Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Wednesday, September 30, 2015

Sinopsis Hello Mr Perfect

Sinopsis Hello Mr Perfect



Slot Akasia TV3 kali ini memaparkan drama yang diadaptasikan dari Novel Hello, Mr. Perfect karya Waniey Zakaria . Dimana ianya diterajui oleh watak utama yang dilakonkan oleh Fattah Amin sebagai  Muhammad Izzul Islam dan pelakon baru,Nur Ruhainies Farehah yang memegang dua watak iaitu sebagai Alya Adriana & Nurul Ain . Drama arahan Nuad Hj Othman ini  dibawah terbitan A Aida Production Sdn Bhd.



Sinopsis Hello Mr Perfect
TAJUK : HELLO MR. PERFECT
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH / MASA : 30 September 2015 (Isnin-Khamis, 6.58petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP: Mazelan Manan, Siti Hawa Ibrahim
NOVELIS : Waniey Zakaria
PENGARAH : Nuad Hj. Othman
TERBITAN : A Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Nur Ruhainies, Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Azlan Mokhtar, Mimi Ernida, Nafiez Zaidi, Keena Mentor, Afzan A.Rahman, Kay Maria, Eizlan Yusof, Fiza Halim, Ammar Alfian, Seniwati Mariani, Reydzal Razaly, Zaidi Omar, Lan Siro, Adiba Yunus, Chomel Fana,




SINOPSIS HELLO MR.PERFECT


Novel Hello, Mr. Perfect karya Waniey Zakaria
Novel Hello, Mr. Perfect karya Waniey Zakaria
 


Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?





   

OST Hello Mr Perfect | NOMAD - SORRY SORRY SAYANGKU

Lagu: Sorry Sorry Sayangku
Penyanyi: Nomad
Video & Lirik : Link


DOWNLOAD Hello Mr Perfect

 

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28
-

----





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

Facebook Comment