Qurban dan Aqiqah EZ Qurban


Qurban dan Aqiqah EZ Qurban


Qurban dan Akikah merupakan dua aktiviti yang melibatkan penyembelihan haiwan ternakan . Di mana Hukum Qurban dan Akikah merupakan sunat muakad yang mana ianya sangat-sangat dituntut. Jika tidak laksanakan amatlah rugi.

Pengertian Qurban 

 

Menurut bahasa, Qurban bermaksud mendekatkan diri. Manakala menurut istilah, Qurban bermaksud  menyembelih haiwan ternakan pada hari raya Aidil Adha 10 Zulhijjah (selepas solat) dan pada hari tasyrik berikutnya , iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud beribadah kepada Allah Swt.

Pengertian Akikah 

 

Menurut bahasa, akikah bermaksud menyembelih atau memotong. Manakala menurut istilah, akikah bermaksud menyembelih haiwan sebagai tanda syukur kepada Allah Swt di atas kelahiran anak. Penyembelihan haiwan akikah ini disertai dengan aktiviti mencukur rambut anak dan pemberian nama jika dilaksanakan sebelum diberikan nama.

Dewasa kini ramai diantara kita yang mengambil sambil lewa tanggungjawab sunat muakad ini . Walaupun ianya hanya sunat muakad, tetapi adalah lebih baik jika dilaksanakan . Ada juga diantara kita yang berniat ingin melaksanakan nya akan tetapi mempunyai masalah kewangan untuk melaksanakannya .

Seperti yang kita sedia maklum dalam keadaan ekonomi sekarang, kos pembelian haiwan ternakan lembu atau kambing dan juga kos kenduri juga dapat memberi kesan yang besar kepada mereka yang berpendapatan rendah .

Maka dengan itu cik iena ingin berkongsi dengan anda tempat yang sesuai untuk anda meneruskan aktiviti Akikah dan Qurban dengan budget yang sederhana serta pahala dan ganjaran yang sama dengan aktiviti Kurban dan Akikah yang biasa dilakukan dengan mengadakan kenduri-kenduri kesyukuran.
Untuk pengetahuan anda semua, EZ Qurban menawarkan perkhidmatan Qurban dan Aqiqah dengan harga yang amat berpatutan. Pihak EZ Qurban akan mewakilkan anda untuk  menguruskan segala urusan, anda hanya perlu mengisi borang dan juga membuat pembayaran.Dimana ianya dibuat secara online .

Untuk pengetahuan, peraksanakan ibadah Aqiqah & Qurban bersama EZ Qurban lebih murah, mudah dan profesional. Perlaksanaannya akan dilakukan di negara-negara yang umat Islam amat memerlukan makanan seperti di Kemboja, Indenesia, Thailand, Vietnam, Bangladesh dan Filipina.

Kepada anda yang ingin melihat sendiri sembelihan ibadah Aqiqah & Qurban dilakukan , anda boleh ikuti kembara bersama EZ Qurban semasa bulan Ramadhan dan Hari raya Aidiladha.
Untuk Maklumat Lanjut Anda boleh Layari  http://ezqurban.org
Anda juga boleh mengikuti perkembaangan EZ Qurban di Facebook https://www.facebook.com/ezqurban
#BlooggersMedia #EZQurban #QurbanAqiqa 
 









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve