Grab The Promo

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015


Alhamdulillah ade hikmah di sebalik percaturan Allah.  Sepatutnya  cik iena keluar dengan encik buah hati yang sangat sibuk orang nya. Memang susah nak cari waktu terluang dia untuk jumpa.
Disebabkan cik iena terlalu khusyuk buat kerja . Cik iena terlupa tengok phone dan phone cik iena sillent. Ya Allah Maafkan Saya Awak, awak merajuk yer terus balik rumah tak dapat contact iena. Maaf sangat-sangat iena tak sengaja. Alhamdulillah awak memahami saya, awak tak marah tapi saya tahu awak ada sikit rajuk di hati kan lalallaaa takpe nanti jumpa lain kali saya pujuk. Terima Kasih Awak sebab tak marah.


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015
okay ini ratu selfie, menyempat je selfie


Mungkin ada hikmahnya kejadian ni sebabnya bila cik iena tak jadi keluar cik iena teruskan aktiviti kerja amal mingguan cik iena. Kebetulan hari khamis ni cik iena datang kami kekurangan sukarelawan dan ada yang datang lewat. Tetamu homeless dan golongan miskin sangat ramai pada hari ni . Ada sukarelawan yang kebiasaannya membuat air terpaksa beralih tugas menyediakan makanan kerana kami kekurangan sukarelawan. Haa tengok ade hikmah nya cik iena tak jadi dating. Percaturan Allah itu hebat. Dia nak kita beramal  dahulu hehehe .


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015
Tugasan cik iena kali ni senduk terung masak lemak putih, makanan di hidangkan panas2 tau, nampak tak belakang cik iena rakan sukarelawan laen yang tengah senduk daging hehe


Walaupun pada awalnya sedih tak dapat jumpa inchik buah hati yang sangat susah nak jumpa tu Tapi Alhamdulillah berjumpa dengan kawan-kawan sukarelawan membantu golongan memerlukan cik iena rasa gembira sangat, rasa tenang . Yaa di sini lah cik iena mencari ketenangan hati . Saat kita menghulurkan makanan buat mereka. Senyuman mereka dan ucapan terima kasih mereka membuat hati kita rasa sangat bahagia. hehe itu pada cik iena lah tak tahu pada orang lain. Cik iena dah sertai kerja amal ini sejak tahun 2012. Hati memang kat sini. Cewahhh.. Inchik buah hati pun punya minat yang sama buat charity cuma berbeza charity, dia lebih suka yang mengeluarkan tenaga berat. Kalau sediakan makanan dan bagi pada gelandangan ni dia kurang gemar sebab dia tak pandai bercakap dia sangat pendiam dan pemalu. Berbeza dengan cik iena yang super duper ceria banyak bercakap ni. Cik iena memang boleh sesuaikan diri dimana jua cik iena pergi . So dia memang tak ikut lah kalau ajak pun tapi takpa cik iena tau dia selalu buat charity dengan geng bersih kubur. Alhamdulillah, itu salah satu sebab kenapa cik iena suka dia. Minat yang sama suka bercharity (^_~)


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015
si gadis terung masak lemak putih hehe



Wahh dah kenapa cik iena cerita pasal kes tak jadi dating ni haha..Sebenarnya balik rumah tak boleh tidur sebab cik iena kene buat server maintenance, beginilah kerja cik programmer. time orang nyenyak tidur nak buat housekeeping hehe. haa tu sambil-sambil buat kerja sambil sambil update lah cerita tadi kan. Itu lah jadi panjang sebab cerita masih segar di ingatan gitue. okay-okay jom jemput tengok gambar yang sempat cik iena ambil. Disebabkan sangat sibuk jadi cik iena tak dapat ambil gambar makanan yang di hidangkan. Menu pada hari ini adalah nasi putih, terung masak lemak putih, daging masak apa tah cik iena tak tau, ulam kacang botol dan timun dan yang paling cik iena gemari adalah BUDU.. Pencuci mulut pulak bubur pulut hitam.



Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015





Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015





Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015
bubur pulut hitam




Ehh bawah ini nasi cik iena tau, cik iena tak ambil daging sebab tak makan. Perghhhh sedap nya budu. Cik iena makan sebab ada budu . Makanan hanya boleh dimakan oleh sukarelawan sekiranya ada lebihan. Kebiasaannya cik iena tak makan pun walau ada lebih TAPI disebabkan BUDU cik iena makan. Ahaaaaa sedap gila Auchhh gatal hidung Alergik tapi tetap nak makan (^_~)


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015
Alhamdulillah budu i likeeeeeeeeeeeeee



Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan amatlah dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk menjadi sukarelawan cukup sekadar anda turut sama hadir membantu menyediakan makanan buat golongan yang memerlukan disamping sedikit peraturan yang perlu di patuhi untuk menghormati golongan gelandangan dan yang seantara dengannya iaitu tidak mengambil gambar mereka atau pun mengambil gambar suasana disana menggunakan flash sehingga ketara maneampakkan raut wajah mereka . Setiap mereka yang datang mengambil makanan ada masalah yang tersendiri . Kita perlu hormat mereka supaya tidak menyebarkan gambar mereka secara jelas.









Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 1 Oktober 2015






Kepada yang berminat boleh hadir di bank muamalat jalan melaka, belakang lrt masjid jamek aliran kelana jaya pada pukul 10 malam, setiap hari khamis dan jumaat. Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan makanan juga amatlah dialu-alukan tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami terlebih dahulu supaya tidak berlaku pembaziran makanan.




HELP THE POOR :- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to them may be the reason Allah forgives you and enters you into Jannah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.

(Hadis Riwayat at Tirmizi)



Live Update IG









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve