Grab The Promo

Sinopsis Telefilem Travelling Beruang



Sinopsis Telefilem Travelling Beruang


Telemovie ini mengisahkan Adit(Ungku Ismail ), seorang ayah dan novelis, yang kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Pemergian anak tunggalnya itu juga menyumbang masalah kepada  rumah tangganya bersama Lisa ( Zara Zya ) .

Adit bertemu Aishah, anak rakannya yang juga mengalami nasib yang sama. Aishah yang semakin kritikal keadaannya, memiliki satu impian yang sama seperti arwah anak  Adit  iaitu untuk mengembara ke serata dunia. Namun disebabkan kesihatannya tidak mengizinkan, Adit membuat keputusan untuk meminta kebenaran daripada ibu bapa Aisyah untuk meminjam Mr Bear bagi  mewakilkan Aishah, patung beruang tersebut merupakan patung kesayangan Aishah . Jadi Adit menggunakan patung tersebut untuk mewakilkan Aishah  menemani nya ke Luar Negara.

Adit yang selama ini hilang arah, tersentuh dengan permintaan anak kecil itu, lantas memulakan perjalanan mengembara bagi menunaikan permintaan terakhir Aishah.

Telemovie ‘Travelling Beruang’ akan  menemui penonton di TV3 pada 31 Oktober 2015  jam 9 malam untuk bahagian pertama dan bahagian kedua pada 1 November 2015 jam 9 malam .

Telemovie ni dibintangi oleh Ungku Ismail ,Zara Zya,Elizad Sharifuddin,Yana Samsuddin,Zulhuzaimy,Yuyun Yuzlin, Baby Sofea & ramai lagi.


Jom Baca Mengenai Telefilem ini

  1. Kempen Travelling Beruang
  2. Tayangan Amal Telefilem Travelling Beruang
  3. Kenali pelakon cilik Telefilem Travelling Beruang - Yuyun Yuzlin
  4. Kenali pelakon cilik Telefilem Travelling Beruang - Baby Sofea






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve