANG LEBIH BAIK
dan perbaiki diri kita menjadi yang TERBAIK




Hadith :
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:

”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)


Kelebihan Bersedekah Menurut Keterangan al-Qur'an:


Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam Al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan.  Di antaranya seperti berikut:
Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah - meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.
Sedekah itu ada  10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .

Lima di dunia

- Mencucikan hartanya

- Mencucikan badannya

- Menolak bala dan penyakit

- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .

- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

Lima Di akhirat :

- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas

- Ringan hisabnya

- Berat timbangannya (amalan) di akhirat

- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim

- Bertambah darjatnya di dalam syurga


 Untuk mengetahui lebih lanjut boleh baca entry cik iena sebelum ini


Atau boleh hubungi nombor di bawah untuk keterangan lanjut


Untuk lebih lanjut, anda boleh menghubungi nombor di bawah:
– Solleh (0176702033)
– Sharifah (0172748904)
– Khairul anuar (0167361067)


Untuk Menaja Sila klik


Kempen Taja Shopping Raya 2015


#projekiqra
#kelabbloggerbenashaari
#kbbaprojekiqra
#sahabatiqra
#sukarelawan
#socialmedia
#volunteer
#charity
#shoppingraya2015



COUNTDOWN KEMPEN TAJA SHOPPING RAYA 2015 03 Julai 2015 =========================================== 600 penerima manfaat untuk ditaja # belum ditaja : 66 penerima manfaat # Sudah ditaja : 534 penerima manfaat -------------------------------------------- Taja 1 penerima manfaat : RM 200 sahaja Utk salurkan tajaan anda, sila lakukan transaksi di :- http://bitly.com/shoppingraya2015 Atau , (alternatif) ke :- Akaun : Maybank No.akaun : 564810504003 Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia Emailkan : info@projekiqra.com Letakan nota : Shopping Raya 2015 Utk maklumat lanjut , Hubungi :- 1) solleh : 017 670 2033 2) sharifah : 017 274 8904 3) suhaimi : 019 217 5597 #projekiqra #kelabbloggerbenashaari #kbbaprojekiqra #sahabatiqra #sukarelawan #socialmedia #volunteer #charity #shoppingraya2015
A photo posted by iena eliena (@ienaeliena) on


Nota Blog : Pada yang berminat untuk menyertai program kerja amal lain bersama cik iena  dengan menyumbangkan tenaga sama-sama menyediakan makanan buat golongan kurang berkemampuan atau golongan gelandangan boleh juga sertai cik iena setiap hari khamis dan jumaat pada pukul 10 malam sehingga 12 malam bertempat di Bank Muamalat Jalan Melaka (Belakang Station LRT Masjid Jamek aliran Kelana Jaya) boleh email cik iena di iena@ienaeliena.com

Nak tengok aktiviti sukarelawan cik iena boleh klik http://www.ienaeliena.com/search/label/Volunteer




iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

No comments:

Post a Comment

UBER PROMO CODE - IENA

UBER PROMO CODE - IENA