Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Monday, October 26, 2015

Cake Sense Portuguese Egg Tart


Pernahkah anda cuba Portuguese Egg Tart dari Cake Sense ?  Ianya sangat sedap, wangi dan lazat . Cik iena pasti  anda akan jatuh cinta dengan kulit rangup penuh dengan kastard telur lembut.



Cake Sense Portuguese Egg Tart


Cik iena merupakan penggemar Portuguese Egg Tart  sejak tahun 2007 . Cik iena mula mengenali Portuguese Egg Tart   ketika zaman belajar. Pada ketika itu cik iena hanya beli di Pasar malam berdekatan tempat belajar. Boleh dikatakan setiap minggu cik iena akan memakan Portuguese Egg Tart  . 


Cake Sense Portuguese Egg Tart
Cake Sense Portuguese Egg Tart

Cake Sense Portuguese Egg Tart
Cake Sense Portuguese Egg Tart



Selepas tamat belajar cik iena membeli Portuguese Egg Tart   di kedai-kedai roti . Diantara banyak kedai roti yang pernah cik iena beli cik iena tersangat menggemari Portuguese Egg Tart   daripada Cake Sense. Rasa nya berbeza daripada Portuguese Egg Tart  yang di jual di kedai-kedai roti lain. Seperti yang cik iena maklumkan anda pasti akan jatuh cinta keenakan nya, bau wanginya dan kerangupan kulitnya ditambah dengan kastad telur yang lembut dan cukup menyelerakan. 


Cake Sense Portuguese Egg Tart
jemput tengok isi dalam Cake Sense Portuguese Egg Tart, lembut je tau pasti memukau



Cik iena pasti, satu tidak mencukupi . Kebiasaan nya minimum cik iena akan makan dua Portuguese Egg Tart  . Tapi di Cake Sese cik iena mampu menghabiskan 3 Portuguese Egg Tart   sekali makan. Ouh besar nya perut cik iena . Itu baru sekali makan, belum masuk makan yang selepas-selepas itu kan (^_~)


Cake Sense Portuguese Egg Tart
Cake Sense Portuguese Egg Tart


Kepada anda di luar sana Jika anda ingin merasai  Portuguese Egg Tart cik iena cadangkan  anda  memcuba  Portuguese Egg Tart   daripada Cake Sense . Anda pasti teruja dengan keenakannya ! 
Ditambah lagi ianya di masak panas-panas untuk anda nikmati . Bukan Portuguese Egg Tart yang dah sehari dua okay . Tempoh hari ketika cik iena datang Cake Sense KLCC . Terlalu ramai pelanggan dan Portuguese Egg Tart dah habis . Selepas selesai makan tengah hari cik iena datang kembali sebab cik iena tau Portuguese Egg Tart akan sentiasa di bakar dan dibakar dan dibakar kerana ianya sangat mendapat perhatian ramai .
 

Nah tengok gambar bawah ni, memang segala menu di Cake Sence KLCC macam pisang goreng tau.



Cake Sense Portuguese Egg Tart
Kesemua nya macam pisang panas , habis cepat pada waktu lunch tapi jangan risau mereka akan bakar lagi


Untuk pengetahuan  Portuguese Egg Tart di jual pada harga

RM 12.60 Untuk 6 Pcs
RM 6.90 Untuk 3 Pcs




Cake Sense Portuguese Egg Tart




Cake Sense Portuguese Egg Tart
Travelling beruang cik iena pun suka Cake Sense Portuguese Egg Tart :)

 Wah , nampak tak cik iena borong Portuguese Egg Tart,
Cik iena nak belanja kawan-kawan office makan Portuguese Egg Tart
Sekali sekala minum petang ramai-ramai bersama rakan pejabat di pejabat memang meriah


Cake Sense Portuguese Egg Tart
Cake Sense Portuguese Egg Tart


 Nahhhh banyak kan borong, bukan Portuguese Egg Tart je tu. banyak lagi cik iena beli nak kongsi dengan kawan-kawan pejabat. Yang paling seronok di Cake Sense KLCC pekerja nya cukup peramah dan tidak berat mulut untuk mencadangkan makanan ape yang sedap yang sesuai untuk di cuba. itu yang jadi 3 beg plastik cik iena borong


Cake Sense Portuguese Egg Tart
taraaa borong sakan

 Terima Kasih kepada pekerja yang cukup budiman ini kerana melayan karenah cik iena yang kepochi nie



Cake Sense Portuguese Egg Tart
pekerja yang cukup baik hati melayan karenah cik iena



Cake Sense Portuguese Egg Tart
seronok kan kalau pergi kedai, layanan tiptop.. kita pun rasa nak datang lagi



Cake Sense Portuguese Egg Tart
keadaan kaunter yang sentiasa ada pelanggan


Cake Sense Portuguese Egg Tart
ehhh nak jugak bergambar depan cake sense cik iena nie :)

Menikmati keenakan  Portuguese Egg Tart bersama rakan-rakan pejabat



Menikmati keenakan  Portuguese Egg Tart bersama rakan-rakan pejabat
kalau tak selfie, bukan cik iena lah kan ops gambar selfie diatas bermake up yang tu pada hujung minggu, kalau cik iena pergi event memang bermake up. pergi kerja macam ni je tanpa make up. Yang atas tu cik iena ade event di GSC Tropicana City Mall. Haa kat sana pun ada Cake Sense tau. nanti cik iena bagi tau kat mana lagi cawangan nya

Menikmati keenakan  Portuguese Egg Tart bersama rakan-rakan pejabat
rakan pejabat cik iena pun akui keenakan portuguese egg tart


Okay selain daripada  Portuguese Egg Tart, cik iena juga cuba makanan yang lain. Jom tengok apa yang cik iena cuba

Euro Soft bread
Euro Soft bread berharga RM11.70
 Euro Soft bread ni sedap juga , tekstue roti yang lembut bersama kismis. Memang penggemar kismis akan menyukainya. Terdapat pelbagai jenis Euro Soft bread yang perlu anda cuba. Nanti cik iena cuba yang lain pula ya



Honey-B Cake
Honey-B Cake  RM 11.70

Cake ni tersangat lembut tau. Sedap sangat .cik iena suka. Sebelum ni pernah makan sponge cake tapi tak selembut ini. Tak dapat nak gambarkan kelembutan nya. Korang mesti cuba rasa. Patut lah tiap kali lalu Cake Sense KLCC tengok orang keluar dari situ bawa cake ni . Memang lembut, sedap. Cik iena rasa cake ni dia gunakan putih telur  sebab tu lembut .

 

Pandan Twinkie dan Chocolate twinkie RM4
Pandan Twinkie dan Chocolate twinkie RM4
 Pandan Twinkie dan Chocolate twinki pun lembut dimakan juga . 



Italian Grissini RM7.40
Italian Grissini RM7.40

Cik iena tak pernah makan Italian Grissini , ok lah setelah cik iena cuba. Boleh di terima perut





Mushroom Chiken Pie RM 12 (3pcs)
Mushroom Chicken Pie RM 12 (3pcs)
Cik iena juga merupakan penggemar Mushroom  Pie . Bila cik iena cuba Mushroom Chicken Pie memang tip top rasa dia tau. Beza dengan Mushroom pie tentulah yang ni ada ayam.hehe cik iena tak suka sangat ayam-ayam nie. kalau mushroom sahaja laju makan. Tapi bila makan Mushroom Chicken Pie ni  Sedap sangat. Mushroom dan ayam tu sangat berasa. Ada rasa lada hitam sikit. Kulitnya rangup. Alahai tergoda.. Auchh selepas Portuguese Egg Tart cik iena jatuh cinta pula dengan Mushroom Chicken Pie nie (^_~)


Wah panjang berceloteh. Okay lah untuk Maklumat Lanjut Boleh Layari

Facebook : Cake Sense
Instagram : @my_cakesense
Tel : 03-6272 1851
Fax : 03-6272 1831
Email : info@cakesense.com


Cawangan-cawangan Cake Sense


Petaling Jaya
No 19. Jalan SS 24/8 , Taman Megah
47301 Petaling Jaya
Tel/Fax : 03-7805 

Taman Tun Dr Ismail
No.26 Jalan tun mohd fuad, Taman tun dr ismail 
60000 Kuala Lumpur
Tel/Fax : 03-7727 0176

Tropicana City Mall
Lot LG-45 , Tropicana City Mall, jalan SS20/27 
47400 Petaling Jaya
Tel/fax : 03-7731 1908

Setia City Mall
Pot UG-K02, Setia City Mall , Persiaran setia dagang, Bandar setia alam, SEK U13
40170 Shah Alam

Suria KLCC
C03-C05, Suria KLCC Shopping centre, jalan ampang
50088 Kuala Lumpur
Tel/fax : 03-2163 5951


Paradigm Mall
Lot LG-30 , paradigm mall jalan SS7/26a , 
47301 Kelana jaya
tel : 03-7887 0189

Empire Shopping Gallery
Lot FK03A, First floor, Empire Subang, jalan SS16/1 
SS16, 47500 Subang ajaya
tel/fax : 03-5613 0189







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

Facebook Comment